hasbunallah

hasbunallah

Sunday, January 6, 2013

SYAIR, PUSI & QASIDAH DALAM PRESPEKTIF ISLAM


Apa Itu Qasidah?

Qasidah merupakan puisi, syair atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.

Ramai penulis Arab berpendapat bahawa orang pertama yang mencipta qasidah ialah penyair Arab al- Muhalhal bin Rabiah al- Tuglabi yang hidup beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad SAW lahir. Qasidah kemudian mengalami perkembangan ketika para penyair pra- Islam terkenal seperti Umru al-Qais, Alqamah dan Ubaid menulis syair-syair qasidah dan membacakannya di depan Kaabah. Bahkan ada beberapa qasidah yang ditulis oleh Umru al- Qais yang menjadi sebahagian daripada syair yang digantung di dinding Kaabah.
Setelah kedatangan Islam, seni qasidah terus hidup dengan penukaran kepada qasidah yang menyeru kepada kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah.

Qasidah mencapai kemuncaknya pada zaman Abbasiyah. Para penyair Islam seperti al- Mutanabbi, tidak hanya mencipta syair qasidah, tetapi juga mengembangkan ilmu yang menjadi kaedah penulisannya, iaitu 'ilm 'arud. Pada zaman Mamluk, qasidah mendapat perhatian bersungguh- sungguh. Al-Busyiri, seorang penyair, mengarang himpunan qasidah yang dikenali dengan qasidah Burdah. Qasidah ini memuatkan pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Penulisan syair lagu Qasidah berzanji yang kini popular di kalangan masyarakat di Indonesia dan Malaysia, banyak dipengaruhi oleh buku karangan al-Busyiri.

Syair yang dikenali di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama para sahabatnya adalah berbeza dengan al-ghina’ (nyanyian). Syair arab yang dimaksudkan adalah merujuk kepada lantunan suara dengan nada biasa seperti puisi, syair, atau sajak .

Al-Ghina’ (nyanyian) pula merujuk kepada lantunan suara seperti syair tetapi dengan bentuk alunan suara yang dinyaringkan dan diperindahkan dengan susunan seni suara tertentu yang khusus.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al’Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menyebutkan:
ويطلق الغناء (بالمد والكسر): على الترنم الذي تسميه العرب (النصب) بفتح النون وسكون المهملة
Terjemahan: Disebut al-ghina’) adalah menyanyi dengan susunan irama/intonasi yang dinyaringkan (disebut an-Nashab) oleh orang ‘Arab. (al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, 2/442)

Secara umumnya, syair adalah mubah (dibolehkan) selagi mana di dalamnya tidak mengandungi sesuatu yang terlarang.

AL-GHINA'

Berkenaan al-Ghina' (nyayian) pula, ulama’ berselisih pendapat antara yang membenarkan dan mengharuskannya. Bagi yang mengharuskannya seumpama Ibnu Hazm, Asy-Syeikh Abdul Ghani An-Nabulsi, Asy-Syazili At-Tunisi dan lain-lain meletakkan syarat mestilah mempunyai niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’.

Isu nyanyian dan muzik dalam Islam juga merupakan perkara yang diperselisihkan oleh ulama’, antaranya menghukumkan nyanyian sebagai haram dan harus. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini.

Namun, ulama’ bersepakat dalam menghukumkan haram bagi setiap jenis nyanyian yang mengandungi unsur kekejian, unsur kefasikan atau unsur penggalakkan ke arah melakukan maksiat.ada golongan yang mengharuskan jika sekiranya tanpa alat muzik dan ada juga yang mengharamkan secara mutlak samada menggunakan alat muzik ataupun tidak.

Teks Hadis tentang Syair

Syair telah menjadi sebahagian dari tradisi orang-orang Arab jahiliyah. Sejarah menunjukkan bahawa pada zaman Rasulullah Saw telah terbentuk sebuah pasar syair yang dikenal dengan nama Pasar ‘Uqadz tempat para ahli syair dari segala penjuru qabilah melantunkan syair-syair karya mereka, dan bagi syair-syair terbaik diberikan hadiah dan karyanya ditempalkan pada dinding Kabah.

Dalam Islam terdapat dua bentuk penjelasan tentang kedudukan syair. Ada teks yang menjelaskan tentang kebolehannya dan ada pula yang mencelanya. Berikut beberapa teks hadis yang menjelaskan kebolehan syair dan bersyair:

عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيدِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَدِفْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَوْمًا فَقَالَ هَلْ مَعَكَ مِنْ شِعْرِ أُمَيَّةَ بْنِ أَبِى الصَّلْتِ شَيْئًا قُلْتُ نَعَمْ قَالَ: هِيهِ فَأَنْشَدْتُهُ بَيْتًا فَقَالَ: هِيهِ ثُمَّ أَنْشَدْتُهُ بَيْتًا فَقَالَ: هِيهِ حَتَّى أَنْشَدْتُهُ مِائَةَ بَيْتٍ
Dari Amru bin al-Syarid dari Ayahnya, ia berkata, “Suatu ketika aku bersama Rasulullah saw, kemudian beliau berkata, ‘Apakah kamu mengetahui beberapa (bait) dari syair karya Umayyah bin ash-Shalt?’ Aku menjawab, ‘Ya’. Beliau berkata, ‘lantunkanlah!’, kemudian aku melantunkan satu bait. Beliau berkata, ‘lanjutkan’ kemudian aku melantunkan satu bait. Beliau berkata, ‘lanjutkan’. Hingga aku melantunkan 100 bait (syair)” H.r. Muslim

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata ketika menjelaskan berkenaan hadis yang menyebutkan persoalan Syairnya Umayyah, beliau berkata:

وَمَقْصُود الْحَدِيث أَنَّ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِسْتَحْسَنَ شِعْر أُمِّيَّة , وَاسْتَزَادَ مِنْ إِنْشَاده لِمَا فِيهِ مِنْ الْإِقْرَار بِالْوَحْدَانِيَّةِ وَالْبَعْث , فَفِيهِ جَوَاز إِنْشَاد الشِّعْر الَّذِي لَا فُحْش فِيهِ , وَسَمَاعه , سَوَاء شِعْر الْجَاهِلِيَّة وَغَيْرهمْ , وَأَنَّ الْمَذْمُوم مِنْ الشِّعْر الَّذِي لَا فُحْش فِيهِ إِنَّمَا هُوَ الْإِكْثَار مِنْهُ , وَكَوْنه غَالِبًا عَلَى الْإِنْسَان . فَأَمَّا يَسِيره فَلَا بَأْس بِإِنْشَادِهِ وَسَمَاعه وَحِفْظه
Maksud hadis ini menunjukkan bahawa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam menganggap baik syair Umayyah dan meminta tambahan syair terhadap apa yang ada di dalamnya dari pengakuannya terhadap ke-Esaan (Allah) dan hari akhir. Dan di dalamnya maklumat tentang bolehnya melantunkan syair yang tidak mengandungi kekejian, sekaligus mendengarkannya. Sama sahaja, adakah syair tersebut merupakan syair Jahiliyyah atau selainnya. Dan yang perlu dijauhi berkaitan persoalan syair yang tidak mengandungi kekejian ini adalah yang tidak berlebihan padanya. Dan itulah yang biasanya terjadi kepada diri manusia. Adapun sedikit syair dengan cara melantunkan, mendengarnya, atau menghafalnya maka tidak mengapa.” (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 12/15)

Selain riwayat di atas terdapat pula keterangan lain sebagaimana diriwayatkan oleh al-Tirmidzi sebagai berikut:

عن أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ مَكَّةَ فِي عُمْرَةِ الْقَضَاءِ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ رَوَاحَةَ بَيْنَ يَدَيْهِ يَمْشِي وَهُوَ يَقُولُ خَلُّوا بَنِي الْكُفَّارِ عن سَبِيلِهِ الْيَوْمَ نَضْرِبْكُمْ عَلَى تَنْزِيلِهِ ضَرْبًا يُزِيلُ الْهَامَ عن مَقِيلِهِ وَيُذْهِلُ الْخَلِيلَ عن خَلِيلِهِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ يَا ابْنَ رَوَاحَةَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي حَرَمِ اللَّهِ تَقُولُ الشِّعْرَ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلِّ عَنْهُ يَا عُمَرُ فَلَهِيَ أَسْرَعُ فِيهِمْ مِنْ نَضْحِ النَّبْلِ
Dari Anas bahwasanya Rasulullah Saw masuk ke Makkah pada masa umrah Qadha dan Abdullah bin Rawahah sedang berjalan di depan beliau sambil berkata : “Berikan jalan kepada anak orang-orang kafir # Hari ini kami akan memukul kalian dirumah kalian # Dengan pukulan yang menghilangkan kesedihan dari peraduannya # Dan menjauhkan seorang kekasih dari kekasihnya. Umar kemudian berkata kepadanya : ‘wahai Ibnu Rawahah dihadapan Rasulullah Saw dan didalam masjid al-haram kamu melantunkan syair?’ kemudian Nabi Saw berkata kepada Umar : “Biarkan dia wahai Umar sebab hal itu lebih mempercepat dari siraman yang baik”

