KENYATAAN AKHBAR
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TUMPAT
Terima kasih kepada semua rakan-rakan wartawan dan pemberita yang sudi hadir dalam sidang akbar Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat ini.
Kami dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat berdiri teguh dan menyokong tindakan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Kerajaan Negeri Kelantan yang kekal mengharamkan semua jenis judi termasuklah judi kebajikan ataupun big sweep walaupun mendapat bantahan dari MCA dan DAP.
Kami yakin dan percaya bahawa keputusan tersebut dibuat berdasarkan syariat Islam serta peruntukan undang-undang sedia ada yang memberikan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan bagi melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Sejak PAS mula memerintah Kelantan 20 tahun dahulu lagi, Kerajaan Negeri Kelantan telah menetapkan satu dasar untuk mengharamkan premis judi dan ianya berlarutan sampai sekarang sehinggalah bantahan dibuat oleh Presiden MCA. UMNO yang mendakwa mereka ‘memperjuangkan Islam’ diam seribu bahasa berkaitan isu ini. Malah UMNO/BN sendiri gagal untuk mengharamkan judi dimana-mana negeri dibawah pentadbiran mereka.
Sebagai orang Muslim, kita perlu memberikan penjelasan dan kefahaman kepada sahabat-sahabat kita yang bukan Muslim mengenai hukum-hakam yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim dalam aspek kehidupan agar mereka tidak terkeliru dengan sesetengah pihak yang jauh dari pengamalan ajaran Islam. Dalam perkara hukum sebegini, suka atau tidak adalah suatu isu yang berlainan kerana kewajipan tetap menjadi kewajipan untuk dilaksanakan.
Oleh yang demikian, tindakan Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu ini adalah tindakan yang tepat untuk kebaikan semua pihak terutamanya masyarakat Islam serta masyarakat yang lain amnya.
Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (al-Maaidah: 90)
Sekian, terima kasih.
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TUMPAT
Bertarikh pada 31 MAC 2011
2 comments:
Sokongn kuat dari pemuda kota bharu dgn menegaskn perlu menggerakkn gerakkerja dakwah & penerangn ttg judi & implikasi moral & undng kpd masyrkt cina
So lagi MB pesan sapo2 isap rokok tuu Bodo tokkiro PAS ko UMNo asal islam jah
Post a Comment