hasbunallah

hasbunallah

Monday, June 24, 2013

Husam direman dua hari

Jimadie Shah Othman
2:11PM Jun 23 2013

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya yang yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan Black 505 di Kuala Lumpur semalam.

Peguamnya Hisham Fauzi berkata, walaupun polis memohon perintah reman empat hari untuk melengkapkan siasatan, majistret Nik Habri Muhammad hanya membenarkan Husam ditahan lagi dua hari.

Hisham berkata, beliau dan pasukan lima peguam Husam berhujah, polis tidak perlu lagi menahan pemimpin PAS itu memandangkan mereka sudah mempunyai rakaman ucapan kontroversi Husam di Kelantan sebelum ini.

"Polis sudah ada rakaman. Jadi tiada keperluan untuk mereka menyoal beliau lagi," kata Hisham (kanan).

Husam dibawa ke hadapan majistret di ibu pejabat polis Kota Bharu, tempat beliau ditahan, pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hisham juga berkata, setakat jam dua petang ini, pihak polis masih belum merakamkan kenyataan anak guamnya itu.

"Beliau sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis," jelas Hisham ketika ditanya sama ada Husam akan menjawab atau memilih untuk berdiam diri.

Husam ditahan pada jam 4 petang semalam di Kampung Pandan, Ampang berhubung satu kenyataan berkaitan kehadiran di perhimpunan 'Black 505' semalam.

Beliau kemudian dibawa ke Kota Bharu. Dua laporan polis berkaitan di buat di IPD kawasan tersebut.

Harakahdaily sebelum ini antaranya melaporkan Husam sebagai berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.”


Dipetik dari Malaysiakini 

No comments: