Wednesday, January 2, 2013

Isu Tanah Hutan Simpan Relai : UMNO Terus Menipu Rakyat


Satu prinsip mudah, kalau tidak menipu itu bukan UMNO namanya. Walaupun telah banyak kali diberikan penerangan berdaksarkan fakta, tapi UMNO dan konco-konconya terus menipu rakyat berkaitan dengan isu Tanah di Hutan Simpan Relai, Daerah Ciku Gua Musang. Mereka mencanangkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Sebagai penjelasan lanjut dan tambahan daripada apa yang telah dijelaskan oleh Ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari, selaku Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan dalam blog beliau, saya ingin menegaskan kepada para penipu dan pembohong UMNO serta konco-konconya bahawa tanah tersebut telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Ketika itu Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Negeri Perak.

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan  Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit. Cuba anda semua perhatikan siapakah ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Sdn. Bhd pada tahun 2004. Tidak pernah tersenarai pun nama pemimpin DAP. Perjanjian tersebut dibuat adalah sebelum pemimpin DAP mengambil alih syarikat tersebut. Pengambilalihan sesebuah syarikat adalah bukan sesuatu yang pelik kecuali bagi orang yang bodoh sahaja!! Sepatutnya UMNO menyiasat siapakah individu yang bernama Mohd. Khairi Bin Aseh yang terdapat dalam senarai nama ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Manakala pimpinan DAP hanyalah mengambil alih syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada tahun 2012 sebagaimana yang tercatat dalam dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ketika pengambil alihan dibuat, perjanjian usahasama telah sedia termeterai sejak tahun 2006 lagi.

Pihak UMNO janganlah terlalu bodoh sehingga tidak tahu kronologi projek usahasama tersebut kerana projek ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia dan satu surat kelulusan telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

Manakala surat kedua pula ialah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia  kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia bertarikh 16 Januari 2006 yang turut menyokong permohonan syarikat tersebut bagi tujuan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negeri Kelantan. Surat tersebut ditandatangani olah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia pada masa itu iaitu Dato Dr Awang Adek bin Hussin.

Bila UMNO melalak memainkan dan memutarbelitkan isu ini, makin terserlah kebodohan mereka kerana semua projek usahasama tersebut adalah mempunyai dokumen yang sah serta dululuskan oleh pihak pusat dibawah teraju UMNO sendiri.


3 comments:

Mohd Hafizi Rameli said...

Bersatu kita bersatu, bersama Pemimpin Penipu, Tipu Terus Menipu, Kita Tipu Melayu.

- Ayat di atas tidak ada kena mengena dgn lirik lagu mana2 parti politik, harap maklum. -

Anonymous said...

Dalam isu diatas..gendang yg dipalu umno bukannya dituju pd isu tanah sangat, tapi lebih kpd penglibatan 2 exco DAP tersebut yg terkenal dgn slogan bersih, telus, non- kroni dll. Apa yg hairannya br sepenggal memerintah..umno yg terkenal jahatnya tak berasa pelik..mana janji PR selama ini kpd rakyat....BERSIH...TELUS

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Sebab itu saya katakan bahawa sebelum membangkitkan isu ini, perlu fahami dengan jelas prosedur pengambilalihan syarikat. Pertukaran ahli lembaga pengarah adalah dibuat melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak melibatkan Kerajaan Negeri. Sesiapa sahaja yang layak dan mampu boleh mengambil alih syarikat tersebut dan bukan hanya khusus kepada Exco DAP tersebut.
Kelulusan penganmbialihan itu adalah 100% kuasa SSM bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanyalah dimaklumkan sahaja mengenai pertukaran ahli lembaga pengarah syarikat.
Sesuatu perjanjian pula mengikat pihak-pihak walaupun syarikat tersebut dan kerajaan negeri di ambil oleh orang lain.
Kena faham asas perundangan pertukaran syarikat, jangan main hentam sahaja sebab akan nampak kebodohannya. Apatah lagi kelulusan tanah tersebur adalah dibuat oleh Kerajaan Pusat dibawah pemerintahan BN sendiri. Yang mana syarikat tersebut adalah kroni UMNO. Cuba periksa satu persatu lembaga pengarah syarikat tersebut sewaktu kelulusan diberikan.
Ini bermakna, Kerajaan Negeri adalah telus dalam memberikan tender usahasama walaupun syarikat tersebut adalah mempunyai hubung kait dengan UMNO.