Tuesday, January 15, 2013

Isu Kalimah Allah: UMNO Menunding Jari, Sorok Kepala


Sekali lagi isu sama ada kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam dipolitikkan oleh UMNO dan konco-konconya. Nampaknya Umno seperti sudah kehabisan idea dan isu untuk memperbodohkan rakyat dengan mengitarkan semula isu yang telah muncul sebelum ini termasuklah isu ‘Amanat Hadi’.  Saya pun pelik dengan Umno, ikut suka hati mereka sahaja apa yang ingin mereka namakan atau jenamakan sesuatu isu. ‘Amanat Hadi’, padahal Tuan Guru Haji Abd Hadi tidak pernah pun menamakan iau sebagai suatu ‘amanat’. Bahkan ia adalah sedutan TGHH sewaktu ceramah politik PAS pada tahun 1981 di Kg. Banggol Peradong. Alih-alih, Umno memberikan nama sebagai ‘Amanat Hadi”. Begitu juga dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diadakan pada 12/01/2013 oleh Pakatan Rakyat. Alih-alih, Umno memberikan nama sebagai ‘Perhimpunan Shamsidar’. Entah apa sebabnya mereka sesuka hati sahaja memberikan nama yang jauh dari maksud asal.

Namun pada kali ini, saya hanya ingin menumpukan pada isu kalimah Allah sahaja. Telah banyak ulama-ulama hebat dunia memberikan pandangan dan hujah mereka sama ada orang bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah sebagai nama Tuhan mereka terutamanya untuk menggantikan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dalam injil Melayu. Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Dato Seri Abdul Hadi Awang pada mulanya berpendapat bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dengan syarat ia mestilah bermaksud bahawa Allah Yang Maha Esa dan Maha Tunggal.

Maka munculah pelbagai pihak terutama Umno, ulama Umno dan juak-juaknya mempertikaikan pandangan tersebut. Padahal Mursyidul Am dan Presiden Pas bukanlah orang yang pertama atas muka bumi ini berpendapat demikian. Malah sebelum ini telah wujud pandangan dan fatwa yang membolehkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah di timur tengah. Malah tidak sedikit dari kalangan Umno dan juak-juaknya menuduh bahawa Pas tunduk pada tekanan DAP kerana membenarkan kalimah tersebut digunakan oleh orang bukan Islam. Barangkali, Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qardhawi pun tunduk pada DAP juga sebab beliau adalah antara ulama dunia yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tersebut!!! Terlalu dangkal dan cetek sangat pemikiran orang Umno nih.

Padahal dalam Pas sendiri pun ada ulama yang berpendapat bahawa orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah teserbut. Perbezaan ini adalah berdasarkan hujah dan dalil. Bukannya berdasarkan fikiran semata-mata. Saya sendiri pun memilih untuk menyokong pendapat bahawa orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah bagi menggantiklan perkataan God atau Lord dalam injil mereka berdasarkan hujah dan dalil yang dikemukakan serta mengambil kira keadaan setempat di Malaysia.

Namun sebenarnya Umno cuba untuk menutup kesalahan mereka sendiri dalam isu ini dengan menggunakan semua cara dan saluran bagi mempamerkan kepada rakyat dan memperbodohkan rakyat bahawa Pas adalah parti yang menjual dan menggadaikan prinsip agama Islam demi kepentingan parti. Cuba kita selidiki betul-betul, sejak isu ini muncul tiada seorang pun dari kalangan para pemimpin Umno yang penakut dan bacul bangun untuk menyatakan pendirian mereka. Malah, Dato Sri Najib sendiri yang menulis surat kebenaran untuk mencetak injil dalam Bahasa Melayu. Jadi, siapakah sebenarnya yang menggadaikan agama untuk kepentingan politik. Pas tiada kuasa untuk memberikan kebenaran tersebut!!!

Apabila Majlis Syura Ulama Pas mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perkataan God atau Lord tidak boleh diterjemahkan sebagai Allah kerana ianya tidak menepati kehendak sebenar, maka Umno, juak-juaknya serta para katak semua bising mengatakan bahawa Pas tidak sependapat diantara mereka sendiri.

Apa yang Umno mahukan sebenarnya? Mereka seperti mula takut kerana isu yang mereka mainkan mula membelit diri mereka sendiri. Para katak pun mula menyalak memanggil hujan padahal tiada pun ular yang mengintai.   

Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya. (al-Anfal : 30)

No comments: