hasbunallah

hasbunallah

Wednesday, May 26, 2010

Cakap siang pandang-pandang


Artikel ini pada asalnya telah saya letakkan dalam blog Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT). Namun saya telah menerima mesej dari seorang pemuda dan meminta saya men’delete’kan post tersebut.

Saya memikul tanggungjawab dan sanggup bertanggungjawab terhadap tulisan dan kata-kata saya, saya ‘post’ kan artikel saya di blog saya sendiri kerana saya tidak mahu melibatkan DPPKT dengan pandangan peribadi saya yang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah orang:-

Telah berbulan-bulan Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) mengadakan kuliyah tafaquh fiddin setiap pagi Jumaat bermula pukul 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi bertempat di Pejabat Pas Kawasan Tumpat, namun kelihatannya orang yang sama yang sentiasa hadir mengikuti kuliyah tersebut.

Jika diimbas kembali Mesyuarat Agong Pemuda Pas Kawasan Tumpat yang diadakan baru-baru ini, ramai para perwakilan yang bangun menyuarakan ketidakpuasan hati mereka yang kononnya program tersebut tidak disebarkan ke peringkat bawah. Lajnah Tarbiyah yang menjawab dengan lembut tanpa ingin melepaskan tangan tetap memohon maaf sekiranya ramai perwakilan yang tidak mengetahuinya. Namun yang jelas, program tersebut sentiasa diumumkan dalam setiap program DPPKT, poster juga turut diedarkan serta kain rentang juga turut dipasang sebagai medium untuk memberitahu para ahli.

Ketika itu juga saya turut mencabar para perwakilan yang telah mengetahui mengenai program kuliyah tersebut untuk turut sama hadir. Tapi setelah dua minggu mesyuarat agong DPPKT berlalu, penyertaannya tetap dikalangan orang yang sama. Malah, para pembahas yang lantang melepaskan kemarahan mereka kepada exco DPPKT tidak kelihatan batang hidungnya.

Saya bukanlah hendak memulangkan paku buah keras, tapi sekadar muhasabah bersama agar berhati-hati semasa berkata-kata. Kerana kata-kata yang kita tuturkan itu tidak mustahil akan memakan diri kita sendiri.

No comments: