Para pengguna Jambatan Sultan Yahya tentu merasakan kesulitan apabila projek Jambatan Sultan Yahya 2 yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2 Ogos tahun 2007. Tentu rakyat umum masih mengingati majlis perasmian tersebut diadakan berhampiran Pasaraya Tesco tanpa menjemput sesiapa pun dari kalangan pembesar Negeri Kelantan.
Namun begitu, projek yang dikatakan menelan belanja RM150 juta itu masih belum disiapkan lagi walaupun tempoh asal dijangka siap adalah penghujung tahun 2009. Tetapi tempoh tersebut terpaksa dilanjutkan lagi sehingga 12/12/2010. Hakikatnya, projek tersebut masih tetap masih belum siap walaupun 50%.
Projek tersebut merupakan projek Kerajaan Pusat secara terus kepada seorang kontraktor yang mempunyai kepentingan dalam UMNO. Tetapi, minggu lepas seorang pemimpin YB UMNO Tumpat telah menabur fitnah serta meracuni fikiran rakyat dengan menuduh bahawa projek tersebut merupakan projek Kerajaan Negeri. Manakala peruntukannya telah disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri, namun kecuaian pihak Kerajaan Negeri yang gagal menguruskan projek tersebut.
Betapa hinanya pemimpin UMNO ini dengan menunding jari serta meletakkan kesalahan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN keatas bahu Kerajaan Negeri. Saya amat terkejut dengan maklumat yang disampaikan tersebut. Mengikut maklumat, para ustaz dan guru telah dihimpun dalam satu majlis di sebuah sekolah di Tumpat bersama YB UMNO tersebut. Maka dalam majlis itulah YB UMNO itu telah berbohong, memfitnah serta meracuni fikiran rakyat dengan meletakkan kejahatan yang dilakukan mereka diatas bahu Kerajaan Negeri Kelantan!
Betapa baculnya YB UMNO ini! Kenapa tidak ditimbulkan isu ini semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang lalu? Lebih senang pihak Kerajaan Negeri Kelantan menjawab fitnah dan tuduhan jahat tersebut sekiranya mereka di pihak yang benar?
Pemimpin beginikah yang rakyat mahu jadikan wakil mereka dalam Dewan Negeri? Pemimpin yang secara jelas berbohong dan cuba mengelirukan fakta sebenar.
Tiada perkataan yang lebih tepat untuk mengambarkan YB UMNO tersebut selain dengan menyatakan dia adalah Pembohong. Pemfitnah serta Penipu Besar yang cuba membelitkan fakta!!
1 comment:
Laaaa, nih ngundi hok tahun 2008 lagi nih...xsiap lagi ko??? Kesian puak2 wakaf bharu dgn tumpat....jem buah lanas sokmo atas gertok
Post a Comment