hasbunallah

hasbunallah

Saturday, May 1, 2010

Pentas Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu


Semalam (30/04/2010), saya telah dijemput oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu sebagai penceramah bagi program pentas pemuda yang telah diadakan di Madrasah Atas Kubur, Jalan Gajah Mati Kota Bharu.

Turut sama ialah Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Penerangan, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Akhbar YAB Dato Tuan Guru) dan Ustaz Wan Azimin Wan Adnan (Bendahari Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan merangkap Ketua Pemuda Pas Kota Bharu).

Sebelum ini saya tidak pernah memberikan ceramah umum diatas pentas, kalau adapun hanya sekadar pengerusi majlis sahaja. Namun pada malam itu, Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu menjemput saya sebagai salah seorang penceramah berstatus peguam.

Dalam ceramah tersebut, saya menyentuh isu GST, NFL, royalti dan gejala sosial yang semakin meruncing sekarang ini.

1 comment:

Humairah Sakinah said...

Salam En Rashid

Hebat2..pilihanraya nanti ada tokoh jadi calon ni..Sabtu ni 8.5.2010 jemput datang ipoh ye..KONVENSYEN LAJNAH UNDANG-UNDANG PAS PERAK..dah dapat maklumat sebelum ni kan? Jemput ye datang...