hasbunallah

hasbunallah

Wednesday, January 13, 2016

معجم الشيوخ للكبروي 2: Syarifah Meriam Binti Syed Husin Bin Syed Ali Bin Syed Alwi Bin Syed Hussin el-Yahya



Nama:
Syarifah Meriam Binti Syed Husin Bin Syed Ali Bin Syed Alwi Bin Syed Hussin el-Yahya

Kelahiran:
Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara, beliau dilahirkan pada 31 Oktober 1922 bersamaan 10 Rabiul Awwal 1341H.

Guru Beliau:
berdasarkan maklumat yang diceritakan oleh bonda saya, beliau mempelajari ilmu al-Quran daripada ayahandanya iaitu Tuan Guru Syed Husin Bin Syed Ali el-Yahya. Kemudiannya beliau meneruskan pengajian al-Quran tersebut daripada suami beliau sendiri Haji Awang Bin Samad yang merupakan murid kepada Tuan Guru Syed Husin Bin Ali el-Yahya sendiri.

Meninggal:
Beliau telah dijemput untuk menemui sang Khaliq pada 22 April 2007 bersamaan 14 Rabiul Akhir 1428H pada jam 12.05 pagi ketika berumur 84 tahun kerana sakit tua.

Catatan:
Beliau merupakan nenda saya sendiri. Beliau merupakan antara guru-guru al-Quran saya. Saya bertalqqi al-Quran kepada beliau sehingga khatam.

No comments: