hasbunallah

hasbunallah

Sunday, August 1, 2010

Kunjungan Ulama Palembang Darussalam


Pada 28 & 29 Ogos lalu saya telah menerima kunjungan al-Mukarram Sohibul Fadhilah Kiyai Haji Ahmad Taufiq Hasnuri salah seorang ulama Palembang Darussalam. Beliau yang dalam rangka menghadiri program yang dianjurkan oleh Yayasan Jenderami mengambil kesempatan untuk melewat kenalan beliau di Negeri Kelantan ini.

Beliau merupakan seorang ulama yang amat dikenali di Kota Palembang. Malah beliau turut mempunyai rancangan tetap di radio dan tv Palembang. Beliau mempunyai guru-guru yang ramai dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu. Beliau juga mempunyai ramai murid-murid dan pengikut yang selalu menghadiri majlis taklim beliau.

Oleh yang demikian, kesempatan telah diambil oleh Madrasah Ahbabul Mustafa dengan kehadiran beliau itu untuk menganjurkan majlis taklim di Tumpat. Alhamdulillah, saya turut berkesempatan untuk menghadirinya walaupun keletihan kerana pada hari tersebut saya mempunyai kes bicara di Mahkamah Sesyen Gua Musang.

Diantara isi tausiyah yang disampaikan beliau ialah:
Ilmu dan amal adalah berkait rapat antara satu sama lain. Ilmu tanpa amal berbuah khayalan. Amal tanpa ilmu adalah sia-sia. Ilmu digunakan untuk beramal dan amal tanpa ilmu tidak bernilai

No comments: