Masyarakat
mulai memperkatakan tentang tarikh sebenar Maulid Nabi dan sesetengahnya
berkata bahawa tarikh 12 Rabiul Awwal yang disambut oleh majoriti umat Islam
itu palsu malah tidak tepat. Adakah benar kenyataan itu? Mari kita
lihat perbahasan dibawah ini.
Hari Lahir
Nabi
Para Ulama'
dah ilmuwan bersepakat bahawa Rasulullah SAW dilahirkan pada Hari Isnin sebagaimana dalam
hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Berkenaan
Tahun Kelahiran Rasulullah SAW pula telah dijelaskan dalam banyak hadis diantaranya:
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيْلِ. رواه البزار والطبراني في الكبير ورجاله
موثقون (مجمع الزوائد ومنبع الفوائد . محقق - ج 1 / ص244
“Ibnu Abbas
berkata: Rasulullah SAW dilahirkan di tahun gajah” Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bazzar
dan At-Thobroni dan para perawinya adalah dipercayai.
Dalam
riwayat lain juga ditegaskan bahawa Qais bin Makhzamah memiliki persamaan tahun
kelahiran dengan Rasulullah SAW di tahun Gajah (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan dinilai hasan oleh
Syuaib al-Arnauth)
Tarikh
Kelahiran Nabi
Imam Nawawi
berkata:
وَاخْتَلَفُوا فِي يَوْم الْوِلَادَة هَلْ هُوَ ثَانِي الشَّهْر
، أَمْ ثَامِنه ، أَمْ عَاشِره ، أَمْ ثَانِي عَشَره ؟ (شرح النووي على مسلم - ج 8
/ ص 6(
“Ulama
berbeza pendapat tentang hari kelahirannya, adakah hari 2 bulan Rabiul Awal, ke
8, ke 10 ataukah ke 12 ? (Syarah Sahih Muslim 8/66)
Dalil-Dalil
Yang Kuat Rasulullah n Lahir Pada 12 Rabiul Awal
- Hadis
Riwayat Imam Baihaqi:
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ قَالَ : وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِاثْنَتَيْ عَشْرَةَ لَيْلَةً مَضَتْ مِنْ شَهْرِ
رَبِيْعِ الْأَوَّلِ قَالَ الْبَيْهَقِي رَحِمَهُ اللهُ : وَرَوَيْنَا عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ
ثُمَّ عَنْ قَيْسِ بْنِ مَخْزَمَةَ ثُمَّ عَنْ قبُاَثَ بْنِ أَشِيْمٍ أَنَّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ عَامَ الْفِيْلِ وَكَانَ الزُّهْرِي وَمَنْ
تَابَعَهُ يَقُوْلُوْنَ وُلِدَ بَعْدَهُ وَالْأَوَّلُ أَصَحُّ (شعب الإيمان - ج 2
/ ص 134(
Muhammad bin
Ishaq berkata: “Rasulullah SAW dilahirkan pada 12 malam bulan Rabiul Awal”. Al-Baihaqi berkata:
“Kami meriwayatkan dari Ibnu Abbas kemudian dari Qais bin Makhzamah kemudian
dari Qubats bin Asyim bahawa Nabi dilahirkan pada tahun Gajah. Al-Zuhri dan
yang mengikutinya mengatakan bahawa dilahirkan sesudah tahun Gajah. Pendapat
pertama lebih sahih (Hadis Riwayat Imam Baihaqi dalam Syuab al-Iman)
- Riwayat
Ibnu Abi Syaibah
قَالَ أَبُوْ بَكْرِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ : حَدَّثَنَا عُثْمَانُ
عَنْ سَعِيْدِ بْنِ مَيْنَاءَ عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ قَالَا : وُلِدَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيْلِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ الثَّانِيَ
عَشَرَ مِنْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ وَفِيْهِ بُعِثَ وَفِيْهِ عُرِجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ
وَفِيْهِ هَاجَرَ وَفِيْهِ مَاتَ فِيْهِ انْقِطَاعٌ وَقَدِ اخْتَارَهُ الْحَافِظُ عَبْدُ
الْغَنِى بْنُ سُرُوْرٍ الْمَقْدِسِي فِي سِيْرَتِهِ (سيرة ابن كثير - ج 2 / ص 93(
“Jabir dan
Ibnu Abbas berkata: “Nabi dilahirkan pada tahun Gajah, hari Isnin 12 Rabiul
Awal. Di hari Isnin beliau diangkat menjadi Nabi, melakukan Mi’raj ke langit,
berhijrah ke Madinah dan hari Isnin beliau wafat”
Sanadnya
terputus dan dipilih oleh al-Hafiz Abd al-Ghani bin Surur al-Maqdisi dalam
kitab sejarahnya” (Sirah Ibni Katsir, 2/93). Riwayat ini juga dapat dilihat
dalam al-Bidayah wa Nihayah Ibnu Katsir.
- Ahli Hadis
al-Munawi
(تنبيه) الْأَصَحُّ أَنَّهُ وُلِدَ بِمَكَّةَ بِالشُّعَبِ بِعِيْدِ
فَجْرِ الْاِثْنَيْنِ ثَانِيَ عَشَرَ رَبِيْعَ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ (فيض القدير
- ج 3 / ص 768)
“Pendapat
yang lebih sahih bahawa Nabi dilahirkan di Kabilah Quraisy pada fajar hari
Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah” (Faidh al-Qadir 3/768)
- Syaikh
Abdullah al-Faqih
وَأَكْثَرُ أَهْلِ السِّيَرِ عَلَى أَنَّهُ وُلِدَ يَوْمَ الثَّانِيَ
عَشَرَ مِنْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ، بَعْدَ الْحَادِثَةِ بِخَمْسِيْنَ
يَوْماً (فتاوى الشبكة الإسلامية - ج 44 / ص 50)
“Kebanyakan
ahli sejarah bahawa Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah, setelah
50 hari dari peristiwa tersebut” (Fatawa al-Syabkah al-Islamiyah, 44/50)
فَالْمَشْهُوْرُ فِي كُتُبِ السِّيْرَةِ النَّبَوِيَّةِ أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ فِي الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ
رَبِيْعِ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ (فتاوى الشبكة الإسلامية
- ج 126 / ص 120)
“Pendapat
yang masyhur dalam kitab-kitab sejarah kenabian bahawa Nabi dilahirkan pada 12
Rabiul Awal, tahun Gajah” (Fatawa al-Syabkah al-Islamiyah, 126/120)
Marilah
semua umat Islam kita bersama-sama menyambut Sambutan Maulidur Rasul tanpa
ragu-ragu atau bimbang dengan persoalan-persoalan yang sudah lama dibahaskan
oleh para Ulama' terdahulu dan semoga kita tergolong dalam golongan yang
mencintai Rasulullah n.
Sumber: Pejabat Mufti Negeri Sembilan
22 comments:
Kenapa tarikh itu diperselisihkan.....
sbb ada pendapat lain yang mengatakan bahawa Rasulullah saw lahir bukan pada 12 rabiul awwal
Sebab ianya tidak disambut....kalu ianya disambut para sahabat dn salafussoleh tentu ianya tidak diperselisihkan pd tarikh....bukan gitu ke syeikh...
Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Tu bab puasa ari isnin.....sama ke syeikh....
syeikh, kena tgk matan hadis tu. kenapa Rasulullah saw puasa hari isnin? Kerana ia adalah hari kelahiran Rasulullah sendiri.
Rasullallah mmg puasa setiap isnin setiap minggu kan.....dia ade puasa 12hb or 9hb....
Rasullallah mmg puasa setiap isnin setiap minggu kan.....dia ade puasa 12hb or 9hb....
kiranya demo guna hujah, Rasulullah saw tidak buat la ek.
Kalu kita sambut kira sunat dapat pahala ke syeikh.... Atas nisbah sambutan maulid semata....Kalu berselawat mmg dapt pahala....ade kelebihan....kalu selwat pd 12 rabiulawal ade kelebihan lain ke syeikh....
abis tu sambut maulid pada 12 rabiul awwal takde selawat ke syeikh? ko demo dok tgk ore sambut maulid pada 12 rabiul awwal pagiil ore mari berdikir barat?
asal ada selawat, tak kira hari apa pun tetap diberikan pahala. so kalu demo toksir selwat 12 rabiul awaal, nok selawat hari lain pun silakan lah. takde ore larang pun
Selawat mmg sunat dpt pahala...cuma nok Tanya... Kalu selawat pada 12hb ade kelebihan khusus ke...
ok tu demo kena baca kitab sendiri la bab khusus atau tidak 12 rabiul awwal tu. byk doh ulama tulis. pastu demo baca sendiri hok jabatan mufti n9 tu tulis. kalu nak bui ceroh lagi atau nak bahas lagi, gi tanya mufti n.9 sendiri la. dia lebih layak utk jwb soalan demo.
Doh deme post ambe Tanya ah deme....Ambe saing nge nge deme.....
demo tgk link hok ada bawah tu. kawe bubuh sumber tulisan tu supaya demo mudoh nok tanya atau bahas dengan mufti. bagi kawe tak kira hari apa pun, selawat dan salam kasih kepada Nabi ni ke buat sokmo. ikut lah tetap bubuh hari gapo pun.
Bereh syeikh... Timo kasih atas jawapan....selawat Dan salam atas rasullullah....assalamualaikum....
Kita loni dok d zaman yg jauh Dr Rasulullah n Rasulullah x jamin zaman kita ni
Alhamdulillah, kita d Malaysia loni, bkn stkt selawat saje, tp ada ceramah n cerita pasal Rasulullah spy msyrkt awam kenal n ingat kpd Rasulullah ..
Ambo nok share sket laa....kaedah apa yg terbaik nok suruh anak2 zaman sekarang kenal Dan mencintai baginda saw....cukup kah dgn buku...atau bagaimana nak zahirkan tanda kecintaan.....anak2 zaman ini dalam hati hanya ada games, Hp, fb dll.....bagaimana nasib generasi yg tiada kenal akan nabi sang pwmbawa hidayah....
Kena Rabithah n wasilah pada Nabi sokmo2 Suhaimi ChengHo... pada setiap detik, waktu dan masa.. dimana2.. paling kurang kena pandang nabi depan kita selalu. Wallahu alam
Has come jwb fahmi kita.....betul dah ulama dulu nukilkan kpd ummat akhir zaman dalam pelbagai bentuk program spt ceramah israk mikraj...program qasidah....n suruh kenal siapa baginda saw...nok suruh cinta pula kena ada selawat sehingga minima level pencinta nabi 1000x Shari....iman org dulu penuh..sebut nama nabi terasa dekat dgn nabi...
bila tiba moklud..timbul laa isu2 lagu...bg ambo x perlu nok panje..msg2 ada hujah..pakat2 blape dada perkara khilafiyyah...kl bab tarikh 1 syawal pakat bolh setuju blako!!!
haa haa jolo tuh
Post a Comment