Apa Itu
Qasidah?
Qasidah
merupakan puisi, syair atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna
Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu
dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan
guru-guru mereka yang Mursyid.
Ramai
penulis Arab berpendapat bahawa orang pertama yang mencipta qasidah ialah
penyair Arab al- Muhalhal bin Rabiah al- Tuglabi yang hidup beberapa tahun
sebelum Nabi Muhammad SAW lahir. Qasidah kemudian mengalami perkembangan ketika
para penyair pra- Islam terkenal seperti Umru al-Qais, Alqamah dan Ubaid
menulis syair-syair qasidah dan membacakannya di depan Kaabah. Bahkan ada
beberapa qasidah yang ditulis oleh Umru al- Qais yang menjadi sebahagian
daripada syair yang digantung di dinding Kaabah.
Setelah
kedatangan Islam, seni qasidah terus hidup dengan penukaran kepada qasidah yang
menyeru kepada kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah.
Qasidah
mencapai kemuncaknya pada zaman Abbasiyah. Para penyair Islam seperti al-
Mutanabbi, tidak hanya mencipta syair qasidah, tetapi juga mengembangkan ilmu
yang menjadi kaedah penulisannya, iaitu 'ilm 'arud. Pada zaman Mamluk, qasidah
mendapat perhatian bersungguh- sungguh. Al-Busyiri, seorang penyair, mengarang
himpunan qasidah yang dikenali dengan qasidah Burdah. Qasidah ini memuatkan
pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Penulisan syair lagu Qasidah berzanji yang
kini popular di kalangan masyarakat di Indonesia dan Malaysia, banyak
dipengaruhi oleh buku karangan al-Busyiri.
Syair yang
dikenali di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama para
sahabatnya adalah berbeza dengan al-ghina’ (nyanyian). Syair arab yang
dimaksudkan adalah merujuk kepada lantunan suara dengan nada biasa seperti
puisi, syair, atau sajak .
Al-Ghina’
(nyanyian) pula merujuk kepada lantunan suara seperti syair tetapi dengan
bentuk alunan suara yang dinyaringkan dan diperindahkan dengan susunan seni
suara tertentu yang khusus.
Al-Hafiz
Ibnu Hajar al’Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menyebutkan:
ويطلق الغناء (بالمد والكسر): على الترنم
الذي تسميه العرب (النصب) بفتح النون وسكون المهملة
Terjemahan:
Disebut al-ghina’) adalah menyanyi dengan susunan irama/intonasi yang
dinyaringkan (disebut an-Nashab) oleh orang ‘Arab. (al-Hafiz
Ibnu Hajar, Fathul Bari, 2/442)
Secara
umumnya, syair adalah mubah (dibolehkan) selagi mana di dalamnya tidak
mengandungi sesuatu yang terlarang.
AL-GHINA'
Berkenaan
al-Ghina' (nyayian) pula, ulama’ berselisih pendapat antara yang membenarkan
dan mengharuskannya. Bagi yang mengharuskannya seumpama Ibnu Hazm, Asy-Syeikh
Abdul Ghani An-Nabulsi, Asy-Syazili At-Tunisi dan lain-lain meletakkan syarat
mestilah mempunyai niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’.
Isu nyanyian
dan muzik dalam Islam juga merupakan perkara yang diperselisihkan oleh ulama’,
antaranya menghukumkan nyanyian sebagai haram dan harus. Masing-masing
mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan
dengan perkara ini.
Namun,
ulama’ bersepakat dalam menghukumkan haram bagi setiap jenis nyanyian yang
mengandungi unsur kekejian, unsur kefasikan atau unsur penggalakkan ke arah
melakukan maksiat.ada golongan yang mengharuskan jika sekiranya tanpa alat
muzik dan ada juga yang mengharamkan secara mutlak samada menggunakan alat
muzik ataupun tidak.
Teks Hadis
tentang Syair
Syair telah
menjadi sebahagian dari tradisi orang-orang Arab jahiliyah. Sejarah menunjukkan
bahawa pada zaman Rasulullah Saw telah terbentuk sebuah pasar syair yang
dikenal dengan nama Pasar ‘Uqadz tempat para ahli syair dari segala penjuru
qabilah melantunkan syair-syair karya mereka, dan bagi syair-syair terbaik
diberikan hadiah dan karyanya ditempalkan pada dinding Kabah.
Dalam Islam
terdapat dua bentuk penjelasan tentang kedudukan syair. Ada teks yang
menjelaskan tentang kebolehannya dan ada pula yang mencelanya. Berikut beberapa
teks hadis yang menjelaskan kebolehan syair dan bersyair:
عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيدِ عَنْ أَبِيهِ
قَالَ رَدِفْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَوْمًا فَقَالَ هَلْ مَعَكَ
مِنْ شِعْرِ أُمَيَّةَ بْنِ أَبِى الصَّلْتِ شَيْئًا قُلْتُ نَعَمْ قَالَ: هِيهِ فَأَنْشَدْتُهُ
بَيْتًا فَقَالَ: هِيهِ ثُمَّ أَنْشَدْتُهُ بَيْتًا فَقَالَ: هِيهِ حَتَّى أَنْشَدْتُهُ
مِائَةَ بَيْتٍ
Dari Amru
bin al-Syarid dari Ayahnya, ia berkata, “Suatu ketika aku bersama Rasulullah
saw, kemudian beliau berkata, ‘Apakah kamu mengetahui beberapa (bait) dari
syair karya Umayyah bin ash-Shalt?’ Aku menjawab, ‘Ya’. Beliau berkata,
‘lantunkanlah!’, kemudian aku melantunkan satu bait. Beliau berkata,
‘lanjutkan’ kemudian aku melantunkan satu bait. Beliau berkata, ‘lanjutkan’.
Hingga aku melantunkan 100 bait (syair)” H.r. Muslim
Imam
an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata ketika menjelaskan berkenaan hadis
yang menyebutkan persoalan Syairnya Umayyah, beliau berkata:
وَمَقْصُود الْحَدِيث أَنَّ النَّبِيّ صَلَّى
اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِسْتَحْسَنَ شِعْر أُمِّيَّة , وَاسْتَزَادَ مِنْ إِنْشَاده
لِمَا فِيهِ مِنْ الْإِقْرَار بِالْوَحْدَانِيَّةِ وَالْبَعْث , فَفِيهِ جَوَاز إِنْشَاد
الشِّعْر الَّذِي لَا فُحْش فِيهِ , وَسَمَاعه , سَوَاء شِعْر الْجَاهِلِيَّة وَغَيْرهمْ
, وَأَنَّ الْمَذْمُوم مِنْ الشِّعْر الَّذِي لَا فُحْش فِيهِ إِنَّمَا هُوَ الْإِكْثَار
مِنْهُ , وَكَوْنه غَالِبًا عَلَى الْإِنْسَان . فَأَمَّا يَسِيره فَلَا بَأْس بِإِنْشَادِهِ
وَسَمَاعه وَحِفْظه
“Maksud
hadis ini menunjukkan bahawa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam menganggap
baik syair Umayyah dan meminta tambahan syair terhadap apa yang ada di dalamnya
dari pengakuannya terhadap ke-Esaan (Allah) dan hari akhir. Dan di dalamnya
maklumat tentang bolehnya melantunkan syair yang tidak mengandungi kekejian,
sekaligus mendengarkannya. Sama sahaja, adakah syair tersebut merupakan syair
Jahiliyyah atau selainnya. Dan yang perlu dijauhi berkaitan persoalan syair
yang tidak mengandungi kekejian ini adalah yang tidak berlebihan padanya. Dan
itulah yang biasanya terjadi kepada diri manusia. Adapun sedikit syair dengan
cara melantunkan, mendengarnya, atau menghafalnya maka tidak mengapa.”
(an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 12/15)
Selain
riwayat di atas terdapat pula keterangan lain sebagaimana diriwayatkan oleh
al-Tirmidzi sebagai berikut:
عن أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ مَكَّةَ فِي عُمْرَةِ الْقَضَاءِ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ
رَوَاحَةَ بَيْنَ يَدَيْهِ يَمْشِي وَهُوَ يَقُولُ خَلُّوا بَنِي الْكُفَّارِ عن سَبِيلِهِ
الْيَوْمَ نَضْرِبْكُمْ عَلَى تَنْزِيلِهِ ضَرْبًا يُزِيلُ الْهَامَ عن مَقِيلِهِ وَيُذْهِلُ
الْخَلِيلَ عن خَلِيلِهِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ يَا ابْنَ رَوَاحَةَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي حَرَمِ اللَّهِ تَقُولُ الشِّعْرَ
فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلِّ عَنْهُ يَا عُمَرُ
فَلَهِيَ أَسْرَعُ فِيهِمْ مِنْ نَضْحِ النَّبْلِ
Dari Anas bahwasanya
Rasulullah Saw masuk ke Makkah pada masa umrah Qadha dan Abdullah bin Rawahah
sedang berjalan di depan beliau sambil berkata : “Berikan jalan kepada anak
orang-orang kafir # Hari ini kami akan memukul kalian dirumah kalian # Dengan
pukulan yang menghilangkan kesedihan dari peraduannya # Dan menjauhkan seorang
kekasih dari kekasihnya. Umar kemudian berkata kepadanya : ‘wahai Ibnu Rawahah
dihadapan Rasulullah Saw dan didalam masjid al-haram kamu melantunkan syair?’
kemudian Nabi Saw berkata kepada Umar : “Biarkan dia wahai Umar sebab hal itu
lebih mempercepat dari siraman yang baik”
Dalam
riwayat yang lain Rasulullah Saw memuji syair salah seorang sahabat yang
bernama Labid bin Rabi’ah:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَصْدَقُ كَلِمَةٍ
قَالَهَا الشَّاعِرُ كَلِمَةُ لَبِيدٍ: أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللهَ بَاطِلُ
وَكَادَ ابْنُ أَبِي الصَّلْتِ يُسْلِمُ
Dari Abu
Hurairah dari Nabi Shallallhu ‘alaihi wa sallam beliau berkata : “Kalimat yang
paling benar yang diucapkan oleh penyair adalah kalimat Labid: “Ketahuilah
segala sesuatu yang selain Allah adalah batil (rosak dan binasa)”. Dan hampir
saja Umayyah bin Abu al-Shalt memeluk Islam”. H.r. At-Thahawi
Dalam
riwayat lain Rasulullah Saw mengemukakan bahwasanya terdapat kandungan hikmah
dibalik bait-bait syair sebagaimana sabda Baginda Saw:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- : إِنَّ مِنَ الشِّعْرِ حِكْمَةً
Dari Ibnu
Abas, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, ‘Sesungguhnya terdapat hikmah
diantara (bait-bait) syair’.” H.r. Al-Baihaqi
Adapun hadis
yang menerangkan akan ketidakbolehan syair dan bersyair adalah :
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ أَحَدِكُمْ قَيْحًا خَيْرٌ لَهُ
مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا
Dari Abu
Hurairah, ia berkata, “Rasulullah saw
bersabda, ‘Lambung seseorang penuh dengan nanah lebih baik daripada penuh
dengan syair’.” H.r. Abu Daud
Pemahaman
Hadis-hadis Syair
Dari
beberapa teks hadis di atas menunjukkan terjadinya kontroversi tentang hukum
syair. Di satu sisi Rasulullah saw membenarkan dan menyuruh sebahagian dari
sahabat Baginda untuk melantunkan syair, bahkan Baginda sendiri melantunkan
syair sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmidzi :
عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ أَبِيهِ
قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ هَلْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَتَمَثَّلُ الشِّعْرَ قَالَتْ رُبَّمَا تَمَثَّلَ شِعْرَ ابْنِ رَوَاحَةَ وَيَقُولُ
وَيَأْتِيكَ بِالْأَخْبَارِ مِنْ لَمْ تُزَوِّدِ
Dari al-Miqdam
bin Syureh, dari Ayahnya, ia berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah: ‘Apakah
Rasulullah Pernah melantunkan syair?’ Aisyah menjawab, ‘Beliau pernah
melantunkan Syair Ibnu Rawahah dan beliau melantunkan: ‘Dan akan datang
kepadamu berita dari yang tidak kamu sangka’.”
Namun pada
sisi yang lain Rasulullah saw melarang untuk bersyair sebagaimana sabda Baginda
Saw :
لأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ أَحَدِكُمْ قَيْحًا
خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا » – رواه أبو داود –
“Lambung
seseorang penuh dengan nanah lebih baik daripada penuh dengan syair”. H.r. Abu
Daud
Ketika melihat
hadis kedua tentang larangan bersyair secara zahir, maka akan ditemukan larangan
untuk bersyair secara mutlak, sebab Rasulullah Saw menyebutkan bahwa “perut
seseorang dipenuhi oleh nanah (yang dapat merosaknya) lebih baik daripada
dipenuhi oleh syair”. Atas dasar ini beberapa ulama melarang syair secara
mutlak berdasarkan hadis tersebut.
Al-Hafiz
Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:
هذه المبالغة في ذم الشعر أن الذين خوطبوا
بذلك كانوا في غاية الإقبال عليه والاشتغال به فزجرهم عنه ليقبلوا على القرآن وعلى
ذكر الله تعالى وعبادته فمن أخذ من ذلك ما أمر به لم يضره ما بقي عنده مما سوى ذلك
والله أعلم
“Penyebab
munculnya celaan yang cukup keras tersebut adalah disebabkan orang yang diajak
berbicara merupakan orang-orang yang menyibukkan diri dan menghabiskan waktunya
hanya untuk bersyair, sehingga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mencela
mereka supaya mereka kembali kepada al-Qur’an, berzikir, dan beribadah kepada
Allah. Sesiapa yang telah melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya, maka
tidak mengapa sekiranya baki waktunya yang tinggal (sisa waktu yang tinggal)
digunakan untuk perkara lain. Wallahu a’lam. (Fathul Bari, 10/550)
Imam Ibnu
Hajar berkata: “Para ulama terdahulu berbeda pendapat tentang apabila isi
sebuah kitab seluruhnya adalah syair, Al-Sya’bi berpendapat bahawa hal tersebut
(kitab dipenuhi oleh syair) tidak boleh, dan al-Zuhry berpendapat bahawa telah
menjadi sebuah sunnah terdahulu bahwa basmalah tidak boleh tercampur dengan
syair, sementara Said bin Jubair dan Jumhur serta pilihan al-Khatib bahawa buku
yang dipenuhi dengan syair dan basmalah tercampur dengan syair adalah boleh”
Sebenarnya
hadis tentang larangan bersyair memiliki asabab al-wurud, sebagaimana diriwayatkan
oleh Muslim sebagai berikut:
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ قَالَ
: بَيْنَمَا نَحْنُ نَسِيرُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِاْلعَرْجِ
إِذْ عَرَضَ شََاعِرٌ يُنْشِدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-: خُذُوا
الشَّيْطَانَ أَوْ أَمْسِكُوا الشَّيْطَانَ لأَنْ يَمْتَلِئَ جَوْفُ رَجُلٍ قَيْحًا
خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمْتَلِئَ شِعْرًا
Dari Abu
Said al-Khudri, ia berkata, “Ketika kami sedang berjalan bersama Rasulullah Saw
di al-’Araj, tiba –tiba seorang penyair membacakan syair (kepada kami) Maka
Rasulullah pun berkata: ‘Tahan syaitan itu, Lambung seseorang penuh dengan
nanah lebih baik daripada penuh dengan syair”
Ibnu
Baththal berkata: sebahagian ulama berpendapat bahawa syair yang dimaksud dalam
hadis adalah syair-syair yang mengandung hujatan terhadap Rasulullah Saw. Akan
tetapi Abu Ubaid secara pribadi berdasarkan kesepakatan ulama menganggap bahawa
penafsiran tentang makna syair adalah penafsiran yang salah sebab kaum muslimin
telah sepakat bahawa satu kalimat yang mengandung hujatan kepada Rasulullah Saw
maka akan menjadikan kufur. Akan tetapi dikalangan sebahagian ulama melarang
syair dan bersyair secara mutlak. Hal tersebut didasarkan perkataan Rasulullah
Saw : “tahan Syaitan itu” dan firman Allah yang Artinya: Dan penyair-penyair
itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. (Q.S. al-Syu’ara’ : 224)
Berdasarkan
ayat dan hadis tersebut, mereka yang melarang syair secara mutlak menganggap
bahawa syair dan bersyair merupakan pekerjaan syaitan yang sesat. Para ahli
tafsir seperti al-Thabary berpendapat bahawa para ahli syair tersebut mengikuti
jejak orang-orang yang sesat bukan jejak orang-orang yang mendapat petunjuk.
Dan yang dimaksud dengan orang yang sesat menurut Ibnu Abbas adalah para
pembuat syair dari kalangan orang-orang kafir dan yang lainnya berpendapat yang
dimaksud dengan orang sesat adalah Syaitan. Ikrimah berkata bahawa suatu ketika
terdapat dua ahli syair yang saling mencaci satu sama lain (dengan menggunakan
syair), maka Allah menurunkan ayat ini (al-Syu’ara’:224). Qatadah berpendapat
bahawa para ahli syair memuji seseorang dengan hal-hal yang batil dan mencela
dengan hal-hal yang batil pula.
Imam
al-Qurthuby mengomentari hadis Abu Said al-Khudri dengan mengatakan bahawa para
ulama berkata bahwa Rasulullah Saw melakukan hal tersebut –iaitu mencela
penyair tersebut- kerana Baginda Saw telah mengetahui keadaan penyair tersebut,
kerana penyair tersebut dikenal sebagai penyair yang menjadikan syair-syairnya
sebagai jalan untuk mendapatkan penghasilan sehingga dia berlebihan dalam
memuji ketika diberi, dan berlebihan dalam mencela ketika tidak diberi,
sehingga menyiksa manusia, baik dari segi harta mahupun kehormatan. Oleh kerana
itu mereka yang melakukan hal ini wajib untuk diingkari.
An-Nawawi
berkata : syair itu hukumnya boleh selama didalamnya tidak terdapat hal-hal
yang keji dan sejenisnya.
Al-Mubarakfury
berkata: yang dimaksud dengan memenuhi (perutnya dengan syair) adalah ketika
syair telah menguasainya dimana dia lebih disibukkan dengannya dari al-Qur’an
dan ilmu-ilmu Islam lainnya, maka hal tersebut menjadi syair yang tercela
apapun bentuknya.
Maka dari
itu Imam al-Bukhary dalam shahihnya memberikan bab khusus tentang syair dengan
nama bab dibencinya syair ketika lebih mendominasi manusia dari al-Qur’an dan zikir
kepada Allah. Jadi apabila seseorang menjadikan al-Qur’an dan Ibadah kepada
Allah sebagai kesibukan utama, maka baginya boleh untuk membuat syair dan
melantunkankannya selama syair tersebut tidak bertentangan dengan aturan-aturan
syari’at.
Berdasarkan
analisis dari pendapat para ulama di atas dapat difahami secara kontekstual bahawa
hadis Rasulullah Saw yang menyebutkan secara eksplisit larangan syair dan
bersyair bersifat temporal karena syair yang terlarang adalah syair yang
mengandung pujian yang berlebihan dan dicampuri dengan kebohongan serta syair
yang mengandung cacian, celaan dan hinaan terhadap harkat dan martabat manusia
baik secara khusus mahupun umum. Sehingga hadis tentang larangan syair dan
bersyair hanya dapat difahami dengan kaedah:
الْعِبْرَةُ بِخُصُوْصِ
السَّبَبِ لاَ بِعُمُوْمِ اللَّفْظِ
“Yang
dijadikan sebagai pengajaran adalah kekhususan sebab bukan keumuman lafaz”
Akan tetapi
Rasulullah Saw sebagai seorang arab memiliki kecenderungan melantunkan syair
dan mendengarkan syair sebagaimana hadis-hadis yang menjelaskan akan kebolehan
syair dan melantunkan syair tetapi Baginda tidak membuat atau menyusun syair
karena kedudukan beliau sebagai Rasul hal ini ditegaskan oleh dalam firmanNya
yang artinya: “Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan
bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran
dan Kitab yang memberi penerangan” (Q.S. Yasin : 69).
Ayat di atas
menunjukkan bahawa Rasulullah Saw tidak membuat atau menyusun syair dan tidak
mengatakan sebait syair pun, jika beliau ingin melantunkan syair beliau tidak
menyempurnakan atau senantiasa memotong timbangan syair tersebut, sebagai salah
contoh sebagaimana disebutkan oleh Aisyah dalam riwayat Ahmad & al-Tirmidzi
:
رُبَّمَا تَمَثَّلَ شِعْرَ
ابْنِ رَوَاحَةَ وَيَقُولُ وَيَأْتِيكَ بِالْأَخْبَارِ مِنْ لَمْ تُزَوِّدِ
‘Beliau
pernah melantunkan Syair Ibnu Rawahah dan beliau melantunkan: ‘Dan akan datang
kepadamu berita dari yang tidak kamu sangka’.”
Penjelasan
dari Aisyah menunjukkan bahawa Rasulullah Saw hanya menyebutkan dan melantunkan
potongan syair karya Abdullah bin Rawahah pada masa perang Khandak dengan
tujuan agar lebih bersemangat, karena sesungguhnya syair karya Ibnu Rawahah
menyebutkan :
سَتُبْدِي لَكَ الْأَيَّامُ
مَا كُنْتَ جَاهِلًا وَيَأْتِيكَ بِالْأَخْبَارِ مَنْ لَمْ تُزَوِّدِ
Akan tampak
kepadamu hari hari dimana kebodohanmu # Dan akan datang kepadamu berita dari
yang tidak kamu sangka
Dan banyak
lagi riwayat-riwayat lain yang menunjukkan bahawa Baginda hanya menyebutkan syair
karya sahabat-sahabat dengan cara memotongnya dan bukan dari syair-yair karya
Baginda sendiri, karena larangan dari Allah. Di antara hikmah larangan Allah
terhadap Rasul-Nya untuk menyusun syair dan melantunkannya adalah agar anggapan
kaum kafir bahawa Rasulullah Saw adalah seorang ahli syair dan al-Qur’an
merupakan syair karya Muhammad Saw terbantahkan.
Kesimpulan
Dari huraian
di atas dapat disimpulkan bahawa hadis tentang larangan syair dan bersyair
bersifat temporal karena syair yang terlarang adalah syair yang menyalahi
aturan-aturan syariat, dan syair yang tercela adalah syair-syair yang disusun
untuk merendahkan martabat manusia secara umum dan kaum muslimin secara khusus.
Demikian pula syair yang sangat menyibukkan melebihi kesibukan dalam membaca
al-Qur’an dan beribadah kepada Allah.
Adapun
syair-syair yang disusun dengan tidak menyampingkan apalagi meninggalkan ibadah
kepada Allah dengan tujuan untuk menyedarkan manusia atau membangkitkan
semangat kaum muslimin dan melemahkan semangat kaum kafir dan sesuai dengan
al-Qur’an dan Sunnah, maka syair tersebut adalah syair yang dibolehkan dan
bahkan mendapatkan posisi terpuji dalam Islam sebagaimana yang pernah diberikan
kepada para ahli syair dari kalangan sahabat seperti Hassan, Labid, Abdullah
bin Rawahah dan selainnya yang dikenal sebagai ahli syair pada masa mereka. Selain
itu larangan mutlak untuk menyusun syair dan melantunkannya hanya dikhususkan
kepada Rasulullah Saw dan tidak kepada umatnya.
Dipetik dan
diedit daripada:
2. Nasyid 2u
11 comments:
Salam Akhi, boleh tak bersyair, berqasyidah, berpuisi di dalam masjid. mintak di perjelaskan.
JakaAllah khoiron jaza....
Abu Farid
Berlaku khilaf di antara 'ulama mengenai hukum menasyidkan syair di masjid disebabkan dua hadith berikut:
1. Daripada 'Aisyah r.a., katanya: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membina untuk Hasan ibn Thabit sebuah minbar di masjid buat dia menasyidkan sya'ir di atasnya."
Hadith riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Hakim. Kata al-Tirmizi: Hadith hasan sahih gharib. Kata al-Hakim: Sanad sahih, tetapi tidak diriwayatkan oleh al-Bukhariy dan Muslim, dipersetujui oleh al-Zahabi. Sahih menurut Sayyid ibn 'Abbas al-Jalimi, pentahqiq al-Syama'il al-Muhammadiyah. Mempunyai penyokong dari Sahih al-Bukhariy, hadith riwayat 'Aisyah dalam Bab Sya'ir di Masjid, Kitab Solat.
2. Daripada 'Amru ibn Syu'aib dari ayahnya dari datuknya: "Rasulullah s.a.w. melarang perbuatan berjual-beli di masjid, bersya'ir di masjid, mengumumkan barang hilang di masjid, dan mengadakan halaqah di masjid pada hari Jumaat sebelum solat."
Hadith riwayat Ahmad, Ibn Khuzaimah dan al-Tirmizi. Kata al-Tirmizi: Hadith hasan. Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan dari Hakim ibn Hizam r.a. dengan sedikit perbezaan pada matan. Kata Ibn Hajar dalam Fath al-Bari: Sanadnya sahih sehingga 'Amr ibn Syu'aib, terdapat beberapa hadith lain yang mempunyai maksud yang sama tetapi bermasalah pada sanad.
Masalah ini turut disebut oleh Ibn Syahin dalam Nasikh al-Hadith wa Mansukhihi [Kitab Jami', Bab Menasyidkan Sya'ir di Masjid], al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari telah cuba menyelesaikan perbezaan ini dengan berpendapat bahawa larangan yang terdapat dalam hadith 'Amru ibn Syu'aib ialah larangan perbuatan membaca sya'ir jahiliyyah dan sesat, dan selain dari itu diizinkan.
Dr. Karimah bint Ali, pentahqiq Nasikh al-Hadith wa Mansukhihi berpendapat bahawa hadith hadith larangan bersifat 'umum manakala hadith keizinan bersifat khusus.
WaLlahu a'lam.
salam, ust. mohon share ya
salam, ust. mohon share ya
salam, ust. mohon share ya
silakan.
BAGUS INFONYA...
WWW.BLOGMNC.BLOGSPOT.COM
as salam,ustaz
mohon share
assalamualaikum ust ana mahu tanya mengenai qasidah yg beriringkan dengan muzik atau rebana dan sampai dapat menggoyangkan badan adakah itu boleh?
assalamualaikum ust ana mahu tanya mengenai qasidah yg beriringkan dengan muzik atau rebana dan sampai dapat menggoyangkan badan adakah itu boleh?
Saudara Muhammad Mansor, anda boleh melihat sedikit penjelasan pada artikel yang terdahulu di. http://alkubrawiyyah.blogspot.com/2013/01/hukum-qasidah-dan-memukul-kompang-dalam.html
Post a Comment