Dalam riwayat yang lain Rasulullah Saw memuji syair salah seorang sahabat yang bernama Labid bin Rabi’ah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَصْدَقُ كَلِمَةٍ قَالَهَا الشَّاعِرُ كَلِمَةُ لَبِيدٍ: أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللهَ بَاطِلُ وَكَادَ ابْنُ أَبِي الصَّلْتِ يُسْلِمُ
Dari Abu Hurairah dari Nabi Shallallhu ‘alaihi wa sallam beliau berkata : “Kalimat yang paling benar yang diucapkan oleh penyair adalah kalimat Labid: “Ketahuilah segala sesuatu yang selain Allah adalah batil (rosak dan binasa)”. Dan hampir saja Umayyah bin Abu al-Shalt memeluk Islam”. H.r. At-Thahawi

Dalam riwayat lain Rasulullah Saw mengemukakan bahwasanya terdapat kandungan hikmah dibalik bait-bait syair sebagaimana sabda Baginda Saw:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- : إِنَّ مِنَ الشِّعْرِ حِكْمَةً
Dari Ibnu Abas, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, ‘Sesungguhnya terdapat hikmah diantara (bait-bait) syair’.” H.r. Al-Baihaqi

Adapun hadis yang menerangkan akan ketidakbolehan syair dan bersyair adalah :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ أَحَدِكُمْ قَيْحًا خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا
Dari Abu Hurairah, ia berkata,  “Rasulullah saw bersabda, ‘Lambung seseorang penuh dengan nanah lebih baik daripada penuh dengan syair’.” H.r. Abu Daud

Pemahaman Hadis-hadis Syair

Dari beberapa teks hadis di atas menunjukkan terjadinya kontroversi tentang hukum syair. Di satu sisi Rasulullah saw membenarkan dan menyuruh sebahagian dari sahabat Baginda untuk melantunkan syair, bahkan Baginda sendiri melantunkan syair sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmidzi :

عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ هَلْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَمَثَّلُ الشِّعْرَ قَالَتْ رُبَّمَا تَمَثَّلَ شِعْرَ ابْنِ رَوَاحَةَ وَيَقُولُ وَيَأْتِيكَ بِالْأَخْبَارِ مِنْ لَمْ تُزَوِّدِ
Dari al-Miqdam bin Syureh, dari Ayahnya, ia berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah: ‘Apakah Rasulullah Pernah melantunkan syair?’ Aisyah menjawab, ‘Beliau pernah melantunkan Syair Ibnu Rawahah dan beliau melantunkan: ‘Dan akan datang kepadamu berita dari yang tidak kamu sangka’.”

Namun pada sisi yang lain Rasulullah saw melarang untuk bersyair sebagaimana sabda Baginda Saw :

لأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ أَحَدِكُمْ قَيْحًا خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا » – رواه أبو داود
“Lambung seseorang penuh dengan nanah lebih baik daripada penuh dengan syair”. H.r. Abu Daud

Ketika melihat hadis kedua tentang larangan bersyair secara zahir, maka akan ditemukan larangan untuk bersyair secara mutlak, sebab Rasulullah Saw menyebutkan bahwa “perut seseorang dipenuhi oleh nanah (yang dapat merosaknya) lebih baik daripada dipenuhi oleh syair”. Atas dasar ini beberapa ulama melarang syair secara mutlak berdasarkan hadis tersebut.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:

هذه المبالغة في ذم الشعر أن الذين خوطبوا بذلك كانوا في غاية الإقبال عليه والاشتغال به فزجرهم عنه ليقبلوا على القرآن وعلى ذكر الله تعالى وعبادته فمن أخذ من ذلك ما أمر به لم يضره ما بقي عنده مما سوى ذلك والله أعلم
Penyebab munculnya celaan yang cukup keras tersebut adalah disebabkan orang yang diajak berbicara merupakan orang-orang yang menyibukkan diri dan menghabiskan waktunya hanya untuk bersyair, sehingga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mencela mereka supaya mereka kembali kepada al-Qur’an, berzikir, dan beribadah kepada Allah. Sesiapa yang telah melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya, maka tidak mengapa sekiranya baki waktunya yang tinggal (sisa waktu yang tinggal) digunakan untuk perkara lain. Wallahu a’lam. (Fathul Bari, 10/550)

Imam Ibnu Hajar berkata: “Para ulama terdahulu berbeda pendapat tentang apabila isi sebuah kitab seluruhnya adalah syair, Al-Sya’bi berpendapat bahawa hal tersebut (kitab dipenuhi oleh syair) tidak boleh, dan al-Zuhry berpendapat bahawa telah menjadi sebuah sunnah terdahulu bahwa basmalah tidak boleh tercampur dengan syair, sementara Said bin Jubair dan Jumhur serta pilihan al-Khatib bahawa buku yang dipenuhi dengan syair dan basmalah tercampur dengan syair adalah boleh”

Sebenarnya hadis tentang larangan bersyair memiliki asabab al-wurud, sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim sebagai berikut:

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ نَسِيرُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِاْلعَرْجِ إِذْ عَرَضَ شََاعِرٌ يُنْشِدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-: خُذُوا الشَّيْطَانَ أَوْ أَمْسِكُوا الشَّيْطَانَ لأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ رَجُلٍ قَيْحًا خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا
Dari Abu Said al-Khudri, ia berkata, “Ketika kami sedang berjalan bersama Rasulullah Saw di al-’Araj, tiba –tiba seorang penyair membacakan syair (kepada kami) Maka Rasulullah pun berkata: ‘Tahan syaitan itu, Lambung seseorang penuh dengan nanah lebih baik daripada penuh dengan syair”

Ibnu Baththal berkata: sebahagian ulama berpendapat bahawa syair yang dimaksud dalam hadis adalah syair-syair yang mengandung hujatan terhadap Rasulullah Saw. Akan tetapi Abu Ubaid secara pribadi berdasarkan kesepakatan ulama menganggap bahawa penafsiran tentang makna syair adalah penafsiran yang salah sebab kaum muslimin telah sepakat bahawa satu kalimat yang mengandung hujatan kepada Rasulullah Saw maka akan menjadikan kufur. Akan tetapi dikalangan sebahagian ulama melarang syair dan bersyair secara mutlak. Hal tersebut didasarkan perkataan Rasulullah Saw : “tahan Syaitan itu” dan firman Allah yang Artinya: Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. (Q.S. al-Syu’ara’ : 224)

Berdasarkan ayat dan hadis tersebut, mereka yang melarang syair secara mutlak menganggap bahawa syair dan bersyair merupakan pekerjaan syaitan yang sesat. Para ahli tafsir seperti al-Thabary berpendapat bahawa para ahli syair tersebut mengikuti jejak orang-orang yang sesat bukan jejak orang-orang yang mendapat petunjuk. Dan yang dimaksud dengan orang yang sesat menurut Ibnu Abbas adalah para pembuat syair dari kalangan orang-orang kafir dan yang lainnya berpendapat yang dimaksud dengan orang sesat adalah Syaitan. Ikrimah berkata bahawa suatu ketika terdapat dua ahli syair yang saling mencaci satu sama lain (dengan menggunakan syair), maka Allah menurunkan ayat ini (al-Syu’ara’:224). Qatadah berpendapat bahawa para ahli syair memuji seseorang dengan hal-hal yang batil dan mencela dengan hal-hal yang batil pula.

Imam al-Qurthuby mengomentari hadis Abu Said al-Khudri dengan mengatakan bahawa para ulama berkata bahwa Rasulullah Saw melakukan hal tersebut –iaitu mencela penyair tersebut- kerana Baginda Saw telah mengetahui keadaan penyair tersebut, kerana penyair tersebut dikenal sebagai penyair yang menjadikan syair-syairnya sebagai jalan untuk mendapatkan penghasilan sehingga dia berlebihan dalam memuji ketika diberi, dan berlebihan dalam mencela ketika tidak diberi, sehingga menyiksa manusia, baik dari segi harta mahupun kehormatan. Oleh kerana itu mereka yang melakukan hal ini wajib untuk diingkari.

An-Nawawi berkata : syair itu hukumnya boleh selama didalamnya tidak terdapat hal-hal yang keji dan sejenisnya.

Al-Mubarakfury berkata: yang dimaksud dengan memenuhi (perutnya dengan syair) adalah ketika syair telah menguasainya dimana dia lebih disibukkan dengannya dari al-Qur’an dan ilmu-ilmu Islam lainnya, maka hal tersebut menjadi syair yang tercela apapun bentuknya.

Maka dari itu Imam al-Bukhary dalam shahihnya memberikan bab khusus tentang syair dengan nama bab dibencinya syair ketika lebih mendominasi manusia dari al-Qur’an dan zikir kepada Allah. Jadi apabila seseorang menjadikan al-Qur’an dan Ibadah kepada Allah sebagai kesibukan utama, maka baginya boleh untuk membuat syair dan melantunkankannya selama syair tersebut tidak bertentangan dengan aturan-aturan syari’at.

Berdasarkan analisis dari pendapat para ulama di atas dapat difahami secara kontekstual bahawa hadis Rasulullah Saw yang menyebutkan secara eksplisit larangan syair dan bersyair bersifat temporal karena syair yang terlarang adalah syair yang mengandung pujian yang berlebihan dan dicampuri dengan kebohongan serta syair yang mengandung cacian, celaan dan hinaan terhadap harkat dan martabat manusia baik secara khusus mahupun umum. Sehingga hadis tentang larangan syair dan bersyair hanya dapat difahami dengan kaedah:

الْعِبْرَةُ بِخُصُوْصِ السَّبَبِ لاَ بِعُمُوْمِ اللَّفْظِ
Yang dijadikan sebagai pengajaran adalah kekhususan sebab bukan keumuman lafaz”

Akan tetapi Rasulullah Saw sebagai seorang arab memiliki kecenderungan melantunkan syair dan mendengarkan syair sebagaimana hadis-hadis yang menjelaskan akan kebolehan syair dan melantunkan syair tetapi Baginda tidak membuat atau menyusun syair karena kedudukan beliau sebagai Rasul hal ini ditegaskan oleh dalam firmanNya yang artinya: “Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang memberi penerangan” (Q.S. Yasin : 69).

Ayat di atas menunjukkan bahawa Rasulullah Saw tidak membuat atau menyusun syair dan tidak mengatakan sebait syair pun, jika beliau ingin melantunkan syair beliau tidak menyempurnakan atau senantiasa memotong timbangan syair tersebut, sebagai salah contoh sebagaimana disebutkan oleh Aisyah dalam riwayat Ahmad & al-Tirmidzi :

رُبَّمَا تَمَثَّلَ شِعْرَ ابْنِ رَوَاحَةَ وَيَقُولُ وَيَأْتِيكَ بِالْأَخْبَارِ مِنْ لَمْ تُزَوِّدِ
‘Beliau pernah melantunkan Syair Ibnu Rawahah dan beliau melantunkan: ‘Dan akan datang kepadamu berita dari yang tidak kamu sangka’.”

Penjelasan dari Aisyah menunjukkan bahawa Rasulullah Saw hanya menyebutkan dan melantunkan potongan syair karya Abdullah bin Rawahah pada masa perang Khandak dengan tujuan agar lebih bersemangat, karena sesungguhnya syair karya Ibnu Rawahah menyebutkan :

سَتُبْدِي لَكَ الْأَيَّامُ مَا كُنْتَ جَاهِلًا وَيَأْتِيكَ بِالْأَخْبَارِ مَنْ لَمْ تُزَوِّدِ
Akan tampak kepadamu hari hari dimana kebodohanmu # Dan akan datang kepadamu berita dari yang tidak kamu sangka

Dan banyak lagi riwayat-riwayat lain yang menunjukkan bahawa Baginda hanya menyebutkan syair karya sahabat-sahabat dengan cara memotongnya dan bukan dari syair-yair karya Baginda sendiri, karena larangan dari Allah. Di antara hikmah larangan Allah terhadap Rasul-Nya untuk menyusun syair dan melantunkannya adalah agar anggapan kaum kafir bahawa Rasulullah Saw adalah seorang ahli syair dan al-Qur’an merupakan syair karya Muhammad Saw terbantahkan.

Kesimpulan

Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa hadis tentang larangan syair dan bersyair bersifat temporal karena syair yang terlarang adalah syair yang menyalahi aturan-aturan syariat, dan syair yang tercela adalah syair-syair yang disusun untuk merendahkan martabat manusia secara umum dan kaum muslimin secara khusus. Demikian pula syair yang sangat menyibukkan melebihi kesibukan dalam membaca al-Qur’an dan beribadah kepada Allah.

Adapun syair-syair yang disusun dengan tidak menyampingkan apalagi meninggalkan ibadah kepada Allah dengan tujuan untuk menyedarkan manusia atau membangkitkan semangat kaum muslimin dan melemahkan semangat kaum kafir dan sesuai dengan al-Qur’an dan Sunnah, maka syair tersebut adalah syair yang dibolehkan dan bahkan mendapatkan posisi terpuji dalam Islam sebagaimana yang pernah diberikan kepada para ahli syair dari kalangan sahabat seperti Hassan, Labid, Abdullah bin Rawahah dan selainnya yang dikenal sebagai ahli syair pada masa mereka. Selain itu larangan mutlak untuk menyusun syair dan melantunkannya hanya dikhususkan kepada Rasulullah Saw dan tidak kepada umatnya.

Dipetik dan diedit daripada:

11 comments:

Anonymous said...

Salam Akhi, boleh tak bersyair, berqasyidah, berpuisi di dalam masjid. mintak di perjelaskan.

JakaAllah khoiron jaza....

Abu Farid

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Berlaku khilaf di antara 'ulama mengenai hukum menasyidkan syair di masjid disebabkan dua hadith berikut:

1. Daripada 'Aisyah r.a., katanya: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membina untuk Hasan ibn Thabit sebuah minbar di masjid buat dia menasyidkan sya'ir di atasnya."
Hadith riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Hakim. Kata al-Tirmizi: Hadith hasan sahih gharib. Kata al-Hakim: Sanad sahih, tetapi tidak diriwayatkan oleh al-Bukhariy dan Muslim, dipersetujui oleh al-Zahabi. Sahih menurut Sayyid ibn 'Abbas al-Jalimi, pentahqiq al-Syama'il al-Muhammadiyah. Mempunyai penyokong dari Sahih al-Bukhariy, hadith riwayat 'Aisyah dalam Bab Sya'ir di Masjid, Kitab Solat.

2. Daripada 'Amru ibn Syu'aib dari ayahnya dari datuknya: "Rasulullah s.a.w. melarang perbuatan berjual-beli di masjid, bersya'ir di masjid, mengumumkan barang hilang di masjid, dan mengadakan halaqah di masjid pada hari Jumaat sebelum solat."
Hadith riwayat Ahmad, Ibn Khuzaimah dan al-Tirmizi. Kata al-Tirmizi: Hadith hasan. Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan dari Hakim ibn Hizam r.a. dengan sedikit perbezaan pada matan. Kata Ibn Hajar dalam Fath al-Bari: Sanadnya sahih sehingga 'Amr ibn Syu'aib, terdapat beberapa hadith lain yang mempunyai maksud yang sama tetapi bermasalah pada sanad.

Masalah ini turut disebut oleh Ibn Syahin dalam Nasikh al-Hadith wa Mansukhihi [Kitab Jami', Bab Menasyidkan Sya'ir di Masjid], al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari telah cuba menyelesaikan perbezaan ini dengan berpendapat bahawa larangan yang terdapat dalam hadith 'Amru ibn Syu'aib ialah larangan perbuatan membaca sya'ir jahiliyyah dan sesat, dan selain dari itu diizinkan.

Dr. Karimah bint Ali, pentahqiq Nasikh al-Hadith wa Mansukhihi berpendapat bahawa hadith hadith larangan bersifat 'umum manakala hadith keizinan bersifat khusus.

WaLlahu a'lam.

Anonymous said...

salam, ust. mohon share ya

Anonymous said...

salam, ust. mohon share ya

LukLuk said...

salam, ust. mohon share ya

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

silakan.

Unknown said...

BAGUS INFONYA...

WWW.BLOGMNC.BLOGSPOT.COM

Anonymous said...

as salam,ustaz
mohon share

Unknown said...

assalamualaikum ust ana mahu tanya mengenai qasidah yg beriringkan dengan muzik atau rebana dan sampai dapat menggoyangkan badan adakah itu boleh?

Unknown said...

assalamualaikum ust ana mahu tanya mengenai qasidah yg beriringkan dengan muzik atau rebana dan sampai dapat menggoyangkan badan adakah itu boleh?

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Saudara Muhammad Mansor, anda boleh melihat sedikit penjelasan pada artikel yang terdahulu di. http://alkubrawiyyah.blogspot.com/2013/01/hukum-qasidah-dan-memukul-kompang-dalam.html