Dua hari yang lepas, saya telah menyertai perbahasan satu posting di laman sosial Facebook mengenai penyatuan PAS dan UMNO. Cadangan itu dikemukakan oleh seorang yang mengaku bahawa dia menyertai UMNO bukan sebab membenci PAS tetapi dia menyertai UMNO kerana UMNO perlukan orang-orang baik untuk membaiki UMNO dari dalam. Malah dia juga turut membertahu saya bahawa walaupun dia menyertai UMNO tetapi dia tetap mengundi PAS. Itu saya tidak ambil kisah sangat.
Tapi yang agak peliknya dia masuk UMNO sebab hendak memperbaiki UMNO dari dalam. Bahkan dia turut mencadangkan kepada saya agar PAS menyertai UMNO demi penyatuan umat Melayu Islam. Saya katakana kepadanya, mana mungkin UMNO dan PAS bersatu sekiranya asas perjuangan mereka berbeza sama sekali dan ia merupakan suatu yang mustahil.
Katanya lagi, isu perlambagaan UMNO adalah perkara kecil sahaja dan ianya bgoleh diubah. Tetapi yang paling penting baginya ialah bersatu demi umat Melayu Islam. Saya katakan kepadanya, sekiranya UMNO ingin mengubah dasar perjuangan atau perlembagaan mereka, sudah lama mereka akan berbuat demikian kerana PAS selalu memberikan syarat tersebut demi penyatuan. Namun begitu UMNO masih lagi begitu dan sejarah penyertaan PAS ke dalam UMNO dulu adalah satu iktibar yang perlu diambil kira.
Kemudian, dia bertegas bahawa saya ini bermimpi di siang hari kalau berharap bahawa UMNO itu akan mengubah asas atau perlembagaan mereka. Saya katakan kepadanya apa guna PAS bersatu dengan UMNO kalau UMNO tidak akan mengubah prinsip dasar perjuangan mereka.
Dia cuba memutar belit hujah saya dengan menggunakan akal penyatuan Melayunya semata-mata sehinggakan prinsip yang saya petik dari buku karangan Dr Khalid Ali Muhammad al Anbariy pun disalah tafsirnya dengan pelbagai tuduhan.
Akhirnya, oleh kerana tidak tahan dengan asakkan akalnya yang dangkal dalam berhujah dengan menggunakan akal semata-mata itu, saya katakan kepadanya : baiklah, saya bersetuju sekiranya PAS dan UMNO bersatu tapi dengan syarat UMNO mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan Allah dalam ayat:
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya (merujuk) kitab Allah dan sunnah rasulNya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa: 59)
Saya tanya dia, adakah UMNO akan berbuat demikian? Sehingga sekarang dia tidak memberikan jawapan tersebut dan perbahasan kami terhenti setakat itu. Sahabat-sahabat semua boleh mengikutinya di link ini
http://www.facebook.com/wzaidi/posts/1940132112806?cmntid=1942708937225