KUALA
LUMPUR: The High Court today ruled that only the Syariah Court has the power to
decide on the validity of the Selangor fatwa that labelled Sisters In Islam
(SIS) as a ‘deviant group.’
Judge
Datuk Hanipah Farikullah made this ruling in dismissing a legal challenge by
SIS Forum (Malaysia) and two others against the decision of the Selangor
Islamic Affairs Council (MAIS) and the Selangor Fatwa Committee to brand SIS as
deviating from Islamic teachings.
Hanipah
ruled that the civil court has no jurisdiction to hear the judicial review as
only the Syariah Court has exclusive jurisdiction to determine the validity of
a fatwa per Article 121(1A) of the Federal Constitution. Article 121(1A) states
that Malaysia's civil courts have no power to decide on matters within the
exclusive jurisdiction of the Syariah Courts such as issues of fatwa and
"aqidah"(faith). "That the applicants have no remedy in the
Syariah Courts does not give jurisdiction to the civil courts. "It is for
the legislators (lawmakers in parliament) to provide the remedy," said
Hanipah, adding that as a result she would not proceed to hear the merits of
the judicial review application. She then dismissed the legal bid.
Outside
court, counsel Datuk Malik Imtiaz, who acted for SIS Forum (Malaysia) and two
others, said his clients would appeal. Counsel Majdah Muda and Yusfarizal
Yussoff acted for MAIS and the Selangor Fatwa Committee, two of the respondents
in the matter. Assistant State Legal Advisors Haizam Irwan Toha and Naziah
Mokhtar appeared for the Selangor state government, a co-respondent.
On
Oct 31, 2014, SIS and two others - the group's co-founder Zainah Mahfoozah
Anwar and former minister in the prime minister's department Datuk Mohd Zaid
Ibrahim - had filed an application for a court order to revoke the fatwa
decision.
The
fatwa stated that SIS and any individual as well as groups which carried the
deviant ideologies of liberalism and pluralism as deviating from Islamic
teachings.
Read More :
http://www.nst.com.my/news/2016/06/154369/court-rejects-sisters-islams-legal-bid-against-deviant-group-label
KERAJAAN
Malaysia dan ahli politik mesti mengecam ajaran sesat yang menolak keperluan
kepada hadis, menolak kesahihan hadis sekaligus menolak baginda nabi Muhammad
SAW sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam al-Quran.
Menolak
hadis bererti menolak al-Quran kerana ALLAH memerintahkan nabi menjelaskan
al-Quran kepada manusia. Penjelasan nabi datang dalam bentuk hadis dan
sunnahnya. Lihat ayat dari surah An-Nahl
ayat ke 44 dan 64. Antaranya firman ALLAH:
Ertinya : Dan
KAMI tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang KAMI beri
wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan
jika kamu tidak mengetahui ( An-Nahl : 44)
Ertinya : keterangan-keterangan
(mukjizat) dan kitab-kitab. Dan KAMI turunkan kepadamu al- Quran, agar kamu
menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan
supaya mereka memikirkan. ( An-Nahl : 64)
Nabi jadi
ikutan melalui hadisnya
Al-Quran
mengarahkan kita menturuti Nabi dan mengambilnya sebagai ikutan sebagaimana
disebut oleh ALLAH di dalam surah Al-Ahzab ayat ke-21:
Ertinya : Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi
orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
berzikir kepada ALLAH. ( Al-Ahzab : 21)
Tiba-tiba
golongan anti hadis di Malaysia berkata hadis patut ditolak, sedangkan tanpa
hadis nabi dan perincian kehidupannya tiada siapa mampu mengambilnya sebagai
ikutan.
Taati
Rasulullah bererti hadis sampai
ALLAH turut
menwajibkan kita mentaati RasulNYA, sebagaimana termaktub arahan ini di dalam
al-Quran, contohnya ayat surah Al-Nisa 13:
Ertinya : (Hukum-hukum
tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari ALLAH. Barang siapa taat kepada
ALLAH dan Rasul-NYA, nescaya ALLAH memasukkannya ke dalam surga yang mengalir
di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan
yang besar.
Mentaati
Rasul bererti hadis Rasulullah akan dijadikan oleh ALLAH untuk sampai kepada
manusia bagi cabaran manusia yang beriman untuk mentaatinya dan ia adalah
termasuk di dalam erti mentaati ALLAH.
Jelas,
sesiapa menolak hadis adalah juga menolak al-Quran. Mereka yang berkepercayaan
begini boleh membawa kepada murtad.
Sesiapa yang
meragui kewujudan hadith lambat laun tentunya akan meragui al-Quran kerana
al-Quran disampaikan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Melalui kaedah
dan metod yang hampir sama juga pelbagai hadis sampai kepada kita. Iaitu
melalui hafazan para sahabat dan penulisan kemudiannya dan diturunkan dari
generasi ke generasi. Demikian juga hadis, bezanya hanyalah jumlah yang meriwayatkan
hadith tidak seramai al-Quran.
Namun
apabila telah ALLAH janji menjaga al-Quran dari penyelewengan sebagaimana
disebut dalam surah Al-Hijr ayat ke-9, maka amat mesti pula ALLAH menjaga
penjelas kepada maksud al-Quran iaitu Rasulullah dan hadis-hadisnya.
Hasil dari
itu, jika kerajaan sebelum dan ketika ini bersungguh-sungguh mengambil tindakan
terhadap Syiah, kumpulan anti hadis ini adalah sama menyeleweng dan berbahaya.
Maka wajiblah pihak berkuasa agama dan ahli politik mengambil tindakan dan
bukan diberi muka pihak anti hadis berprogram di Yayasan Kepimpinan Perdana
kelmarin yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri.
Ini satu
yang mengaibkan Malaysia. Syiah ada negara seperti Iran namun kita bertegas
mengambil tindakan, namun kumpulan sesat anti hadis langsung tiada negara hatta
daerah di dunia ini yang menyokongnya, malangnya tindakan tidak cukup tegas
pula.
Semoga umat
Islam terpelihara dari doktrin sesat anti hadis yang dibawa oleh Kassim Ahmad
dan pengikutnya. Inilah antara punca yang menjadikan umat Islam semakin lemah
dan semakin mudah terjejas pegangannya.
KOTA BAHARU,
12 Ogos (Bernama) -- PAS Isnin sekali lagi mengemukakan bantahan awal terhadap
petisyen yang difailkan Barisan Nasional (BN) bagi membatalkan keputusan
pilihan raya umum ke-13 Parlimen Bachok dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat
yang dimenangi PAS.
Bantahan
awal itu dikemukakan oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin sebelum bermulanya
perbicaraan serentak kedua-dua petisyen itu yang ditetapkan selama sembilan
hari bermula hari ini di hadapan Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim.
Mohamed
Hanipa dalam hujahnya berkata pihaknya mengemukakan sekali lagi bantahan awal
berikutan terdapat isu baharu yang tidak dibangkitkan pada bantahan awal 10
Julai lepas.
Pada
prosiding 10 Julai lepas, Zamani menolak bantahan awal yang difailkan
defendan-defendan daripada PAS bagi membatalkan kedua-dua petisyen tersebut
dengan kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu.
Mohamed
Hanipa berkata responden pertama bagi petisyen Parlimen Bachok dan DUN Jelawat
mempertikaikan locus standi barisan peguambela yang mewakili pempetisyen kerana
gagal mematuhi peruntukan keperluan mandatori Kaedah 9 dibaca bersama Kaedah 34
Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Peguambela
tersebut ialah Datuk Mohd Hafarizam Harun, Abu Bakar As-sidek Mohd Sidek,
Raihanah Ashriqin Ariffin, Nor Azli Ahamed, Syed Faisal Syed Abdullah dan
Badrul Hisham Abd Wahap.
Antara isu
lain yang dibangkitkan ialah pempetisyen tidak mempunyai kapasiti untuk
memfailkan petisyen tersebut di bawah Seksyen 34(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 dan pempetisyen gagal mendeposkan afidavit penyampaian mengikut kaedah
15(4) Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Calon BN
Parlimen Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas kepada calon PAS Ahmad Marzuk
Shaary dengan majoriti 201 undi manakala bagi kerusi DUN Jelawat, calon BN
Datuk Ilias Husain kalah kepada calon PAS Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102
undi. Awang Adek memfailkan petisyen bagi Parlimen Bachok manakala Ilias
memfailkan petisyen untuk DUN Jelawat.
Peguam Mohd
Ilias Mohd Noor yang mewakili pempetisyen dalam hujah balasnya berkata isu yang
dibangkitkan oleh pihak responden telah dibangkitkan pada bantahan awal dahulu
dan memohon mahkamah membatalkan bantahan awal kali kedua itu dengan kos
RM80,000.
Hakim Zamani
mentetapkan 18 Ogos ini untuk mengumumkan keputusannya bagi bantahan awal
tersebut.
Naib
Presiden PAS Datuk Husam Musa direman dua hari sehingga esok bagi membantu
siasatan bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya yang yang mengajak
orang ramai menyertai perhimpunan Black 505 di Kuala Lumpur semalam.
Peguamnya
Hisham Fauzi berkata, walaupun polis memohon perintah reman empat hari untuk
melengkapkan siasatan, majistret Nik Habri Muhammad hanya membenarkan Husam
ditahan lagi dua hari.
Hisham
berkata, beliau dan pasukan lima peguam Husam berhujah, polis tidak perlu lagi
menahan pemimpin PAS itu memandangkan mereka sudah mempunyai rakaman ucapan
kontroversi Husam di Kelantan sebelum ini.
"Polis
sudah ada rakaman. Jadi tiada keperluan untuk mereka menyoal beliau lagi,"
kata Hisham (kanan).
Husam dibawa
ke hadapan majistret di ibu pejabat polis Kota Bharu, tempat beliau ditahan,
pagi tadi.
Ketika
dihubungi Malaysiakini hari ini, Hisham juga berkata, setakat jam dua petang
ini, pihak polis masih belum merakamkan kenyataan anak guamnya itu.
"Beliau
sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis," jelas Hisham ketika
ditanya sama ada Husam akan menjawab atau memilih untuk berdiam diri.
Husam
ditahan pada jam 4 petang semalam di Kampung Pandan, Ampang berhubung satu
kenyataan berkaitan kehadiran di perhimpunan 'Black 505' semalam.
Beliau
kemudian dibawa ke Kota Bharu. Dua laporan polis berkaitan di buat di IPD
kawasan tersebut.
Harakahdaily
sebelum ini antaranya melaporkan Husam sebagai berkata: "Andaikata kita
terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi
sabillah.”
Hari ini, Utusan Malaysia
memuatkan muka hadapan akhbar harian itu dengan tajuk “Hanya satu masjid”
dengan memetik kata-kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,
Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun bahawa Kerajaan Negeri
Kelantan dibawah pemerintahan PAS hanya membina sebuah masjid sahaja iaitu Masjid
Jubli Emas Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi
kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa
satu sen dari Kerajaan Pusat.
Bagi saya, membina masjid
adalah penting tetapi mengimarahkan masjid yang telah dibina lagi penting. Apalah
gunanya kalau kita asyik membina masjid baru, namun masjid yang sedia ada
dibiarkan sunyi sepi tanpa para jemaah. Pembangunan jiwa juga amat penting bagi
mendekatkan diri manusia kepada masjid.
Berapa banyak banyak masjid
yang dibina di Negara kita ini tersergam indah dengan rekaan terbaru namun para
jemaahnya hanya terdiri daripada beberapa kerat orang yang sudah pencen sahaja.
Apakah yang ingin kita megahkan dengan pembinaan masjid sekiranya ianya dibina
bukan atas dasar taqwa? Allah swt telah berfirman:
Dan (di antara orang-orang
munafik juga ialah) orang-orang Yang membina Masjid Dengan tujuan membahayakan
(keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (Mereka sendiri)
serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang Yang beriman, dan juga untuk
(dijadikan tempat) intipan bagi orang Yang telah memerangi Allah dan RasulNya
sebelum itu. dan (apabila tujuan mereka Yang buruk itu ketara), mereka akan
bersumpah Dengan berkata:" tidaklah Yang Kami kehendaki (dengan mendirikan
Masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". padahal Allah
menyaksikan, Bahawa Sesungguhnya mereka adalah berdusta.
(at-Taubah : 107)
Maka Adakah orang Yang membangunkan Masjid
Yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan
Allah itu lebih baik, ataukah orang Yang membangunkan Masjid Yang didirikannya
di tepi jurang Yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia Dengan Yang
membangunkannya ke Dalam api neraka? dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi
hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang zalim. (at-Taubah
: 109)
Apatah lagi jika pembinaan
masjid itu hanyalah untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah semata-mata, maka
sudah pasti pembinaan itu hanyalah sia-sia tanpa sebarang manfaat. Al-Hafiz
Imam Ibn Kathir Rahimahullah menghuraikan panjang ayat diatas dalam membezakan
masjid yang diasaskan atas dasar taqwa dengan masjid yang diasaskan atas dasar
dhirar.
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan terjadi hari Qiamat sehinggalah umatku
bermegah-megah dengan masjid.” (Riwayat Abu Daud)
Ia dihuraikan sebagaimana
berikut:- Kata Nabi, hari Qiamat akan berlaku setelah umat Islam bermegah-megah
dengan masjid. Inilah yang berlaku sekarang. Banyak masjid yang besar-besar,
yang mahal-mahal bahan binaannya, yang siap dengan kolam dan taman, yang
dalamnya dihiasi dengan perhiasan yang indah-indah dan dihebahkan pula
kehebatannya di dalam media seluruh dunia tetapi kosong daripada jemaah.
Manusia berbangga dengan masjid, bukan dengan banyaknya jemaah ke masjid. Pada
zaman Rasulullah, masjid tidak dihiasi tetapi suasananya sangat meriah,
sentiasa ada banyak orang yang beribadah di dalamnya siang dan malam.
Apalah hendak dibanggakan
sekiranya kita membina masjid yang tidak diasaskan atas dasar taqwa tersebut
dan pada masa yang sama beribu-ribu tempat hiburan, kelab malam dan sebagainya
tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Oleh yang demikian, bagi saya
telah memadai Kerajaan Negeri Kelantan membina hanya sebuah masjid dan dalam
masa yang sama turut membangunkan jiwa bagi mengimarahkan masjid yang sedia
ada. Bahkan cukup walaupun membina sebuah masjid dan dalam masa yang sama
menutup seribu kelab malam dan hiburan.
Hari ini (Isnin 20 Jun 2011), Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DDPNK) diketuai oleh Ketuanya YB Ustaz Haji Abdul Latiff Abd. Rahman diiringi oleh ahli jawatankuasa DPPNK dan para pemuda telah menyerahkan satu memorandum bantahan kepada wakil Utusan Malaysia Cawangan Kelantan di Jalan Che Su, Kota Bharu.
Memorandum bantahan itu dibuat ekoran penyiaran kartun oleh akhbar milik UMNO Utusan Malaysia pada 15 Jun 2011 yang bertajuk 'Kekeliruan kes rogol' itu, dianggap banyak pihak sebagai menghina dan mempersenda Islam dan hukum-hakamnya.
Antara isi kandungan memorandum tersebut, DPPNK menuntut Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di atas penyiaran karikatur tersebut dalam tempoh 14 hari. Jika Utusan Malaysia gagal berbuat demikian, DPPNK akan melancarkan boikot secara besar-besaran lagi.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan wartawan dan pemberita yang sudi hadir dalam sidang akbar Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat ini.
Kami dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat berdiri teguh dan menyokong tindakan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Kerajaan Negeri Kelantan yang kekal mengharamkan semua jenis judi termasuklah judi kebajikan ataupun big sweep walaupun mendapat bantahan dari MCA dan DAP.
Kami yakin dan percaya bahawa keputusan tersebut dibuat berdasarkan syariat Islam serta peruntukan undang-undang sedia ada yang memberikan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan bagi melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Sejak PAS mula memerintah Kelantan 20 tahun dahulu lagi, Kerajaan Negeri Kelantan telah menetapkan satu dasar untuk mengharamkan premis judi dan ianya berlarutan sampai sekarang sehinggalah bantahan dibuat oleh Presiden MCA. UMNO yang mendakwa mereka ‘memperjuangkan Islam’ diam seribu bahasa berkaitan isu ini. Malah UMNO/BN sendiri gagal untuk mengharamkan judi dimana-mana negeri dibawah pentadbiran mereka.
Sebagai orang Muslim, kita perlu memberikan penjelasan dan kefahaman kepada sahabat-sahabat kita yang bukan Muslim mengenai hukum-hakam yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim dalam aspek kehidupan agar mereka tidak terkeliru dengan sesetengah pihak yang jauh dari pengamalan ajaran Islam. Dalam perkara hukum sebegini, suka atau tidak adalah suatu isu yang berlainan kerana kewajipan tetap menjadi kewajipan untuk dilaksanakan.
Oleh yang demikian, tindakan Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu ini adalah tindakan yang tepat untuk kebaikan semua pihak terutamanya masyarakat Islam serta masyarakat yang lain amnya.
Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (al-Maaidah: 90)
KOTA BHARU, 2 Ogos: Pelbagai pihak melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan polis menahan dua wartawan yang bertugas pada perhimpunan aman membantah ISA di Dataran Stadium Sultan Mohammad ke-IV malam tadi.
Mereka menyifatkan tindakan menahan wartawan sedang bekerja mencabuli kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tidak sepatutnya wartawan yang sedang bertugas ditahan.
Katanya ia langsung tidak mencerminkan semangat 1Malaysia seperti dilaung-laungkan perdana menteri.
“Pasukan keselamatan kena membezakan di antara orang awam dengan petugas media kerana mereka datang untuk bertugas dan bukan hanya seronok-seronok.
“Bukti kad media yang dipakai sudah cukup untuk membezakan di antara orang awam atau wartawan, namun dalam kes malam tadi polis enggan menerima penjelasan diberi sehingga mahu segala kes diselesai di balai,” katanya di sini.
Malam tadi dua wartawan akhbar alternatif Salmah Mat Hussain dari Harakah dan Rizal Tahir (harakahdaily) ditahan ketika sedang bertugas membuat liputan perhimpunan membantah ISA.
Lebih mengejutkan lagi apabila anak mereka berusia 15 tahun yang berada dalam kereta juga ditahan dan dibawa ke ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan.
Difahamkan mereka ditahan ketika berjalan ke kereta untuk pulang selepas polis meminta orang ramai yang hadir bersurai.
Beliau kemudian dibebaskan kira-kira jam 2.45 pagi dengan jaminan polis setelah disoal siasat.
Mohd Zaki dan seorang peguam, Abdul Rashid Yah hadir ke IPK menjaminkan lima yang ditahankan termasuk wartawan terbabit.
Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, beliau difahamkan penganjur yang terdiri di kalangan anak-anak muda menghentikan program berkenaan setelah diarah pihak polis.
Katanya, hanya deklamasi sajak dan membaca deklarasi membantah ISA yang sempat diadakan sebelum diarahkan polis bersurai.
”Saya berasa dukacita dengan apa yang berlaku malam tadi kerana tidak sepatutnya petugas media turut diheret sama. Ini boleh memberi tanggapan buruk masyarakat kepada anggota keselamatan.
”Sedangkan dalam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu petugas media dilindungi ketika membuat liputan di medan perang,” katanya.
Seorang wartawan yang enggan dikenali melahirkan rasa terkejut terhadap apa yang berlaku.
Kata beliau soal program berkenaan ada permit atau tidak itu tanggungjawab pihak penganjur dan bukannya perlu dibeban kepada petugas media.
Di KOTA BHARU, wartawan Harakah dan Harakahdaily, Salmah Mat Husain dan Rizal Tahir bersama seorang anak mereka berusia 15 tahun serta dua lagi ditahan polis ketika bertugas pada perhimpunan membantah ISA di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke-IV, di sini malam tadi.
Mereka dibebaskan kira-kira jam 2.00 pagi tadi selepas dijamin oleh Adun Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim dan peguam.
Mereka diminta datang ke ibu pejabat kontinjen polis di sini, tengah hari ini.
Polis bertindak keras menghalang perhimpunan yang dimulakan selepas Isyak itu. Pasukan keselamatan itu memberi amaran akan menangkap sesiapa sahaja yang pergi ke himpunan itu. Walaupun dalan keadaan hujan, ramai juga yang datang ke perhimpunan tersebut.
"Ditahan kerana menghadiri program dan ada bahan bercetak tentang ISA itulah dalam bag Kak Ma," ujar Salmah ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.
Bagaimana pun, beliau sekeluarga tidak mengenali dua peribadi lain yang turut ditahan bersama-sama mereka.
Difahamkan, mereka ditahan polis ekoran mereka dianggap menyertai perhimpunan tanpa permit walaupun perhimpunan anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) dengan kerjasama kerajaan negeri itu berlangsung secara aman.
Yang meragukan, katanya lagi, polis turut menahan anak mereka yang nyata berada di dalam kereta, walaupun anaknya itu tidak menyertai perhimpunan tersebut.
"Dah tahu perhimpunan itu tak ada permit, 9.15 malam memang nak turun keluar dah, tetapi dalam perjalanan nak keluar, dalam lima hingga enam orang anggota polis, antaranya berseragam dan berpangkat pegawai pergi ke kereta dan masa itu anak Kak Ma ada dalam kereta itu.
"Anak memang duduk dalam kereta pun, dia tak turun," beliau menambah.
Ujarnya lagi, mereka yang terbabit kemudiannya dibebaskan sekitar jam 2 pagi hingga 2.50 pagi dengan jaminan polis.
"Kami dibebaskan dengan jaminan polis, tapi urusan dengan polis dilakukan oleh YB Mohd Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker (Dun Kelantan) dan seorang peguam bersama empat anak buahnya," ujarnya.