hasbunallah

hasbunallah

Tuesday, January 1, 2013

Daurah Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bentani


Alhamdulillah, dalam kesibukan serta ruang waktu yang terlalu singkat dan padat, saya masih diberikan Allah swt untuk menyertai program Daurah dan Talaqqi bersama al-Alim al-Allamah as-Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Husaini al-Bentani pada 28 – 30 Disember 2012 baru-baru ini.

Daurah dan talaqqi tersebut telah diadakan di Kuliyah Pondok Darul Naim, Pasir Tumboh Kelantan. Kitab yang ditalaqqi semasa daurah tersebut ialah kitab Fathur Rabbani wal Faidhur Rahmani karangan al-Imam Abdul Ghani bin Ismail bin Abd al Ghani bin Ahmad bin Ibrahim an-Nablusi.

Banyak ilmu serta kefahaman yang diperolehi dengan jelas selepas disyarahkan oleh Tuan Syeikh Rohimuddin Nawawi. Walaupun jadual daurah tersebut agak padat, namun ia amat bermanfaat. Pihak penganjur memaklumkan bahawa daurah tersebut akan dibuat tiga bulan sekali dan daurah berikutnya dijadualkan pada Mac 2013.

Tuan Syeikh Rohimuddin Nawawi berjanji akan mengkhatamkan kitab tersebut pada sesi daurah akan datang serta akan mengijazahkan sanad kitab itu nanti. Saya berdoa dan berharap agar Allah mentakdirkan saya untuk terus mengikut daurah tersebut pada masa akan datang.
   

No comments: