hasbunallah

hasbunallah

Monday, January 11, 2016

معجم الشيوخ للكبروي 1: Syeikh Muhammad Husni Ginting Bin Muhammad Hayat Ginting



Nama:
Al-Muhaddisth Al-Musnid Al-Mu`arrikh Ar-Rawiyyah Al-Faqih Al-Usuli Syeikh Muhammad Husni Ginting Bin Muhammad Hayat Ginting Bin Muhammad Ilyas Ginting Bin Muhammad Soleh Ginting al-Besitani Al-Langkati As-Syafi`i Al-Musthafawi Al-Husofy Al-Azhari.

Nama Ayah:
Muhammad Hayat Ginting Bin Muhammad Ilyas Ginting Bin Muhammad Soleh Ginting.

Nama Ibu :
Zubaidah Hasibuan Binti Muhammad Ya`qub Hasibuan Bin Abdul Qahar Hasibuan.

Kelahiran:
Dilahirkan di Besitang Langkat Sumatera Utara Indonesia pada 26 Zulqa`idah 1400 hijriyah bertepatan 6 oktober 1980.

Membaca al-Qur`an dan mengkhatamkannya kepada Ustazah Siti Jeniyyah pada tahun 1990 M.

Pendidikan Formal beliau :
1.   Menamatkan pengajiannya di Maktab Islamiyyah Bukit kubu Besitang pada tahun 1991
2.      Menamatkan pendidikkan sekolah dasar di SD Negeri No 050780 Bukit Kubu Besitang.
3.      Pada tahun 1993 melanjutkan pendidikannya di Pondok Pesantren Musthafawiyyah Purba Baru.
4.      Mendapat ijazah Thanawiyyah pada 31 Mei 1996 M .
5.   Mendapatkan ijazah Thanawiyah pondok pesantren Musthafawiyah pada tahun 1997M.
6.      Pada 29 Mei 1999 beliau berhasil mendapatkan ijazah Aliyyah.
7.  Sementara pada tahun 2000 beliau berhasil menamatkan pendidikkan Pondok pesantren Musthafawiyah Purba Baru dan termasuk dari sepuluh besar dari lebih kurang tujuh ratus pelajar yang menamatkan pendidikkannya ketika itu.
8.  Pada bulan September tahun 2000 beliau melanjutkan pendidikannya di Fakulti Syari`ah Wal Qanun di University al-Azhar Syarif.
9.      Dan berhasil meraih ( Lisence )Syari`ah Islamiyah Azhar Syarif pada tahun 2004.
10.    Dan berhasil mendapat Ijazah Defloma Master Ma`had Ali Darasat Islamiyah Kairo pada 17 Januari 2007 M.
11.    Pada tahun 2007/2008 beliau masuk Fakulti Usuluddin Wa Dakwah University al-Azhar.
12.    Pada tahun 2011 beliau berhasil mendapatkan Lisence untuk kali yang kedua dari Fakulti Usuluddin jurusan Hadits Syarif dan ilmunya di Universiti al-Azhar.

Sementara pendidikan Tidak Formal beliau adalah :

1.    Pada tahun 1994 bertemu dengan Syeikh Abdul Malik Raihan al-Mandili dari Pasar Maga dan mengaji dengan beliau sehingga mengkhatamkan kitab Arba`in Nawawiyyah, Matan Ghayah Wa Taqrib,Matan Bidayah Wal Hidayah, Matan Arba`in Syeikh Ismail Zein al-Yamani, dan Syeikh Raihan memberikan ijazah Ammah kepadanya.
2.     Pada tahun 1995 mulai mengikuti pengajian Syeikh Ibrahim Zannun Lubis al-Mandili sampai tahun 2000, beliau mengikuti pengajian kitab Mukhtasor Sohih Bukhari Abi Jamroh, Hasyiyah Bajuri, Maraqil Ubudiyyah Syarah Bidayah Wal Hidayah,dan Manasik Haji, dan Syeikh Ibrahim Zannun memberikan ijazah ammah kepada beliau.
3.  Mengikuti pengajian dengan secara khusus kepada Syeikh Mahmuddin Pasaribu, ketua Majlis Ulama daerah Mandailing Natal, guru besar di Musthafawiyah, dan Ro`is Syura Nahdhatul Ulama Sumatra Utara, beliau mengikuti pengajian Jami` Durus al-Arabiyyah, Kawakibud Duriyyah, Syarah Ibnu Aqil, I`anatut Tholibin, Hasyiyyah Syarqawi, al-Azkar Nawawiyyah, Jam`ul Jawami` dan lain-lainnya, Syeikh Mahmuddin Pasaribu juga memberikan ijazah Ammah kepada beliau,.
4.      Mengikuti pengajian Fathul Majid, Dala`ilul Khairat, Syarah Matan Sullam ( ilmu Mantiq ) kepada Syeikh Mukmin Aali Ruhum al-Mandili, dan Syeikh Mukmin memberikan ijazah Ammah kepada beliau.
5.      Mempelajari ilmu falak dan hisab bulan kepada Syeikh Usman bin Daud an-Naqsyabandi di Nabundong, dan beliau mendapat ijazah khusus dari Syeikh Usman.

Dan masih banyak lagi buku-buku yang beliau baca kepada ulama-ulama besar di Indonesia.

Sementara di luar negeri :

1.     Beliau mengikuti pengajian kitan Matan Ghayah Wa Taqrib, Matan Zubad, Tafsir al-Qur`an kepada Mufti Mesir Profesor Doktor Ali Jum`ah al-Azhari, dari tahun 2003.
2.     Beliau telah mengikuti pengajian Sohih Bukhari kepada Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`its al-Kattani, beliau juga menghadiri pengajian kitab Muwatto`, Fawa`idul Jalilah, Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani memberikan ijazah Ammah kepada beliau.
3.      Membaca Sohih Bukhari dan Sohih Muslim kepada Profesor Doktor Syeikh Muhammad Mahmud Abu Hasyim al-Azhari (Dekan Fakulti Usuluddin dan Dakwah) dan mendapatkan ijazah ammah dari beliau.
4.     Mengikuti pengajian Thulatsiyyat Bukhari, Awa`il Ajluniyyah, Syama`il Muhammadiyyah Lit Tirmizi, Sunan Tirmizi kepada Syeikh Usamah bin Sayyid bin Mahmud al-Azhari dan mendapatkan ijazah aarinya.
5.      Mengikuti pengajian kitab Mu`atto`Imam Malik dan Musalsaltul Asyarah kepada Syeikh Malik bin Arabi Sanusi.
6.      Membaca seluruh kitab Matan Arba`in Nawawiyyah kepada Syeikh Abdul Mannan al-Bakistani al-Madani.
7.      Mengikuti pengajian kitab Tahzib Misykatil Masobih, Awa`il Wa Awakhir, Tahzib Adabul Mufrad, Nasikh Wa Mansukh, Manaqibu Syafi`i, Adabul Musofahat, Musalsalat, Mahdi Muntazhor, Al-Ihathoh Fi Masa`ili Haidhi Wa Al-Istihadhah dan lain-lainnya kepada Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari.
8.      Mengikuti pengajian Fathul Qarib Mujib, Riyadhus Solihin, Risalah Imam Abu Daud Ila Ahli Makkah, Awail Sunbuliyah dan lain-lainnya kepada Syeikh Mahmud Said Mamduh Syaikul Hadis Muhaddis dan Musnid Mesir.
9.      Mengikuti pengajian Syama`il Muhammadiyah, Nuzhatun Nazhor dan musalsalat kepada Syeikh Sayyid Ibrahim bin Abdullah al-Ahsa`i.
10.    Mengikuti pengajian kitab Matan Rahabiyyah dan Musalsalat kepada Syeikh Muhammad Abdurrahim Jad Badaruddin.
11.    Mendengarkan sejumlah Musalsalat dari Syeikh Muhammad Husni Thamrin al-Banjari.
12.    Membaca kitab Sunan Ibnu Majah, Nuzhatu an-Nazhor, Thulathiyat Bukari, Awail Sunbuliya, Alfiyah al-Athar Imam Sayuti dan hadis musalsal kepada Muhaddis Syeikh Musthafa an-Nadawi.
13.    Membaca Sohih Bukhari dan Sunan Abu Daud kepada muhaddis Syeikh Najah Awadh Shiyam al-Mansuri.
14.    Membaca Alfiyah Atsar karangan Imam Sayuti kepada Syeikh Majid Hamid al-Iraqi.
15.    Membaca sebahagian Sohih Muslim kepada Muhaddis Syeikh Nuruddin Iter Ad-Damsyiqi di Sahah Bani Amir.
16.    Membaca sebagian Sohih Muslim kepada Muhaddis Syeikh Muhammad Awamah.
17.    Membaca Matan Arba`in An-Nawawiyah kepada Syeikh Sami Anwar Al-Qadiri.
18.    Mendengarkan Tsulatsiyaat Bukhari, Awail Wa Awakhir Kutubus Sittah, sebahagian Sohih Bukhari , Mu`atto` Imam Malik dan Musnad Imam Syafi`i kepada Syeikh Isom Anas Ziftawi.
19.    Membaca Alfiyah Hadis Imam Sayuti kepada Syeikh Majid Hamid Al-Iraqi.

Mengambil Tarekat Syazuliyyah al-Husofiyyah :

1.      Syeikh Abdurrahman Jauhar Al-Kumannuri.
2.      Syeikh Mahmud Hamid Awadh as-Syarqawi al-Husofy.
3.      Syeikh Abdul Hadi Quluyubi As-Syarqawi.

Aktiviti :

1.      Muqaddim Tarekat Husofiyyah asy-Syazuliyyah untuk Daerah Asia Tenggara dan sekitarnya.
2.      Pemimpin Sahah Husofiyah di Zaqaziq Mesir.
3.      Peneliti sanad dan Tsabat.
4.      Memberi ceramah agama, pengajian di Mesir, Malaysia dan Indonesia.
5.      Pendiri pondok pesantren al-Husniyah
6.      Guru pengajian di Pondok Ledang Johor Baru
7.      Guru pengajian di Darul Hasani Bangi Malaysia
8.      Guru pengajian thurath di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi

Beliau di gelar Musnid Asia Tenggara oleh para guru-gurunya.
Beliau mendapat ijazah Ammah lebih dari tiga ratus ulama besar di dunia baik dari Makkah, Madinah, Mesir, Suria, Lubnan, Jordan, Pakistan, India, Libya, Maroko, Indonesia, Malaysia, Thailand dan lain-lain.

Diantara guru-guru beliau yang memberikan ijazah ammah :

A - Makkah:

1.      Syeikh Sayyid Muhammad Alawi Al-Malik wafat 1425 H.
2.      Syeikh Ahmad Damanhuri Al-Banteni wafat 1426 H.
3.      Syeikh Ahmad Bin Husein Siraj Fathoni wafat 1430 H.
4.      Syeikh Ahmad Bin Abdullah Ar-Ruqaimi.
5.      Syeikh Abdus Syakur Bin Hasyim Al-Burmawi.
6.      Syeikh Sayyid Nabil Hasyim Al-Ba`alawi.
7.      Syeikh Abu Alawi Hamid Alawi Al-Kaaf.
8.      Syeikh Muhammad Amin bin Abdullah Al-Harari.
9.      Syeikh Majid bin Sa`id Rahmatullah Al-Hindi.
10.    Syeikh Husein Abdurrahim Palembani.

B - Madinah Munawwarah :

1.      Syeikh Abdurrahman Abu Madhai Al-Juhani wafat 1430 H.
2.      Syeikh Habib Zein Bin Ibrahim Sumeit Ba`alawi.
3.      Syeikh Rahmatullah Bin Abdul Ghani.
4.      Syeikh Muhammad Said Bin Walid Tholah.
5.      Syeikh Muhammad Humaidah Al-Madani.
6.      Syeikh Malik Ibnu Arabi Sanusi.
7.      Syeikh Abdullah Bin Muhammad Demfo.
8.      Syeikh Muhammad Husein Aidrus.
9.      Syeikh Ahmad Bin Abdul Malik `Asyur.
10.    Syeikh Abdul Qadir Al-Jaili Bin Muhammad Ahmad Al-Mahi.

C - Mesir :

1.      Syeikh Muhammad Sa`ad Badran Al-Qauqji wafat 1428 H.
2.      Syeikh Ahmad Mukhtar Ramzi Al-Masri wafat 1433 H.
3.      Syeikh Judah Mahdi An-Naqsyabandi wafat 1432 H.
4.      Syeikh Ali Jum`ah Al-Azhari.
5.      Syeikh Mahmud Sai`d Mamduh.
6.      Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`its Kattani.
7.      Syeikh Ahmad Umar Hasyim.
8.      Syeikh Ahmad Ma`bad Abdul Karim.
9.      Syeikh Ahmad Muhammad Hafizh At-Tijani.
10.    Syeikh Ali Muhammad aufiq An-Nahas.
11.    Syeikh Najah Shiyam Al-Mansuri
12.    Syeikh Abdul Qadir Awadh Al-Qauqji Al-Mansuri
13.    Syeikh Musthafa An-Nadwi Al-Mansuri
14.    Syeikh Yusri Rusydi Al-Qahiri
15.    Syeikh `Ishom Ziftawi Al-Azhari
16.    Syeikh Sa`ad Sa`ad Jawisy Al-Azhari
17.    Syeikh Rif`at Abdul Muthalib Al-Qahiri
18.    Syeikh Usamah Bin Sayyid Al-Azhari
19.    Syeikh Usamah Bin Sayyid At-Tidi
20.    Syeikh Ibrahim Asmawi Al-Azhari
21.    Syeikh Ahmad Bin Muhammad Sa`ad Badran Al- QAuqji
22.    Syeikh Ridha Zakaria Al-Azhari
23.    Syeikh Solahuddin At-Tijani
24.    Syeikh Asyrof At-Tijani
25.    Syeikh Abdul Ghani Bin Soleh Al-Ja`fari

D - Indonesia :

1.      Syeikh Ali Hasan Ahmad Ad-Daari wafat 1419 H.
2.      Syeikh Ali Akbar Marbun.
3.      Syeikh Abdul Malik Rayhan Bin Abdul Qadir Al-Mandili.
4.      Syeikh Ahmad Toyyib Bin Abdurrahim Al-Mandili.
5.      Syeikh Muhammad Husni Tamrin Al-Banjari wafat 1435 H.
6.      Syeikh Abdul Ba`its Abdul Hamid Al-Mandaili.
7.      Syeikh Mawardi bin Syeikh Abdul Wahab Al-Mandili.
8.      Syeikh Ibrahim Zannun Bin Sutan Al-Mandili.
9.      Syeikh Ali Amri Bin Mampak Al-Mandili.
10.    Syeikh Abdurrahman Bin Nu`man An-Nadwi Al-Mandili.
11.    Syeikh Ahmad Marwazi Al-Betawi
12.    Syeikh Ahmad Zawawi Bin Mas`ud Al-Betawi
13.    Syeikh Mu`adz Bin Jailani Al-Betawi
14.    Syeikh Alawi Bin Muhammad Zein Al-Betawi
15.    Syeikh Abdul Ghaffar Bin Abdu As-Syakur Al-Banjari
16.    Syeikh Abdul BAsith Bin Ibrahim Al-Banjari
17.    Syeikh Mu`adz Bin Abdul Hamid Al-Banjari
18.    Syeikh Aswan Syamsuddin Al-Banjari
19.    Syeikh Nur Syahid RAmli Bin Abi Al-Hasan Al-Banjari
20.    Syeikh Ahmad Nawawi Bin Marfu` Al-Banjari
21.    Syeikh Ahmad Sya`rani Bin Muhammad Toyyib Al-Banjari
22.    Syeikh Muhammad Hatim Bn Salman Al-Banjari
23.    Syeikh Muhammad Hudhari Bin Ali Al-Banjari
24.    Syeikh Syamsuddin Bin Ibrahim Al- Banjari
25.    Syeikh Muhammad Sobron Bin Afandi Al-Banjar
26.    Syeikh Muhammad Syukri Unus Al-Banjarii
27.    Syeikh Maimu Bin Zubair As-Serani Al-Jawi
28.    Syeikh Abdul Jalil Bin Bakri Rasyid Al-Manduri
29.    Syeikh Fakhru Razi Bin Qasim Al-Jambi As-Sumatri

E - Yaman :

1.      Syeikh Habib Salim Bin Abdullah As-Syathiri.
2.      Syeikh Habib Ali Bin Husein Al-Aidid.
3.      Syeikh Habib Umar Bin Muhammad Salim Hafizh.
4.      Syeikh Habib Zaid Bin Abdurrahman Bin Yahya.
5.      Syeikh Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri.
6.      Syeikh Habib Umar Al-Jailani.
7.      Syeikh Muhammad Bin Ali As-Son`ani.
8.      Syeikh Habib Muhammad Bin Ali Bin Abdul Qadir Al-Habsyi.
9.      Syeikh Muhammad Bin Abu Bakar Badzib.
10.    Syeikh Habib Muhammad Bin Saqaaf Bin Ali Al-Kaaf.

F - Malaysia :

1.      Syeikh Hasyim Bin Abu Bakar wafat 1432 H.
2.      Syeikh Muhammad Soleh Bin Usman Jalaluddin Al-Fulfilani wafat 1433 H.
3.      Syeikh Soleh Bin Musa Al-Qadahi.
4.      Syeikh Datok Abdul Hamid Bin Abdurrahman Al-Jarumi wafat 1434.
5.      Syeikh Muhammad Toyyib Bin Haji Che` Teh Al-Qadahi.
6.      Syeikh Abdul Aziz Hanafi Bin Husein Al-Qadahi.
7.      Syeikh Muhammad Jamil Sidqi Al-Jarumi.
8.      Syeikh Abdul Aziz Syafi`i Al-Fathoni.
9.      Syeikh Ahmad Fahmi Zamzami Al-Banjari .
10.    Syeikh Hamzah Bin Muhammad Al-Kelantani
11.    Syeikh Muhammad Nuruddin Bin Ismail Al-Kelantani
12.    Syeikh Muhammad Bin Ali Awang Al-Kelantani
13.    Syeikh Abdurrahim Bin Ahmad Bin Muhammad Al-Kelantani
14.    Syeikh Ismail Bin Yusuf Al-Kelantani
15.    Syeikh Ismail Bin Soleh Al-Kelantani
16.    Syeikh Dr. Abdul Basith Bin Abdurrahman Al-Kelantani
17.    Syeikh Wan Umar Bin Wan Ismail Al-Kelantani
18.    Syeikh Abdullah Bin Daud Al-Kelantani
19.    Syeikh Sulaiman Bin Che` Engah Al-Kelantani wafat 1434 H
20.    Syeikh Harun Bin Awang Al-Kelantani

G - Syiria :

1.      Syeikh Muhammad Sa`id Hani Kahil.
2.      Syeikh Majd Ahmad Makki.
3.      Syeikh Muhammad Sa`aduddin Al-Haddad.
4.      Syeikh Muhammad Nuruddin Ittir.
5.      Syeikh Muhammad Abu Al-Huda Al-Ya`qubi.
6.      Syeikh Muhammad Mathrohji Al-Qadiri.
7.      Syeikh Muhammad Rajab Deib.
8.      Syeikh Muhammad Awwamah Al-Halabi.
9.      Syeikh Ahmad Mazhhar Bin Abdul Jalil Al-`Izzi.
10.    Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi.

H - Lubnan :

1.      Syeikh Malik Bin Khalid.
2.      Syeikh Yusuf Bin Abdurrahman Al-Mar`asyli.
3.      Syeikh Yusuf Muhyuddin Al-Bukhuri Ad-Darqawi.
4.      Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Sya`aar.
5.      Syeikh Abdul Hamid Bin Munir Syanuhah.
6.      Syeikh Qasim Bin Ali Bin Sa`id.

I - Pakistan :

1.      Syeikh Khalid Bin Husein Al-Pakistan wafat 1430 H.
2.      Syeikh Hafizh Tsana`ullah Az-Zuhdi.
3.      Syeikh Saifurrahman Bin Abdul Malik Al-Muhannad.
4.      Syeikh Ali Ahmad As-Sandeliwi Bin Miyan.
5.      Syeikh Muhammad A`zham SyahJamali Jisyti.
6.      Syeikh Syeikh Muhammad Bin Usman Bin Muhammad.
7.      Syeikh Abdul Manan Bin Alamuddin Al-Pakistani.

J - Iraq :

1.      Syeikh Basyar Bin `Awad Bin Ma`ruf.
2.      Syeikh Akram Abdul Wahab Al-Mosuli.
3.      Syeikh Majid Bin Hamid Bin Haraz.
4.      Syeikh Mahir Bin Yasin Al-Fahal.

K - Libya :

1.      Ratu Fatimah Syifa` Binti Syarif Ahmad As-Sanusiah wafat 1430 H.
2.      Syeikh Nafi` Bin Sayyid Arabi As-Sanusi.
3.      Syeikh Muhammad `Awadh Manqusy.

L - India :

1.      Syeikh Muhammad Rabi` An-Nadwi.
2.      Syeikh Habibullah Qurban Al-Hindi.
3.      Syeikh Khalid Marghub Bin Muhammad Amin.

M - Maghribi :

1.      Syeikh Abdullah Bin Abdul Qadir At-Talidi.
2.      Syeikh Sayyid Idris Muhammad Bin Jafar Al-Kattani.
3.      Syeikh Abdur Rahman Bin Muhammad Abdul Hayy Al-Kattani

N - Bahrain :

1.      Syeikh Ibrahim Bin Rasyid Al-Muraikhi.
2.      Syeikh Naji Bin Rasyid Al-Arabi.

O - Turki :

1.      Syeikh Mahmud Afendi An-Naqsyabandi.
2.      Syeikh Muhammad Amin Siraj Al-Turki

P - Negeria :

1.      Syeikh Ibrahim Soleh Bin Yunus.

Diantara hasil karangan beliau adalah :

1.      Al-Ayatul Mufasholat Fi al-Ahadisi al-Musalsalat
2.      Ghayatur Rusukh Fi Mu`jami Syuyukh.
3.      Asanidul Jawiyyin.
4.      Awailul Langkatiyyah.
5.      Arba`una Hadisan Min Sohih Bukhari `An Riwayati Abi Hurairah.
6.      Arba`una Hadisan An Arba`in Kutuban An Arba`in Syaikhan.
7.      Asanidul Kutubil Asyarah,.
8.      Bulughul Amani Fi Man Rawa An Syeikh Muhammad Abdul Hayy al-Kattni.
9.      Tobaqatu Syazuliyyah al-Kubra.
10.    Ittihaful Akabir fi Asanidi Syeikh Abbdul Qadir.
11.    Arba`una Musthafawiyah.
12.    Arba`una Al-Azhariyyah.
13.    Arba`una Al-Jawiyyah.
14.    Arba`una al-Langkatiyah.
15.    Al-Muntakhab Minal Musalsalat.

Dan lain-lain.

Muhaddis Syeikh Usamah Said Mahmud al-Azhari, Muhaddis Syeikh Ishom Anas an-Naqsyabandi, Syeikh Majid Iraqi dan lain-lainya menggelar beliau sebagai Musnid Asia Tenggara.

Syarat-syarat yang telah ada didalam gelar Musnid Asia Tenggara

1.      Banyaknya jumlah guru yang terdiri dari ulama barat dan timur dunia
2.      Ketinggian sanad yang tidak di miliki oleh orang lain.
3.      Karangan dalam mu`jam Syuyukh.
4.      Karangan didalam kitab Thabat dan Fahras
5.      Yang mengambil ijazah dari Muhammad Husni terdiri dari negara Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, Brunai Dar Salam, Mesir, Pakistan, India, Iraq,Bahrain, Maroko dan lain-lain..

Catatan:

Daripada beliau, saya telah mengkhatamkan beberapa kitab hadis serta mengambil beberapa ijazah hadis sebagaimana berikut:
1.      Ijazah hadis Arbaun An-Nawawiyah,
2.      Arba`una Hadisan Min Sohih Bukhari `An Riwayati Abi Hurairah.
3.      Al-Ayatul Mufasholat Fi al-Ahadisi al-Musalsalat


Monday, January 4, 2016

1.0 KARPET MERAH UNTUK PEROMPAK DAN HUKUMAN REMAN UNTUK OKT?



1.1 Tulisan ini berkaitan dengan kes OKT Zulkifli. Saya mengharapkan ia tulisan terakhir, setelah tulisan pertama bersifat umum tempohari, bagi mengelakkan subjudis kepada kes.

1.2. Ia disebabkan oleh kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang digambarkan seolah-olah memberikan lesen kepada perompak. Kedua, disebabkan oleh respon balas negatif masyarakat sivil dan ketiga, timbul persoalan daripada rakan-rakan FB di status sebelum ini.

1.3. Asas penulisan ringkas ini adalah berteraskan Surah Al-Hujurat, ayat 6 yang menyuruh kita bertabayyun dan Surah Al-Maidah, ayat 8 yang menyuruh kita berlaku adil. Berlaku adil, boleh mendekatkan kita kepada ketaqwaan.

2.0 KARPET MERAH UNTUK PEROMPAK?

2.1. Nyawa adalah anugerah daripada Allah. Ini dapat dibuktikan apabila menjadi tanggungjawab manusia untuk memberikan hak dan tanggungjawab kepadanya lebih-lebih lagi menjaga nyawa (hifzun-nafs) adalah salah satu daripada tujuan pensyariatan (Maqasid Syari’ah) dalam Islam.

2.2. Namun begitu, apabila seseorang melakukan salah satu daripada 3 jenayah ini, maka nyawanya boleh dibunuh. Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa aku (Rasulullah S.A.W.) adalah utusan Allah kecuali dengan 3 sebab ; Duda/janda (orang yang telah pernah menikah) yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan jamaahnya (murtad). (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

2.3. Jika jenayah zina dan murtad adalah di bawah tanggungjawab pemerintah untuk pelaksanaannya, jenayah bunuh pula ada boleh saja terjadi kepada sesiapa saja terutama dalam kes hak mempertahankan diri.

2.4. Seringkali dikaitkan penjagaan nyawa dengan pelaksanaan hukuman bunuh dibalas bunuh (Qisas) yang selari dengan Surah Al-Baqarah, ayat 178. Walaupun begitu, lebih awal daripada itu ialah penjagaan nyawa daripada kebinasaan wajar diberi keutamaan. Oleh sebab itu, Syeikh Tohir Ibn ‘Asyur pernah berkata, “Tidak bermakna memelihara nyawa ini dengan menetapkan hukumam Qisas semata-mata, tetapi kita dapati bahawa hukuman Qisas itu sendiri adalah kaedah yang terlemah dalam memelihara nyawa kerana menyebabkan kehilangan. Maka, kaedah pemeliharaan yang terpenting adalah dengan memeliharanya sebelum berlaku kebinasaan”. Oleh sebab itu, alim ulama’ membahagikan penjagaan nyawa kepada 2. Pertama, dari segi wujudnya iaitu dengan mensyariatkan pernikahan, memberi nafkah kepada mereka di bawah tanggungan (al-asl) dan mereka yang memerlukan (al-far’u) serta keharusan makan minum termasuk makan minum sesuatu yang haram ketika dalam keadaan darurat. Kedua, dari segi ‘adami iaitu menjaganya daripada dibinasakan dan daripada sini konsep Qisas itu tergunapakai sehingga disebut hikmah pelaksanaan Qisas itu adalah membuahkan kehidupan sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 179.

2.5. Menelusuri kenyataan asal Tan Sri Khalid (Hak pertahan diri bukan hingga membunuh, Berita Harian, 31 Disember 2015), apa yang boleh difahami adalah hak mempertahankan diri masih adalah satu pembelaan (defence) di Mahkamah. Untuk rekod, isu berkaitan hak mempertahan diri ini disebut dalam dari Seksyen 96 hingga 106 Kanun Keseksaan. Apapun, hak tersebut tidak boleh digunapakai melepasi had. Ini jelas dinyatakan dalam Seksyen 99 (4). Analoginya, jika perompak memecah masuk ke rumah kita tanpa apa-apa persenjataan, kita tidak boleh secara terus (straightaway) bunuh mereka. Jika perompak ada apa-apa persenjataan, maka ketika ini dibolehkan bunuh mereka jika nyawa terancam. Jika nyawa tidak terancam, perompak tidak boleh dibunuh walaupun atas nama mempertahan diri.

2.6. Isu-isu, antara lain dan tidak terhad kepada, sama ada ;

2.6.1 Perompak tersebut bersenjata ketika merompak

2.6.2 Perompak merompak dalam keadaan nyawa OKT terancam

2.6.3 OKT tahu atau tidak perompak tersebut bersenjata ketika merompak

2.6.4 OKT dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada perompak dengan menggunakan senjata atau benda-benda lain yang berbahaya

2.6.5 OKT membunuh perompak dalam keadaan nyawa OKT terancam

2.7. Maka, isu-isu sebegini biarlah ditentukan ketika perbicaraan (trial) kelak. Harus diingat bahawa, Mahkamah berhak menentukan apa jua keterangan, sama ada lisan atau dokumen, boleh diterima atau tidak (whether oral or documentary evidence is admissible or not). Selanjutnya, ia akan membentuk persoalan fakta (question of fact) yang persis lagi jitu berbanding dengan lontaran-lontaran di medan luar.

2.8. Memandangkan kes ini telah pun menjadi kes Mahkamah, maka berilah peluang kepada pasukan pembelaan (defence counsel) untuk mempersiap keterangan dan hujah tanpa wujud apa-apa elemen subjudis di luar yang boleh menganggu fokus kepada perjalanan kes.

2.9. Turut ditimbulkan ialah berkenaan dengan isu kenyataan Tan Sri Khalid apabila dibandingkan 2 kes polis menembak mati penjenayah, pertama di Tumpat (Penyamun Cuba Serang Polis Ditembak Mati, Utusan Malaysia, 20 Disember 2015) dan kedua di Bintulu (Polis Tembak Mati Empat Lelaki Disyaki Perompak Di Bintulu, Bernama.com, 1 Januari 2016).

2.10. Berbanding dengan orang awam, seseorang anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang melepaskan tembakan dilindungi oleh Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGPSO) Bahagian D222 yang dibuat berdasarkan Seksyen 97 Akta Polis 1967. Berasaskan perintah tersebut, semua anggota polis dibenarkan untuk menggunakan senjata api sewaktu menjalankan tugas sekatan jalan raya atau semasa dalam operasi seperti operasi narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), trafik atau tugas am bagi hanya untuk mempertahankan diri apabila nyawanya atau orang di dalam kawalannya berada dalam keadaan boleh mendatangkan kematian atau kecederaan parah. Namun, dengan syarat anggota polis tersebut tidak sengaja atau atas sebab-sebab munasabah membunuh penjenayah dalam keadaan anggota polis ini dipercayai tidak dapat menangkap penjenayah itu hidup-hidup tanpa risiko kematian atau kecederaan parah kepada diri sendiri atau diri orang lain.

2.11. Dalam masa sama, anggota polis juga diberi kebenaran menggunakan senjata api bagi mempertahankan diri dan menembak suspek dalam kes serangan ke atas balai atau pos kawalan, serangan berbahaya, rogol, nafsu luar biasa dan culik atau melarikan orang secara salah. Begitu juga dalam kes mengurung secara salah, penggunaan kekerasan sehingga menimbulkan ketakutan, mendatangkan kematian atau cedera parah, bagi menghalang rompakan, pecah rumah pada waktu malam atau menghalang suspek melarikan diri. Dalam kes Jenain Subi v. PP [2013] 2 CLJ 92, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan anggota polis tersebut setelah berpuas hati bahawa siri tembakan dilepaskan untuk menghentikan kereta yang dipandu laju, menghimpit kereta peronda dan melanggar lampu isyarat justeru tidak berniat untuk membunuh arwah Aminulrasyid (Allahummaghfir Lahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘Anhu).

2.12. Walaupun begitu, anggota polis tidak pula boleh sewenangnya-wenangnya menggunakan senjata api tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memberi amaran terlebih dahulu dan sebagainya. Persoalan sama ada amaran diberikan atau tidak dan/atau amaran diberikan mencukupi atau tidak adalah bergantung kepada fakta kes. Oleh sebab itu, dalam kes yang jarang-jarang berlaku melibatkan ganti rugi teladan (exemplary damages), Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Ketua Polis Daerah Sentul & Ors v Norizan Binti Salleh (2015) unreported yang memerintahkan RM 300,000.00 dibayar kepada ibu tunggal tersebut yang menjadi mangsa tembakan anggota polis pada Tahun 2010.

2.13. Oleh itu, tidak timbul soal penjenayah seharusnya dibentangkan dengan karpet merah, dihidangkan air sirap dan dipersilakan merompak!

3.0 HUKUMAN REMAN UNTUK OKT?

3.1 Dalam masa sama, wujud dakwaan bahawa reman adalah hukuman kepada OKT dan ia satu bentuk kezaliman.

3.2 Dalam undang-undang, dakwaan ini adalah sesuatu yang aneh. Harus diingat bahawa apabila satu-satu kes melibatkan kematian, maka sesuatu yang lumrah jika seseorang itu ditahan reman. Namun begitu, terdapat 2 kes bunuh dalam negara kita yang mana Mahkamah membebaskan OKT dengan jaminan. Pertama, dalam kes Public Prosecutor v. Dato’ Balwant Singh [2002] 4 MLJ 427 dan kedua dalam kes Public Prosecutor v. Azilah Hadri & Ors. [2012] 1 CLJ 358. Dalam kes pertama, Hakim menggunakan kuasa budi bicaranya membebaskan Dato’ Balwant Singh dengan ikat jamin RM 500,000.00 atas alasan pasukan pendakwaan gagal mengemukakan sebab munasabah untuk mempercayai bahawa peguam berusia 81 tahun itu melakukan kesalahan mengikut pertuduhan yang dihadapinya. Dalam kes kedua, Hakim membebaskan salah seorang tertuduh iaitu Abdul Razak Baginda dengan bon RM1 juta dengan dua orang penjamin tanpa sekuriti setelah membenarkan permohonan peguam bela atas alasan kesihatan berikutan pemeriksaan perubatan menunjukkan bahawa tertuduh mengalami sakit bronkitis yang teruk. Apa yang jelas, kecuali dibuktikan ada kaitan langsung dengan kesihatan dan ada sebab munasabah untuk mempercayai bahawa OKT tidak melakukan kesalahan mengikut pertuduhan dihadapinya, lazimnya pertuduhan bunuh tidak boleh dijamin lalu mengakibatkan ditahan reman.

3.3 Dalam disiplin ilmu Qadha’ (Kehakiman) dibicarakan tentang penahanan atau pemenjaraan. Penahanan seseorang OKT oleh pihak berkuasa tidak semestinya disebabkan oleh sabitan jenayah oleh Mahkamah. Ada juga penahanan OKT kerana langkah berwaspada demi menjaga kebaikan (maslahah) dan mengelakkan keburukan (mafsadah) umum. Oleh itu, ‘alim-ulama’ Islam membahagikan penahanan kepada dua kategori. Pertama, penahanan untuk hukuman dan kedua, penahanan untuk waspada.

3.4 Kes OKT Zulkifli melibatkan penahanan untuk waspada. Penahanan jenis ini dilaksanakan dalam beberapa keadaan, antaranya penahanan OKT yang dituduh melakukan kesalahan. Ia dikenali dengan tahanan reman. Ia dibenarkan oleh syara’ oleh sebab tahanan jenis ini bermotifkan maslahah melebihi mafsadah, lebih-lebih lagi melibatkan kes kematian. Melainkan, pasukan pembelaan boleh membuktikan kepada Mahkamah bahawa tahanan reman ke atas OKT akan memprejudiskan kesihatan OKT dan wujud sebab munasabah untuk mempercayai bahawa OKT tidak melakukan kesalahan mengikut pertuduhan dihadapinya, maka ketika ini boleh ditawarkan ikat jamin kepada OKT lalu terpulang kepada Mahkamah untuk mempertimbangkannya sebagaimana kes-kes tersebut di atas. Dalam masa sama, walaupun ditahan reman, OKT masih berpeluang untuk mendapatkan khidmat perundangan (legal representation) dan hak ini dijamin dalam Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan. Lebih-lebih lagi jika tidak disabitkan kesalahan Seksyen 302 dan hanya Seksyen 326, OKT lazimnya akan menjalani tempoh hukuman penjara bermula daripada tempoh ditangkap.

3.5 Walaupun begitu, persoalan berbangkit tentang bagaimana kebajikan keluarga OKT tidak wajar dipandang enteng. Justeru, jika ia berkaitan dengan isu kebajikan dan kehilangan tempat bergantung, maka ahli keluarga OKT yang lain boleh berperanan mengambil alih seketika beban tersebut atau meminta bantuan daripada mana-mana badan berautoriti contohnya Pusat Bantuan Guaman Pusat atau Negeri dan/atau Kerajaan Negeri sekalipun.

3.6 Oleh itu, tidak timbul soal reman adalah hukuman dan reman adalah zalim.

Muhammad Zaki Sukery
Peguambela & Peguamcara