hasbunallah

hasbunallah

Saturday, June 25, 2011

Datuk T : Wira Yang Benar?

Trio Datuk T yang menjadi dalang utama penayangan dan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Rahim Thamby Chik bersama dua lagi tertuduh, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur iaitu tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan. Shazryl Eskay dan Shuib mengaku salah atas tuduhan berkenaan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 bawah undang-undang sama. Rahim didenda RM1,000 manakala Shazryl Eskay dan Shuib pula masing-masing didenda RM3,000 dan RM1,500.

Kompleks Mahkamah Jalan Duta turut di hadiri oleh penyokong Datuk T tersebut sebagai menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap tiga orang wira negara yang kononnya sanggup berdepan dengan undang-undang negara demi menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran!

Sebagaimana yang dilaporkan portal Malaysiakini yang memetik Rahim sebagai berkata:

"Rahim yang mengaku salah bersubahat menayangkan rakaman hubungan seks itu juga berkata, beliau sanggup berbuat demikian demi mendedahkan kes didakwa melibatkan Anwar dan "mempertahankan kepentingan dankeselamatan negara."

"Kita korbankan diri kita tiga orang untuk memastikan kita mencapai matlamat ini. Supaya rakyat dapat menimbang dan menghakimi.

"Pemimpin yang korup dari segi moral akan terdedah kepada perkara-perkara korup yang lain.

"Sebab itu kita berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melakukan hipokrisi ini tidak layak memimpin," kata Rahim lagi yang disambut sorakan oleh kira-kira 100 orang penyokongnya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Rahim dan gengnya dilihat sebagai wira dengan pendedahan video seks tersebut sekaligus menutup lipatan sejarahnya yang turut melibatkan Lim Guan Eng ketika itu.

Sememangnya situasi ini telah saya jangkakan. Datuk T cuba membersihkan nama mereka terutamanya Rahim Tamby Chik serta untuk mendapatkan political mileage mereka. DSAI tidak akan di dakwa dalam masa terdekat ini atas tuduhan berkaitan video seks tersebut kerana kertas siasatan yang dibuka pihak polis di bawah Seksyen 292(a) dan 34 Kanun Keseksaan adalah terhadap Datuk T dan bukannya terhadap DSAI.

Saya bersetuju dengan tulisan Wira Arjuna dalam portal Malaysiakini yang bertajuk "Perbicaraan Datuk T atau pesta serang Anwar?" Perbicaraan pada hari tersebut seolah-olah menjadi medan untuk 'mendedahkan' segala-segalanya mengenai video seks yang dikaitkan dengan DSAI tersebut tanpa ada sedikit ruang pun untuk DSAI membela diri ketika itu.

Saya menjadi sangsi dan ragu terhadap pendedahan tersebut apatah lagi setelah melihat track record geng Datuk T tersebut. Ingatlah firman Allah Taala yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (al-Hujurat: 6)

22 comments:

Anonymous said...

Datuk T: Wira Yang Benar?Jawapan yang benar ialah Datuk T Paria yang sebenar-benar.
Utusan M'sia:Penyebar Fikiran Rakyat?Jawapan yang benar Utusan M'sia Penyebar Fitnah Untuk Rakyat.

Shamsul Baharin Usop said...

nate apo klien aku kena hukum 3 tahun jail kes 292 (a) sbb delete gamba lucah daley laptop x jupo cari ata forensik br jupo; ni tayang depan public tanpa sgn silu kena denda 1000, mahal tu, bkpo x dendo 100 riya jah?

Hatman Abdullah said...

siap polis escort lagi sop... mana nak dapat.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Haa haa. Sop, mugo demo 3 ekor ni hero & wira nak tegakkan kebenaran. Client demo tu nok sedap sorg jah.

Hatman Abdullah said...

takpo sop, clj akan keluar report esok...lusa kita bulih guna...apo sgt jupo dlm laptop,puok tuh buat tygn wayang nah...

Shamsul Baharin Usop said...

pa2ni blh advice klien PG denda 1000-1500 jah..

Hatman Abdullah said...

tender keratan akhbar as authority sop...PG jer...

Apih S Comang said...

tgk muko pn xdok nur doh.peranga pulok serupo setan.nate 3eko ni dajjal bekali........

Shamsul Baharin Usop said...

DSAI pun nyo x bringat la. dh orey duk nk mmakey tu panda2 susuk la..

Alawi Mohd Rashid said...

ambo nak buat tayangan vidoe DSAI pas tu kutip bayaran RM50 seorg dan audium 100 org, ambo akan dapat RM5000 tolak denda RM1000 ...untung nega nih

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Haa haa kalu nak buat, oyak etek wi. Nak join skali. Nsk tgk sama ada betul atau DSAI yg buat kerja tu

Farid Ismail said...

tayangan tu di Nick Futsal ko? huhuhu

Hatman Abdullah said...

pakat nok tukar biznez blako doh...

Farid Ismail said...

lepas ni banyoklah cd lucah dijual secara terbuka di pasar2 malam sbb denda dah murah....pemimpin mmikir ngan ppalo lutut dok mmikir kesan besar kepada masyarakat.....undang2 Kazakshstan bakalih...huhuhu

Hatman Abdullah said...

sekung sembae wat letih ngaji loyar...

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Yid: mung buat bisnes sambilan lah, jual vcd lucah pulop!

Alawi Mohd Rashid said...

Fred: betul tu di Nick Futsal

Shamsul Baharin Usop said...

totok mena fred tuh..

Farid Ismail said...

totok dok apo sop jangan tetok sudoh lah...huhuhu

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Hok ambo tok puah hatinya, muka supo jahat lagu tu kononnya nak cegah maksiat. kepola hotok dio!!

Alawi Mohd Rashid said...

Eskay kan ada masa tu, bakponya tak cegah..pahtu nak gege rioh..pala hotuk mung eskay!!

Farid Ismail said...

Ass Kay....huhuhu