hasbunallah

hasbunallah

Thursday, November 6, 2008

Harapan Buat Barack Hussein Obama


Seluruh dunia menyambut kemenangan besar Barack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang memberi harapan menyaksikan perubahan dalam sikap Amerika terhadap menangani masalah keselamatan dan ekonomi sejagat.

Obama, 47, dari parti Demokrat yang muncul Presiden kulit hitam pertama AS apabila menewaskan lawannya dari Republikan, John McCain, turut mengetuai parti Demokrat memperluaskan penguasaan di kedua-dua Dewan Kongres.

Satu-satunya Presiden Amerika yang beragama Islam yang mendapat sokongan majoriti rakyat Amerika Syarikat. Beliau secara rasminya akan sebagai Presiden Amerika yang ke 44 pada 2o Januari depan dilihat akan membawa perubahan besar kepada dasar Amerika terutamanya dasar luar yang berkaitan perang dan ketenteraan.

Sama-samalah kita berdoa agar dengan perlantikan Obama tersebut akan terus melenyapkan keangkuhan Amerika yang diketuai Bush sebelum ini. Kita harapkan semoga sinar Islam yang berada dalam hatinya akan memandu beliau dalam membuat keputusan.

Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti...


2 comments:

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari said...

salam..

Mustahil kalau tidak ada cmpurtangan yahudi..kemungkinan yang saya fikir amerika cuba mengembalikan kepercayaan Umat Islam kpd mereka seterusnya negara-negara Islam yg memboikot barangan mereka. Ini andaian sya shj.kita tunggu dan lihat sejauh mana obama dapat membantu umat Islam yg ditindas terutamanya di palastein..

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari said...

Obama dan harapan Umat Islam di www.al-amindaud.blogspot.com