hasbunallah

hasbunallah

Monday, March 16, 2015

Persoalan Pelancong Jepun




Sewaktu saya sedang melawat pameran sebuah Jabatan ketika perasmian Sambutan Jubli Perak Membangun Bersama Islam di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, seorang lelaki pelancong Jepun bertanya beberapa perkara tentang Islam.



Antaranya tentang babi. Kenapa Islam mengharamkan Muslim memakan babi sedangkan daging babi lebih murah berbanding daging lembu dan ayam.

Jawapan saya, Islam mengharamkan umatnya memakan babi bukan disebabkan oleh alasan yang bersifat imaginasi tetapi disokong oleh kajian sains. Saya tanya lelaki tersebut adakah beliau tahu satu kajian yang dijalankan oleh 12 Saintis yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Winconsin terhadap babi mendapati terdapat satu sistem di kerongkong babi yang membolehkan perbagai VIRUS berkumpul di dalamnya dan ianya amat merbahaya kepada sistem badan manusia. Di akhir kajian tersebut, mereka telah mengistiharkan bahawa babi sebagai “MIXING VESSEL” atau “BAHTERA PENGUMPULAN PELBAGAI KUMAN” sebagaimana yang diterbitkan di dalam Journal of Virology, 1997. Saya juga bertanyakan beliau sama ada beliau tahu virus Japanese encephalitis juga berasal dari babi. Jawapan beliau adalah negatif. Maknanya beliau tidak tahu tentang kajian tersebut. Saya beritahu beliau, harga murah bukannya isu tetapi kajian sains sendiri membuktikan bahawa daging babi mempunyai virus yang merbahaya.

Seterusnya beliau bertanya lagi kenapa lelaki Islam di benarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri tetapi wanita Islam hanya di benarkan untuk mempunyai seorang suami sahaja dalam satu masa. Itu tidak adil katanya. Sedangkan di Jepun, seorang lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin satu sahaja.

Jawapan saya, walapun lelaki Jepun hanya di benarkan untuk berkahwin dengan seorang wanita tetapi lelaki Jepun di benarkan untuk melanggani pelacur. Beliau dalam keberatan membenarkan jawapan saya itu. Saya beritahu beliau bahawa Islam membenarkan seorang lelaki Islam untuk berkahwin dengan 4 orang perempuan secara sah mengikut hukum agama tetapi Islam mengharamkan pelacuran. Jika perempuan di benarkan untuk berkahwin dengan 4 orang lelaki sebagai tanda keadilan, adakah beliau membenarkan isterinya mempunyai hubungan dengan 3 orang lelaki yang lain dalam masa yang sama? Beliau enggan menjawab soalan saya dan terus berlalu sambil mengucapkan arikato.

Saya menggaru kepala yang sememangnya dah gatal.

No comments: