hasbunallah

hasbunallah

Thursday, January 21, 2016

معجم الشيوخ للكبروي 3: العالم توأن كورو الشيخ عبد القادر جيلاني بن محمد يوسف المداني رحمه الله





Nama:
Al- Alim al-Wara’ Tuan Guru Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff al-Madani atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Su Haji Musa atau Tok Ayah Musa.

Kelahiran:
Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan.

Ibu dan bapa:
Bapa beliau beranama Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan ibu beliau pula bernama Aminah Binti Che Wok.

Pendidikan:
Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.

Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah dibawah asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as- Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama hadis yang terkenal. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam Madinah.

Meninggal:
Beliau telah dijemput untuk menemui Tuhannya pada Sabtu 14 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 26 Januari 2013 jam 2:30 pagi di rumah beliau di Kampung Dalam Lanas, Tumpat Kelantan.

Catatan:
Beliau merupakan murabbi dan mursyid saya yang telah banyak mencorakkan perjalanan kehidupan kerohanian saya. Saya mempelajari ilmu tasawuf daripada beliau serta mendapatkan ijazah Tareqat Ahmadiah Idrisiah Dandarawiah daripada beliau.

1 comment:

Azizi Che Hamid said...

Allahu sukonyo...ambo tengok pun excited dah.