hasbunallah

hasbunallah

Monday, March 4, 2013

Daurah Thurath Bersama Syeikh Rohimuddin Nawawi Azmathkan al-Bentani

Alhamdulillah, walaupun sibuk dengan kerja, urusan kehidupan dan parti, saya masih berpeluang untuk mengikuti daurah thurath bersama al-Alim as-Syeikh Rohimuddin Nawawi Azmatkhan al-Husaini al-Bentani yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mac baru-baru ini bertempat di Kuliyah Pondok Darul Naim, Pasir Tumboh.

Daurah ini merupakan kesinambungan daurah yang lepas yang mengupas kitab Fathur Rabbani wal Faidhur Rahmani karangan al-Imam Abdul Ghani an-Nablusi. Sebagaimana yang telah dirancang oleh pihak pengajur Darul Hasani bahawa daurah ini akan diadakan tiga bulan sekali. Jadi daurah seterusnya dijangkakan pada 1 hingga 3 Jun 2013 nanti. Kitab Fathur Rabbani  tidak sempat dikhatamkan dan masih berbaki dua bab lagi yang akan disambung pada daurah akan datang.

Dikesempatan kali ini, saya telah mendapatkan ijazah sanad Qasidah Burdah Imam Bushiri daripada Tuan Syeikh. Telah lama saya ingin untuk mendapatkan ijazah sanad burdah tersebut kerana saya selalu mendengar dan mengalunkan qasidah-qasidah yang dikarangkna oleh Imam Bushiri.

Semoga Allah merahmati tuan Syeikh dan mengizinkan saya untuk terus berdamping dengan ulama serta menimba hikmah-hikmah yang ada pada mereka.  

No comments: