hasbunallah

hasbunallah

Tuesday, June 2, 2009

Norzula Mohon Maaf??


Saya sedikit terkejut hari ini apabila membawa web malaysiakini.com dan harakahdaily.net mengenai berita bahawa Adun Paloh, Norzula Mat Diah telah memohon maaf secara terbuka kepada Dato' Paduka Husam Musa berhubung beberapa laporan tidak benar yang dibuat beliau kepada SPRM pada tahun 2007 sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian Selasa 2 Jun 2009 di muka C12 yang berbunyi seperti berikut:-

"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato' Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau."

Walaupun tuduhan Norzula kepada Dato' Husam itu lebih kepada gimik politik semata-mata, namun begitu tindakan beliau memohon maaf secara tterbuka itu patut dipuji dan contohi oleh semua orang lain walaupun kita tidak tahu apa yang tersirat dalam hati Adun Paloh itu ketika membuat notis mohon maaf secara terbuka itu.

Tapi tindakan beliau itu sekaligus telah membersihkan nama Dato' Husam Musa serta kerajaan Kelantan dari tuduhan yang tidak benar yang telah menjatuhkan nama dan imej kerajaan Islam Negeri Kelantan.


No comments: