hasbunallah

hasbunallah

Sunday, December 27, 2015

Benarkah Tarikh Kelahiran Nabi ( Maulid Nabi ) Pada Tarikh 12 Rabiul Awwal Itu Palsu Dan Tidak Tepat?



Masyarakat mulai memperkatakan tentang tarikh sebenar Maulid Nabi dan sesetengahnya berkata bahawa tarikh 12 Rabiul Awwal yang disambut oleh majoriti umat Islam itu palsu malah tidak tepat. Adakah benar kenyataan itu? Mari kita lihat perbahasan dibawah ini.
 
Hari Lahir Nabi

Para Ulama' dah ilmuwan bersepakat bahawa Rasulullah SAW dilahirkan pada Hari Isnin sebagaimana dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berkenaan Tahun Kelahiran Rasulullah SAW pula telah dijelaskan dalam banyak hadis diantaranya:

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيْلِ. رواه البزار والطبراني في الكبير ورجاله موثقون (مجمع الزوائد ومنبع الفوائد . محقق - ج 1 / ص244

“Ibnu Abbas berkata: Rasulullah SAW dilahirkan di tahun gajah” Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan At-Thobroni dan para perawinya adalah dipercayai.

Dalam riwayat lain juga ditegaskan bahawa Qais bin Makhzamah memiliki persamaan tahun kelahiran dengan Rasulullah SAW di tahun Gajah (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth)

Tarikh Kelahiran Nabi

Imam Nawawi berkata:

وَاخْتَلَفُوا فِي يَوْم الْوِلَادَة هَلْ هُوَ ثَانِي الشَّهْر ، أَمْ ثَامِنه ، أَمْ عَاشِره ، أَمْ ثَانِي عَشَره ؟ (شرح النووي على مسلم - ج 8 / ص 6(

“Ulama berbeza pendapat tentang hari kelahirannya, adakah hari 2 bulan Rabiul Awal, ke 8, ke 10 ataukah ke 12 ? (Syarah Sahih Muslim 8/66)

Dalil-Dalil Yang Kuat Rasulullah n Lahir Pada 12 Rabiul Awal

- Hadis Riwayat Imam Baihaqi:

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ قَالَ : وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِاثْنَتَيْ عَشْرَةَ لَيْلَةً مَضَتْ مِنْ شَهْرِ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ قَالَ الْبَيْهَقِي رَحِمَهُ اللهُ : وَرَوَيْنَا عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ثُمَّ عَنْ قَيْسِ بْنِ مَخْزَمَةَ ثُمَّ عَنْ قبُاَثَ بْنِ أَشِيْمٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ عَامَ الْفِيْلِ وَكَانَ الزُّهْرِي وَمَنْ تَابَعَهُ يَقُوْلُوْنَ وُلِدَ بَعْدَهُ وَالْأَوَّلُ أَصَحُّ (شعب الإيمان - ج 2 / ص 134(

Muhammad bin Ishaq berkata: “Rasulullah SAW dilahirkan pada 12 malam bulan Rabiul Awal”. Al-Baihaqi berkata: “Kami meriwayatkan dari Ibnu Abbas kemudian dari Qais bin Makhzamah kemudian dari Qubats bin Asyim bahawa Nabi dilahirkan pada tahun Gajah. Al-Zuhri dan yang mengikutinya mengatakan bahawa dilahirkan sesudah tahun Gajah. Pendapat pertama lebih sahih (Hadis Riwayat Imam Baihaqi dalam Syuab al-Iman)

- Riwayat Ibnu Abi Syaibah

قَالَ أَبُوْ بَكْرِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ : حَدَّثَنَا عُثْمَانُ عَنْ سَعِيْدِ بْنِ مَيْنَاءَ عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ قَالَا : وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيْلِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ وَفِيْهِ بُعِثَ وَفِيْهِ عُرِجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ وَفِيْهِ هَاجَرَ وَفِيْهِ مَاتَ فِيْهِ انْقِطَاعٌ وَقَدِ اخْتَارَهُ الْحَافِظُ عَبْدُ الْغَنِى بْنُ سُرُوْرٍ الْمَقْدِسِي فِي سِيْرَتِهِ (سيرة ابن كثير - ج 2 / ص 93(

“Jabir dan Ibnu Abbas berkata: “Nabi dilahirkan pada tahun Gajah, hari Isnin 12 Rabiul Awal. Di hari Isnin beliau diangkat menjadi Nabi, melakukan Mi’raj ke langit, berhijrah ke Madinah dan hari Isnin beliau wafat”

Sanadnya terputus dan dipilih oleh al-Hafiz Abd al-Ghani bin Surur al-Maqdisi dalam kitab sejarahnya” (Sirah Ibni Katsir, 2/93). Riwayat ini juga dapat dilihat dalam al-Bidayah wa Nihayah Ibnu Katsir.

- Ahli Hadis al-Munawi

(تنبيه) الْأَصَحُّ أَنَّهُ وُلِدَ بِمَكَّةَ بِالشُّعَبِ بِعِيْدِ فَجْرِ الْاِثْنَيْنِ ثَانِيَ عَشَرَ رَبِيْعَ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ (فيض القدير - ج 3 / ص 768)

“Pendapat yang lebih sahih bahawa Nabi dilahirkan di Kabilah Quraisy pada fajar hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah” (Faidh al-Qadir 3/768)

- Syaikh Abdullah al-Faqih

وَأَكْثَرُ أَهْلِ السِّيَرِ عَلَى أَنَّهُ وُلِدَ يَوْمَ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ، بَعْدَ الْحَادِثَةِ بِخَمْسِيْنَ يَوْماً (فتاوى الشبكة الإسلامية - ج 44 / ص 50)

“Kebanyakan ahli sejarah bahawa Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah, setelah 50 hari dari peristiwa tersebut” (Fatawa al-Syabkah al-Islamiyah, 44/50)

فَالْمَشْهُوْرُ فِي كُتُبِ السِّيْرَةِ النَّبَوِيَّةِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ فِي الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ (فتاوى الشبكة الإسلامية - ج 126 / ص 120)

“Pendapat yang masyhur dalam kitab-kitab sejarah kenabian bahawa Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah” (Fatawa al-Syabkah al-Islamiyah, 126/120)

Marilah semua umat Islam kita bersama-sama menyambut Sambutan Maulidur Rasul tanpa ragu-ragu atau bimbang dengan persoalan-persoalan yang sudah lama dibahaskan oleh para Ulama' terdahulu dan semoga kita tergolong dalam golongan yang mencintai Rasulullah n.

Monday, December 7, 2015

IMPLIKASI PERBICARAAN KES MELALUI ATURAN 14A, KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH TINGGI 2012; SEPERTI DI DALAM KES TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN.




Ramai yang tertanya-tanya apakah maksud perbicaraan mengikut Aturan 14A yang akan dilalui bagi kes tuntutan Royalti Kelantan.

Aturan 14A ini telah diperkenalkan melalui pindaan yang dibuat ke atas Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 pada tahun 2000 melalui pindaan PU (A) 342/2000. Tujuan kewujudan Aturan 14A ini adalah jelas iaitu untuk mempercepatkan proses pelupusan kes (pada peringkat Interlokutori lagi) demi untuk menjimatkan masa dan kos Mahkamah.

Ini jelas dinyatakan oleh Yang Arif Hakim Mohd Noor Ahmad di dalam Penghakiman beliau semasa memutuskan kes Petroleum Nasional Bhd v Kerajaan Negeri Terengganu [2004] 1 MLJ 8 di Mahkamah Rayuan. Di dalam kes tersebut, beliau menyatakan dengan jelas bahawa:

" [10] We have to consider the scope and efficacy of O 14A. The order was introduced into the RHC by PU(A) 342/2000. Its purpose is to expedite the disposal of an action at interlocutory stage in order to save costs and time. It was adopted from the English equivalent with some modifications. Our O 14A reads:

(1) The court may upon the application of a party or of its own motion determine any question of law or construction of any document arising in any cause or matter at any stage of the proceedings where it appears to the court that —

(a) Such question is suitable for determination without the full trial of the action; and
(b) Such determination will finally determine the entire cause or matter or any claim or issue therein.
(2) Upon such determination the court may dismiss the cause or matter or make such order or judgment as it thinks just.
(3) The court shall not determine any question under this order unless the parties have had an opportunity of being heard on the question.
(4) The jurisdiction of the court under this order may be exercised by a registrar.
(5) Nothing in this order shall limit the powers of the court under O 18 r19, or any other provision of these rules."

Diputuskan di dalam kes Bato Bagi & ors v Government State of Sarawak [2008] 5 MLJ 587 bahawa:

"[7] The scope of this rule under the English Supreme Court Rules (O 14A) which is in pari materia with our own O 14A was discussed and expounded by the English Court of Appeal in the leading case of Korso Finance Establishment Anstalt v John Wedge [Unreported, February 15,1994, CA Transcript No 94/387]. The principles enunciated in that case on the application and scope of the rule was approved and followed by our own Court of Appeal in Petroleum Nasional Bhd v Kerajaan Negeri Terengganu [2004] 1 MLJ 8. In the Petroleum Nasional Bhd's case, the Court of Appeal also referred to a number of Singapore cases which also applied the principles on O 14A as enunciated in the Korso Finance's case, and said that it was inclined to follow those decisions in its interpretation of the scope of O 14A of the RHC. If I understand the Petroleum Nasional Bhd's case, correctly, the Court of Appeal held that when faced with an application under O 14A, the court must decide what is the threshold issues in the case that require determination; and if the threshold issues are capable of being determined under the rule its determination would be and should be decisive of the whole litigation or essentially the main part of the suit. That it said would result in a substantial saving of time and costs as it would significantly cut down the costs and time involved in pre-trial preparation or in connection with the trial proper. It was held in that case that 'even if the case appeared to or was complicated, it did not mean that the court must shun away from considering the applicability of O 14A and O 33 r 2 of the RHC in relation to the questions of law which were clear and definite'. However at this juncture is worthwhile to bear in mind the words of caution by Sir Thomas Bingham MR in E (a Minor) v Dorset CC [1995] 2 AC 633 HL, which were quoted in The Supreme Court Practice (1997), Vol 1, Part 1, London, Sweet & Maxwell at p 185 as follows:

But applications of this kind are fought on ground of a Plaintiff's choosing, since he may be generally assumed to plead his best case ... [If] the legal viability of a cause of action is unclear (perhaps because the law is in a transition), or in any way sensitive to the facts, an order to strike out should not be made. But if, after argument, the court can be properly persuaded that no matter what (within the reasonable bounds of the pleading) the actual facts [are] the claim is bound to fail for want of a cause of action, I see no reason why the parties should be required to prolong the proceedings before that decision is reached."

Berdasarkan kepada Aturan 14A tersebut, ianya jelas menunjukkan bahawa Penggunaan 14A tersebut adalah bertujuan untuk penyelesaian penuh bagi sesuatu kes tersebut jika kes tersebut dapat diselesaikan dan diputuskan hanya berdasarkan kepada intepretasi sesuatu undang-undang atau kontruksi sesuatu dokumen yang tidak memerlukan kepada bukti-bukti lain (extrinsic evidences) dan juga bukti secara lisan (oral evidence). Ini bermaksud secara ringkasnya ialah, tiada saksi akan dipanggil untuk memberikan keterangan lisan bagi tujuan perbicaraan kes tersebut. semuanya akan diputuskan berdasarkan dokumen yang ada dihadapan Mahkamah sahaja.

Namun begitu, sebelum Mahkamah menggunapakai Aturan 14A tersebut untuk tujuan Pelupusan sesuatu kes, terdapat garis panduan yang perlu diikuti yang mana garis panduan tersebut telah diputuskan oleh kes-kes duluan (precedent).

Antara asas penting yang menjadi syarat utama sebelum Mahkamah boleh mengguna pakai Aturan 14A di dalam menyelesaikan sesuatu kes ialah kedua-dua pihak tidak mempunyai sebarang pertikaian berhubung fakta kes, atau di mana mahkamah, setelah meneliti pliding, memutuskan bahawa fakta-fakta penting tidak dipertikaikan.

Makanya, suatu Permohonan di bawah A 14A ini adalah untuk memutuskan peruntukan undang-undang yang jelas atau interpretasi kepada sesebuah konstruksi dokumen yang tiada pertikaian lain selain kandungan dokumen tersebut.

Prinsip undang-undang ini jelas dinyatakan di dalam Yang Arif Hakim Ramli Ali (JCA) semasa memutuskan kes Low Chee & Sons Sdn Bhd & Anor v Extreme System Sdn Bhd and another appeal [2013] 1 MLJ 650 di Mahkamah Rayuan:

" [15] We are in agreement with learned counsel for the respondent, that based on the facts and circumstances of the present case O 14A application is not\ suitable on the following grounds:

(a) For an O 14A to be invoked, all material facts relating to the subject matter in the claim must be undisputed or admitted. The court should not give a ruling under O 14A in vacuo or based on hypothetical facts which can only be determined at full trial. The crux of the plaintiff ’s claim is that the defendants acted in concert to take over Ho Hup in breach of theTake-Over Code and the Securities Commission Act. These factual allegations in the amended statement of claim are vehemently denied by the defendants. Order 14A procedure cannot be invoked on the basis of assumed facts (as what has been done by the learned judicial commissioner). The O 14A procedure is not appropriate where there are conflicting allegations of fact (see: Cycle Links Co Ltd v Chevalier Construction (Hong Kong) Ltd [2007] HKCU 400; Petroleum Nasional Bhd v Kerajaan Negeri Terengganu [2004] 1 MLJ 8; Seloga Jaya Sdn Bhd v UEM Gynisys Sdn Bhd [2007] 7 MLJ 385 and William Singam a/l Raja Singam (suing as the Public Officer of Pertubuhan Kristian Thareethin Kudaram, Ipoh Perak) v Meeriam Rosaline a/p Edward Paul & Ors [2009] 7 MLJ 888);
(b) The above authorities clearly indicate that there was no question of ‘assuming all the facts were true for the purpose of an O14A application’. The learned judicial commissioner should not have made a determination under O 14A based on assumed or hypothetical facts;
(c) the O 14A procedure in the present case does not dispose of a substantial part of the action and therefore there will not be any saving in costs and time. The learned judicial commissioner in his grounds of judgment accepted this principle. There will be no such saving as the same evidence will be led with respect to the remaining causes of action; and
(d) the O14A application is to determine whether a breach of the Take-Over Code and the Securities Commission Act will give rise to an actionable breach of statutory duty for damages; but the relief sought in the plaintiff ’s claims includes a mandatory order to compel the defendants to make a mandatory general offer and for damages for failing to make the general offer. The other causes of action are the claims for collateral purposes and for conspiracy. Both these claims are still good and would entail leading at trial, the same evidence showing the breaches of the Code and the Act, even if the determination of the O 14A is in favour of the respondent."

Prinsip Undang-undang ini turut dinyatakan dengan jelas oleh Yang Amat Arif Hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin (sekarang merupakan Hakim Besar Malaya) sewaktu memutuskan kes Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2008] 2 MLJ 812 di Mahkamah Rayuan pada waktu itu. Beliau menyatakan bahawa:

" [6] I am also of the view that O 14A of the RHC is not a vehicle for which the court is required to interpret the statement of claim to decide what point of law arises before deciding on it. An application under O 14A of the RHC is to decide clear points of law or construction that are apparent on the pleadings. It is to be noted in this case the learned judicial commissioner proceeded to hear the plaintiff ’s O 14A application without the benefit of the defendant’s defence which had yet to be filed at that time of the hearing of the application. Instead, the learned judicial commissioner thought it fit to choose to only confine himself to the averments made by the plaintiff in its statement of claim. The learned judicial commissioner has failed to sufficiently identify the relevant issues arising from the action, which necessarily ought to include the defendant’s defence to the action. Therefore, the learned judicial commissioner was not in any position to make the said order that he did, ie, that the plaintiff ’s action against the defendant was suitable for determination under O 14A of the RHC. On this point I would like to refer to the case of Watson & Anor v Dutton Forshaw Motor Group Ltd & Ors EWCA, 22 July1998 wherein the Court of Appeal therein stated, inter alia, as follows:

With the benefit of hindsight it is possible to see that this is where things began to go wrong. In fact the particulars would not be relevant to the O 14A application either so far as the plaintiffs were concerned or so far as the defendants were concerned. The issue of law, if it was discernible at all, had to be discernible from the statement of claim and the defence. The judge himself ruled at the outset of the hearing of the O 14A application on 17 October 1994 that he should not adjourn that hearing as he was requested to do by the plaintiffs’ counsel on the basis that particulars were about to be delivered ‘since it is not the function of particulars to take the place of necessary averments in the pleading’.

[7] It is trite law that, for the court to exercise its power to summarily dispose off an action under O 14A of the RHC, there should not be any dispute by the parties as to the relevant facts, or that the court, upon scrutinising the pleadings, concludes that the material facts are not in dispute. (see the case of Petroleum Nasional Bhd v Kerajaan Negeri Terengganu)."

Prinsip undang-undang ini juga turut diterangkan secara panjang lebar oleh Yang Arif Hakim Azahar Mohd sewaktu memutuskan kes BP Malaysia Sdn Bhd v Zabedah bte Mohamed & Ors [2007] 8 MLJ 384 yang beliau menyatakan bahawa:

" [11] It may be added that in an application under O 14A, the question of law or construction should be in clear and precise terms. All parties concerned must make every effort to come to an agreement on all the necessary and material facts relevant to the question of law or construction of documents that the court is required to determine. In an application under O 14A there is no room for any dispute between the parties as to the requisite material facts. The important point to note here is that in the present case all the necessary and material facts relating to the subject matter of the question had not been duly proved or admitted by the parties concerned."

Secara peribadi saya tidaklah berpendapat bahawa kes tuntutan royalti Kelantan boleh diputuskan melalui cara ini kerana terdapat saksi-saksi yang boleh didengar oleh mahkamah untuk menentukan niat pihak-pihak ketika perjanjian tersebut ditandatangani. Apatah lagi individu-individu berkenaan masih hidup hingga ke hari ini kecuali Al-Marhum MB Kelantan semasa itu yang telah meninggal dunia.

Akan tetapi Mahkamah telahpun membuat keputusannya dan wajarlah pihak-pihak menghormati pendirian mahkamah tersebut dan meneruskan perjuangan tuntutan royalti ini mengikut saluran perundangan yang masih ada.

Hisham bin Fauzi
Pengerusi
Pertubuhan Pengamal Undang-undang & Hak Asasi Manusia Malaysia Cawangan Negeri Kelantan
(PROGUAM Kelantan)

Tuesday, September 29, 2015

Injunksi Terhadap YB TG Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang



Semalam kita diriuhkan dengan tindakan 4 individu iaitu  Mansoor Bin Saat,  Azira Binti Aziz, Hasbeemaputra Bin Abu Bakar dan Hazwany Binti Jamaluddin bertindak memfailkan saman untuk mendapakan injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang YB TG Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian (RUUP) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan berdasarkan pengalaman saya dalam bidang undang-undang sivil dan syariah. Pandangan ini hanyalah berkisar mengenai laporan akhbar yang dibuat oleh keempat-empat individu tersebut sahaja tanpa merujuk kepada dokumen atau saman yang mereka telah failkan di Mahkamah.

Adalah tidak sewajarnya 4 individu tersebut membuat permohonan injunksi kepada Mahkamah kerana TG Haji Abdul Hadi Awang selaku Ahli Dewan Rakyat mempunyai hak untuk membuat usul tersebut. Hak tersebut dijamin oleh Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat Sendiri.

Manakala antara alasan mereka lagi ialah “rang undang-undang persendirian itu adalah pintu belakang dalam cubaan mengubah Perlembagaan Persekutuan” merupakan suatu alasan yang tidak benar dan jauh tersasar sama sekali. Ini adalah kerana usul untuk membentang RUUP tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Setiausaha dan Yang DiPertua Dewan mengikut saluran yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan Dewan Rakyat. Jadi ini bermakna bahawa tindakan TG Haji Abdul Hadi Awang tersebut adalah sah di sisi undang-undang dan bukan melalui pintu belakang.

Apa yang saya fahami, istilah “pintu belakang” ini hanyalah bagi sesuatu tindakan yang dibuat tidak mengikut lunas undang-undang serta peraturan sedia ada. Jadi istilah tersebut adalah digunakan secara salah untuk menggambarkan tindakan TG Haji Abdul Hadi itu.

Walau bagaimanapun, kes tersebut telah ditangguh ke Kes 05/10/2015 untuk Mahkamah membuat keputusan untuk terhadap Bantahan Awal yang dibangkitkan oleh leading counsel bagi TG Haji Abdul Hadi iaitu  Dato' Haji Sulaiman Abdullah atas alasan bahawa Plaintif-plintif sepatutnya memfailkan kes ini melalui Semakan Kehakiman (Judicial Review) dan bukannya melalui Saman Pemula (Originating Summon) seperti sekarang. Jika Mahkamah bersetuju dengan Bantahan Awal tersebut, keseluruhan kes saman terhadap TG Haji Abdul Hadi Awang akan DITOLAK.

Sepatutnya individu tersebut mengambil sikap lebih teliti apabila membuat sesuatu tindakan yang mempunyai kaitan dengan hukum agama dan aqidah. Isu hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan tidak sepatutnya dijadikan sesuatu agenda politik atau sendaan. Malah ia wajib di imani oleh seluruh manusia yang mengaku beriman.

Cuma mungkin disana terdapat perbahasan lain berkaitan dengan waqi’, kesesuaian dan keperluan yang tidak ingin saya sentuh disini. Saya berdoa dan berarap agar tindakan Mahkmah tersebut dapat diselesaikan segera dengan keputusan berpihak kepada TG Haji Abdul Hadi serta semoga Allah memberikan laluan mudah untuk beliau membentangkan RUUP tersebut di Dewan Rakyat.  

Sunday, September 27, 2015

Maaf, Saya Tidak Tahu!!



Adakah menjadi sesuatu yang memalukan buat kita sekiranya kita menjawab “Maaf, saya tidak tahu” tatkala ditanya mengenai sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kita atau ilmu kita?


Adakah dengan memberikan jawapan demikian akan menyebabkan kita kelihatan bodoh di sisi manusia? Adakah dengan jawapan tersebut menyebabkan maruah kita jatuh?

Satu kisah yang masyhur mengenai pertanyaan yang dikemukakan kepada Imam Darul Hijrah iaitu Imam Malik bin Anas Rahimahullah sebagaimana yang diriwayatkan dari Al Haitsam bin Jamil, beliau berkata:

“Aku menyaksikan Malik bin Anas ditanya 48 masalah, maka beliau menjawab 32 masalah dari pertanyaan tersebut dengan jawapan “Aku tidak tahu.” (Adabul Muftii wal Mustaftii halaman 79)

Manakala ‘Abdurrahman bin Mahdiy pula berkata :

Kami pernah berada di sisi Malik bin Anas. Lalu datanglah seorang laki-laki dan berkata kepadanya : “Wahai Abu ‘Abdillah, aku mendatangimu dari daerah yang berjarak enam bulan perjalanan. Penduduk negeriku telah menitipkan satu permasalahan kepadaku untuk aku tanyakan kepadamu”.

Malik berkata : “Tanyalah”. Laki-laki itu pun bertanya tentang permasalahannya kepada Imam Malik. Kemudian Imam Malik berkata : “Aku tidak dapat menjawabnya”.

Lelaki itu bingung/tercengang kerana ia beranggapan telah menemui seseorang yang mengetahui segala sesuatu. Dia berkata : “Apa yang harus aku katakan kepada penduduk negeriku apabila aku kembali kepada mereka nanti?”. Imam Malik menjawab : “Katakan saja pada mereka bahawa Malik tidak bisa menjawab pertanyaan mereka” [Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil-Barr dalam Jaami Bayaanil-‘Ilmi wa Fadhlih no. 1573].

Jika hendak dibandingkan ilmu kita dengan Imam Malik bin Anas Rahimahullah, sudah tentu ia umpama langt denga bumi ataupun seumpama malam dengan siang. Namun begitu, kita lebih mudah dan jauh lebih mengetahui dari Imam Malik Raimahullah kerana kita sering menjawab semua persoalan yang ditanyakan kepada kita walaupun sebenarnya masalah atau persoalan tersebut bukanlah dalam bidang kepakaran kita. Malah kita juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai perkara tersebut.

Zaman sekarang ini, ramai orang yang terlalu mudah memberikan hukum atau pandangan hanya berdasarkan apa yang ia dengar atau hanya melihat gambar sahaja tanpa satu kajian atau penelitian yang betul-betul mantap. Sehinggakan jawapan ataupun hukum ataupun pandangan mereka telah jauh tersasar dari perkara yang sebenarnya. Bahkan ada juga yang menghukum berdasarkan apa yang mereka tidak ketahui atau tidak dijumpai dalil atau hujah. Maka akan terjadilah sebagaimana kata hukama:

النَّاسُ أَعْدَاءُ مَا جَهِلُوا
Manusia itu menjadi musuh terhadap apa yang tidak diketahuinya.

Perlulah kita sedar dan ketahui, bukanlah mudah untuk menghukumkan mengenai sesuatu masalah, apatah lagi sekiranya masalah tersebut mempunyai kaitan dengan niat hati seseorang. Para ulama salafusoleh amat berhati-hati dalam perkara tersebut kerana mereka takut akan amaran Allah swt:

وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُون (116) مَتَاعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (117)

Dan janganlah kalian mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah kalian secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (Itu adalah) kesenangan yang sedikit; dan bagi mereka azab yang pedih. (an-Nahl: 116-117)

Maka sebagai pesanan buat saya sendiri dan sahabat semua, janganlah terlalu mudah mengeluarkan hukum atau pendapat mengenai sesuatu perkara, apatah lagi ia bersangkutan mengenai niat hati dan aqidah seseorang. 


Tidak semestinya apa yang tidak kita ketahui tidak mempunyai dalil dan hujjah kerana tidak mustahil bahawa kita hanyalah gagal untuk menemui dalil dan hujjah tersebut.



Takutlah kamu akan ALLAH SWT...