hasbunallah

hasbunallah

Monday, November 10, 2008

Usah Campur Hak Umat Islam


Hari ini akhbar Berita Harian telah menyiarkan tentang segelintir pertubuhan bukan Islam (NGO) bukan Islam cuba untuk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan perlakuan ‘pengkid' atau wanita yang menyamai lelaki. Dikatakan bahawa NGO tersebut ialah Katagender dan Food-not-Bombs telah mengadakan satu demontsrasi membantah fatwa tersebut yang dikatakan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Saya amat sensitif bila ada pihak bukan Islam cuba untuk mempertikaikan apa-apa kepercayaan atau amalan orang Islam. Siapa mereka untuk bertindak sedemikian? Sejauh manakah kefahaman mereka mengenai hukum hakam yang terdapat dalam Islam? Saya yakin dan percaya bahawa mereka bukan sahaja tidak mengetahui selok belok hukum- hakam yang terdapat dalam Islam, malah mereka juga tidak memahami konsep dan kepercayaan yang terdapat dalam agama mereka sendiri.

Setahu saya, umat Islam di Malaysia tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau mengutuk mana-mana amalan atau kepercayaan agama lain di Malaysia walaupun pada hakikatnya amalan atau kepercayaan tersebut dihukumkan sesat atau salah disisi Islam. Islam menghormati agama lain selagi mana mereka menghormati Islam. Fahamilah agama anda sendiri sebelum hendak mempertikaikan kepercayaan atau hukum agama Islam.

Saya amat berharap agar pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri supaya mengambil tindakan tegas demi untuk menjamin kesucian institusi fatwa dan Islam khususnya daripada terus dicemuh atau diperlekehkan oleh mana-mana agama lain. Sepatutnya orang bukan Islam mengambil iktibar dan peringatan daripada kenyataan rasmi Majlis Raja-Raja mengenai Islam baru-baru ini.


1 comment:

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari said...

Fatwa tu utk orang Islam.. apa hal diaorang nak sibuk-sibuk..ish geram tul la..kalau kita fikir dengan akal yg waras kita boleh kata pengkid tu tak elok..

gejala sosial semakin berleluasa..pengkid adalah sebahagian daripada mereka..

Syabas buat majlis fatwa..