hasbunallah

hasbunallah

Wednesday, March 18, 2015

Tahniah Buat YAB Ustaz Dato Menteri Besar kelantan







Segala puja dan puji dipersembahkan kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, penunjuk jalan sepanjang zaman, serta buah ahli keluarga Baginda yang dimuliakan dan buat para sahabat penerus perjuangan.


وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ‌ۗ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ


Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (al-Maidah:49)

Hari ini, YAB Ustaz Dato Hj Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan telah membentangkan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan kali pertama bagi penggal ketiga. Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada YAB Ustaz Dato Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkannya setelah melalui proses dan halangan yang panjang. 

Ahli-ahli Yang Berhormat masing-masing mengambil bahagian dalam perbahasan termasuklah pihak pembangkang yang turut menyokong rang undang-undang yang di bentangkan tersebut.

Inilah antara amanah dan tanggungjawab yang dipikul sejak Pas memerintah Kelantan dan ianya adalah rentetan usaha Almarhum Dato Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ingin melihat Negeri Kelantan ditadbir mengikut lunas-lunas syariat Islam serta melaksanakan perundangan Islam.

Saya yang pernah terlibat dalam jawatankuasa kecil teknikal hudud ini rasa cukup bangga apabila sedikit hasil usaha yang telah dicurahkan kini dibentangkan untuk kelulusan dewan. Walaupun perjalanan untuk perlaksanaannya masih lagi jauh, namun begitu langkah-langkah telah dihayun dan cahaya dihujung terowong kinisudah kelihatan.

Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam mempersiapkan rang undang-undang tersebut yang terdiri dari pelbagai latar belakang ilmu. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal di atas usaha-usaha tersebut.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah,
Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat.
Bertarikh : 18 Mac 2015   

 

Monday, March 16, 2015

Persoalan Pelancong Jepun




Sewaktu saya sedang melawat pameran sebuah Jabatan ketika perasmian Sambutan Jubli Perak Membangun Bersama Islam di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, seorang lelaki pelancong Jepun bertanya beberapa perkara tentang Islam.



Antaranya tentang babi. Kenapa Islam mengharamkan Muslim memakan babi sedangkan daging babi lebih murah berbanding daging lembu dan ayam.

Jawapan saya, Islam mengharamkan umatnya memakan babi bukan disebabkan oleh alasan yang bersifat imaginasi tetapi disokong oleh kajian sains. Saya tanya lelaki tersebut adakah beliau tahu satu kajian yang dijalankan oleh 12 Saintis yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Winconsin terhadap babi mendapati terdapat satu sistem di kerongkong babi yang membolehkan perbagai VIRUS berkumpul di dalamnya dan ianya amat merbahaya kepada sistem badan manusia. Di akhir kajian tersebut, mereka telah mengistiharkan bahawa babi sebagai “MIXING VESSEL” atau “BAHTERA PENGUMPULAN PELBAGAI KUMAN” sebagaimana yang diterbitkan di dalam Journal of Virology, 1997. Saya juga bertanyakan beliau sama ada beliau tahu virus Japanese encephalitis juga berasal dari babi. Jawapan beliau adalah negatif. Maknanya beliau tidak tahu tentang kajian tersebut. Saya beritahu beliau, harga murah bukannya isu tetapi kajian sains sendiri membuktikan bahawa daging babi mempunyai virus yang merbahaya.

Seterusnya beliau bertanya lagi kenapa lelaki Islam di benarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri tetapi wanita Islam hanya di benarkan untuk mempunyai seorang suami sahaja dalam satu masa. Itu tidak adil katanya. Sedangkan di Jepun, seorang lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin satu sahaja.

Jawapan saya, walapun lelaki Jepun hanya di benarkan untuk berkahwin dengan seorang wanita tetapi lelaki Jepun di benarkan untuk melanggani pelacur. Beliau dalam keberatan membenarkan jawapan saya itu. Saya beritahu beliau bahawa Islam membenarkan seorang lelaki Islam untuk berkahwin dengan 4 orang perempuan secara sah mengikut hukum agama tetapi Islam mengharamkan pelacuran. Jika perempuan di benarkan untuk berkahwin dengan 4 orang lelaki sebagai tanda keadilan, adakah beliau membenarkan isterinya mempunyai hubungan dengan 3 orang lelaki yang lain dalam masa yang sama? Beliau enggan menjawab soalan saya dan terus berlalu sambil mengucapkan arikato.

Saya menggaru kepala yang sememangnya dah gatal.