hasbunallah

hasbunallah
Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Monday, March 11, 2019

Biarkan Serunai Ini Iringi Tari Kalian


Julung-julung kalinya Usrah Jamadil Kubra mengadakan Hari Gelanggang Keluarga pada 14 Februari 2019 yang lalu bertempat di rumah Cikgu Zaini. Urusan pengaturan acara majlis diserahkan kepada anak-anak (Bentara).

Satu ketetapan telah dibuat bahawa semua orang kena bersilat tanpa sebarang alasan. Tidak kira kecil atau besar, muda atau tua. Maka kalutlah para ahli keluarga untuk berlatih bagi mengingat kembali langkah tari yang sudah lama berkarat di tinggalkan.

Majlis yang memberikan ruang dan peluang yang luas serta besar kepada ahli keluarga untuk bersilat semahu mereka. Melepaskan segala yang terbuku di hati, merungkai segala simpulan simpulan mati dan membebaskan segala yang terkurung dalam sangkar hati.

Majlis dimulakan dengan solat hajat pada sebelah malam dan pada sebelah paginya upacara membuka gelanggang dimulakan dengan sembah tari oleh para Paduka kelurga dan kemudiannya diikuti oleh para anak-anak Bentara.
Walaupun masing-masing mempunyai perguruan silat yang berlainan langkah serta perbezaan sembahnya, namun kami tetap boleh menari dalam satu gelanggang keluarga yang sama tanpa sumbang. 

Program ini cukup memberikan kepuasan kepada saya kerana ia dapat mengumpulkan ahli Usrah Jamadil Kubra serta dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan.




Sunday, January 13, 2013

Ijazah Daripada al-Alim as-Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati al- Azhari


Saya rasa sungguh bertuah apabila sesi kuliyah tafaqquh bersama Ustaz Ahmad Fuad Amran setiap pagi Jumaat dihadiri oleh al-Alim as-Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati al- Azhari. Maka dikesempatan ini, diadakan majlis khatam dan pengijazahan sanad Kitab Hadis 40 Imam an-Nawawi Rahimahullah Taala pada 11/01/2012 bersamaan 29 Safar 1434 Hijrah di Masjid an-Nur, Kota Kubang Labu. Alhamdulillah kerana berpeluang untuk mengkhatamkan kitab tersebut setelah beberapa waktu bertalaqqi kepada Ustaz Ahmad Fuad Amran. Turut hadir bersama ke majlis tersebut ialah Timbalan Mufti Kelantan Dato Haji Nik Abdul Kadir Nik Muhammad.

Dalam kesempatan ziarah syeikh tersebut, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ijazah dan sanad memakai serban dari syeikh. Jika diikutkan hati, masih banyak ijazah sanad yang ingin saya dapatkan dari syeikh tetapi jadual ziarah syeikh ke Kelantan agak padat kerana syeikh berziarah kepada murid-murid al-'allamah al-Mutafannin Musnid al-'Asr 'Alam al-Din as-Syeikh Abu al-Faidh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani al-Indunisi al-Makki al-Syafii yang ada di Kelantan.

Saya doakan semoga as-Syeikh Muhammad Husni Ginting akan berkunjung lagi ke Kelantan. 

Sunday, October 30, 2011

Semakan Undang-Undang Pilihan Raya


Pada 26/10/2011 yang lalu, satu Persidangan Meja Bulat Semakan Undang-Undang Pilihan Raya anjuran Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Pusat telah diadakan di Citrus Hotel, Kuala Lumpur.  

Persidangan tersebut diadakan bagi mendapatkan input berkaitan undang-undang pilihan raya di Malaysia yang patut dan perlu diubah suai atau dikemas kini bagi memastikan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terjamin serta proses pilihan raya di masa hadapan lebih adil dan telus.

Input dan hasil persidangan meja bulat tersebut akan dibawa oleh YB Dr Mohd Hatta Ramli selaku salah seorang ahli jawatankuasa yang mewakili PAS kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya. Persidangan itu dihadiri oleh wakil peguam setiap negeri termasuklah bekas Pengarah SPR Negeri Kelantan, Tuan Haji Abdul Rahim Salleh.

Peguam-peguam dari Kelantan yang terlibat dalam persidangan tersebut ialah Hisham Bin Fauzi, Hilmi Bin Abdullah, Hatman Bin Abdullah, Firdaus Bin Mohd Yusoff dan Mohd. Abd. Rashid Bin Yah.

Banyak resolusi yang diperolehi hasil daripada persidangan tersebut terutamanya mengenai akta-kata dan peraturan-peraturan pilihan raya yang memerlukan pindaan. 

Friday, June 24, 2011

BERSIH Polis

BERSIH 2.0 semakin hangat dan hampir. Pelbagai pandangan diberikan oleh pelbagai pihak sama ada menyokong atau menentang Himpunan BERSIH tersebut. Malah Perkasa dan Pemuda Umno juga turut menyatakan hasrat mereka untuk turut berhimpun tetapi untuk menentang Himpunan BERSIH.
Himpunan rakyat yang menuntut pilihan raya yang lebih adil dan telus itu menuntut lapan perkara daripada pihak kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagaimana berikut: 

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Pihak polis pula telah mengeluarkan amaran supaya tidak menyertai himpunan tersebut. Tindakan akan diambil sekiranya ada pihak yang engkar. Malah yang paling mengejutkan lagi apabila pihak polis bertindak merampas baju-baju BERSIH yang dijual serta mengarahkan agar ianya ditanggalkan oleh orang yang memakainya sebagaimana yang berlaku semasa ceramah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub di Dun Kelaboran pada 24/06/2011.

Pada mulanya pihak polis mengarahkan supaya baju tersebut disimpan serta tidak dijualkan kepada umum. Namun mereka kemudian bertindak merampas baju tersebut walaupun arahan mereka supaya baju tersebut disimpan sebelum ini dipatuhi. Bahkan anggota polis juga turut mengarahkan orang yang memakai baju BERSIH agar menanggalkannya dengan segera. Amaran turut diberikan kepada penceramah agar tidak menyentuh isu Himpunan BERSIH 2.0 sekiranya pihak penganjur tidak mahu permit ceramah dibatalkan oleh polis.

Apakah justifikasi yang boleh diberikan oleh polis terhadap tindakan mereka sehingga ke tahap tersebut? Tidakkah ianya bertentangan dengan hak asasi manusia berhak untuk memilih pakaian yang mereka hendak pakai asalkan tidak bertentangan dengan agama?

Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, June 20, 2011

DPPNK Serah Memorandum Kepada Utusan Malaysia

Hari ini (Isnin 20 Jun 2011), Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DDPNK) diketuai oleh Ketuanya YB Ustaz Haji Abdul Latiff Abd. Rahman diiringi oleh ahli jawatankuasa DPPNK dan para pemuda telah menyerahkan satu memorandum bantahan kepada wakil Utusan Malaysia Cawangan Kelantan di Jalan Che Su, Kota Bharu.

Memorandum bantahan itu dibuat ekoran penyiaran kartun oleh akhbar milik UMNO Utusan Malaysia pada 15 Jun 2011 yang bertajuk 'Kekeliruan kes rogol'  itu, dianggap banyak pihak sebagai menghina dan mempersenda Islam dan hukum-hakamnya.

Antara isi kandungan memorandum tersebut, DPPNK menuntut Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di atas penyiaran karikatur tersebut dalam tempoh 14 hari. Jika Utusan Malaysia gagal berbuat demikian, DPPNK akan melancarkan boikot secara besar-besaran lagi. 

Wednesday, June 15, 2011

Daurah at-Ta’lim Bersama Habib Zein Bin Sumaith

Alhamdulillah sejuta syukur kerana walaupun dalam kesibukan tanggungjawab, saya masih diberikan Allah kesempatan untuk menghadiri Daurah a-Tailim bersama al-Alim al-Allamah al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith, Pengetua Rubath Abd. Rahman al-Jufri Madinah al-Munawwarah.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan & Majlis Muwasolat Negeri Kelantan berlangsung dari 13 hingga 15 Jun 2011 bertempat di Dewan Besar, Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan. Habib Zein mensyarahkan kitab Kitab Bahjatu al-Tholibin fi Muhimmah Usuluddin karangan beliau sendiri.

Program ini merupakan peluang keemasan bagi para pencinta ilmu untuk belajar secara talaqqi daripada ulama hebat Madinah al-Munawwarah ini. Sepengetahuan saya, ini adalah kali pertama ulama Madinah ini datang ke Kelantan secara rasmi.

Syukur juga saya panjatkan kepada Allah swt kerana telah diijazahkan dua kitab karangan beliau sendiri iaitu kitab Bahjatu al-Tholibin fi Muhimmah Usuluddin dan Hidayatu at-Thalibin fi Bayani Muhimmah ad-Din.

Semoga banyak lagi program-program ini dianjurkan di masa akan datang. Dan sedikit latar belakang al-Alim al-Allamah Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith sebagaimana berikut:-

Habib Zain lahir di ibukota Jakarta pada  tahun 1357 H/1936 M. Ayahnya Habib Ibrahim adalah ulama besar di bumi Betawi kala itu, selain keluarga, lingkungan tempat di mana mereka tinggal pun boleh dikatakan sangat religius.

Guru-gurunya ialah Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz, Habib Umar bin Alwi al-Kaf, Al-Allamah Al-Sheikh Mahfuz bin Salim, Sheikh Salim Said Bukayyir Bagistan, Habib Salim bin Alwi Al-Khird, Habib Ja’far bin Ahmad Al-Aydrus, Habib Muhammad Al-Haddar (mertuanya).

Pada usia empat belas tahun (1950), ayahnya memberangkatkan Habib Zain ke Hadramaut, tepatnya kota Tarim. Di bumi awliya’ itu Habib  Zain tinggal di rumah ayahnya yang telah lama ditinggalkan.

Menyadari mahalnya waktu untuk disia-siakan, Habib Zain berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya mengkhususkan belajar di ribath Tarim. Di pesantren ini nampaknya Habib Zain merasa cocok dengan keinginannya. Di sana ia memperdalam ilmu agama, antara lain mengaji kitab ringkasan (mukhtashar) dalam bidang fikih kepada Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz, di bawah asuhan Habib Muhammad pula, Habib Zain berhasil menghapalkan kitab fikih buah karya Imam Ibn Ruslan, “Zubad”, dan “Al-Irsyad” karya Asy-Syarraf Ibn Al-Muqri.

Tak cukup di situ, Habib Zain belajar kitab “Al-Minhaj” yang disusun oleh Habib Muhammad sendiri, menghapal bait-bait (nazham) “Hadiyyah As-Shadiq” karya Habib Abdullah bin Husain bin Thahir dan lainnya.

Dalam penyampaiannya di Tarim beliau sempat berguru kepada sejumlah ulama besar seperti Habib Umar bin Alwi Al-Kaf, Syekh Salim Sa’id Bukhayyir Bagitsan, Habib Salim bin Alwi Al-Khird, Syekh Fadhl bin Muhammad Bafadhl, Habib Abdurrahman bin Hamid As-Sirri, Habib Ja’far bin Ahmad Al-Aydrus, Habib Ibrahim bin Umar bin Agil dan Habib Abubakar bin Abdullah  Al-Atthas.

Selain menimba ilmu  di sana Habib Zain banyak mendatangi majlis para ulama demi mendapat ijazah, semisal Habib Muhammad bin Hadi Assaqof, Habib Ahmad bin Musa Al-Habsyi, Habib Alwi bin Abbas Al-Maliki, Habib Umar bin Ahmad bin Smith, Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad, Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assaqof dan Habib Muhammad bin Ahmad Assyatiri. Melihat begitu banyaknya ulama yang didatangi, dapat disimpulkan, betapa besar semangat Habib Zain dalam rangka merengkuh ilmu pengetahuan agama, apalagi melihat lama waktu beliau tinggal di sana, yaitu kurang lebih delapan tahun.

Kemudian salah seorang gurunya bernama Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz menyarankannya pindah ke kota Baidhah, salah satu wilayah pelosok bagian negeri Yaman, untuk mengajar di ribath sekaligus berdakwah. Ini dilakukan menyusul permohonan mufti Baidhah, Habib Muhammad bin Abdullah Al-Haddar.

Dalam perjalanan ke sana, Habib Zain singgah dulu di kediaman seorang teman dekatnya di wilayah Aden, Habib Salim bin Abdullah Assyatiri, yang saat itu menjadi khatib dan imam di daerah Khaur Maksar, disana Habib Zain tinggal beberapa saat.

Selanjutnya Habib Zain melanjutkan perjalanannya di Baidhah, Habib Zain pun mendapat sambutan hangat dari sang tuan rumah Habib Muhammad Al-Haddar, di sanalah untuk pertama kali ia mengamalkan ilmunya lewat mengajar.

Habib Zain menetap lebih dari 20 tahun di Rubath Baidha’ menjadi khadam ilmu kepada para penuntutnya, beliau juga menjadi mufti dalam Mazhab Syafi’e. Setelah itu beliau berpindah ke negeri Hijaz selama 12 tahun, Habib Zain telah bersama-sama dengan Habib Salim Assyatiri menguruskan Rubath di Madinah,Setelah itu Habib Salim telah berpindah ke Tarim Hadhramaut untuk menguruskan Rubath Tarim.

Habib Zain di Madinah diterima dengan ramah, muridnya banyak dan terus bertambah, dalam kesibukan mengajar dan usianya yang juga semakin meningkat, keinginan untuk terus menuntut ilmu tidak pernah pudar.

Beliau mendalami ilmu Usul daripada Sheikh Zay dan Al-Syanqiti Al-Maliki. Habib Zain terus menyibukkan diri menuntut dengan Al-Allamah Ahmad bin Muhammad Hamid Al-Hasani dalam ilmu bahasa dan Ushuluddin.

Habib Zain seorang yang tinggi kurus. Lidahnya basah, tidak henti berzikrullah. Beliau sentiasa menghidupkan malamnya. Di waktu pagi Habib Zain keluar bersolat Subuh di Masjid Nabawi. Beliau beriktikaf di Masjid Nabawi sehingga matahari terbit, setelah itu beliau menuju ke Rubath untuk mengajar. Majlis Rauhah setelah asar sehingga maghrib.

Tuesday, February 22, 2011

Himpunan 30K Pemuda & Bob Lokman


Pada hari Sabtu 19/02/2011 yang lalu, saya bersama rombongan Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) telah bertolak ke Kompleks Pas Kedah, di Kota Sarang Semut Daerah Kota Setar untuk menyertai Himpunan 30K Pemuda anjuran Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP).

Saya sampai di kompleks tersebut lebih kurang pukul 1:30 pagi setelah tersesat beberapa kali kerana saya tidak pernah ke sana. Ketika itu, saya adalah peserta pertama yang sampai dan kompleks tersebut masih lagi lengang. Cuma para petugas sahaja yang sibut membuat persiapan untuk esok.

Saya dan rakan-rakan bermalam di Hotel Muslim (masjid daa) pada malam itu dan kami juga orang yang pertama menginap di situ. Setelah hampir subuh, barulah rombongan-rombongan lain dari seluruh Negara mula sampai untuk menginap di situ.

Himpunan tersebut diadakan menjelang pukul 9:00 didataran kompleks tersebut yang luas saujana. Matahari panas terik dikepala tetap tidak menggugat kesetiaan para pemuda mendengar pidato dan amanat yang disampaikan oleh para pimpinan. Himpunan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak.

Satu gimik yang cukup mengujakan para pemuda ialah penyerahan borang keahlian Pas oleh penulis lirik dan pelakon terkenal Bob Lokman kepada MB Kedah sendiri yang disambut dengan gegaran takbir ‘Allahu Akbar’ oleh puluhan ribu pemuda yang hadir.

Walaupun banyak komentar para pendokong, ahli dan orang yang bersimpati dengan UMNO mengenai tindakan Bob Lokman tersebut, namun ianya telah dijawab oleh Bob Lokman sendiri melalu laman Facebook dan blognya.

Bob Lokman seperti menemui jalan pulang namun masih ada mahkluk yang tidak menyukai langkah Bob Lokman itu sehingga sanggup menaburkan pelbagai onak dilaluan perjalanannya. Doa saya, moga Bob Lokman menjadi sumber inspirasi kepada yang lain serta moga Allah menetapkan hati Bob Lokman dan para pemuda semua diatas jalan kebenaran. Allahu Akbar!!!

Wednesday, February 2, 2011

Majlis Angkat Sumpah

Pada 01/02/2011, satu majlis angkat sumpah Ahli Majlsi Daerah Tumpat bagi sesi 2011 telah diadakan bertempat di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh Tumpat. Majlis tersebut dilakukan dihadapan Tuan Haji Serpudin Bin Mohamad, Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat.

Saya masih diberikan amanah untuk menjadi salah seorang ahli majlis dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, Penguatkuasaan dan Lalulintas sebagaimana tahun lepas.

Semoga mendapat bantuan dan petunjukan dari Allah swt dalam menjalankan tugas yang diamanahkan ini.  

Perjalanan Yang Masih Jauh

Setiap orang mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan amanah yang mesti dilaksanakan. Apatah lagi setelah kita meletakkan diri bersama dengan sunnah perjuangan yang penuh dengan pancaroba, ujian dan cubaan yang mesti dihadapi. Tanpa sebuah kekuatan kurniaan Tuhan, pastinya telah ramai mereka yang tewas dipertengahan jalan perjuangan.

Bermula 27/01/2011 saya menyertai rombongan Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) ke Shah Alam untuk menghadiri program ‘brainstorming’ anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) selama 2 hari sehingga hari Sabtu. Banyak sesi diskusi dan dialog diadakan bersama pimpinan seperti YB Abdul Fatah Mahmood, exco kerajaan Negeri Kelantan merangkap ADUN Bukit Panau, ADUN Ulu Klang YB Shaari Sungib dan YB. Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.

Semua perserta dibahagikan kepada empat kumpulan yang diamanahkan untuk membincangkan tajuk-tajuk tertentu dan present kepada semua. Manakala saya telah diamanahkan oleh ahli kumpulan sebagai presenter walaupun suara saya serak dan parau akibat batuk yang agak lama. Namun, dek kerana semangat dan sokongan rakan-rakan saya gagahkan juga memberikan ulasan, cadangan dan resolusi terhadap tajuk yang diberikan kepada kumpulan kami.

Sebagai hadiah daripada DPPNK, setiap peserta diberikan tiket percuma untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih antara Kelantan melawan Selangor di Stadium Shah Alam. Itulah kali pertama saya masuk stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Saya kesana bersama Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan, YB Ustaz Haji Abdul Latif Abdul Rahman, Naib Ketua Pemuda Hisham Fauzi dan Setiausaha DPPNK Ustaz Hafiz Musa. Alhamdulillah, Kelantan memenangi perlawanan tersebut 2-0.

Sejurus tamat perlawanan bola sepak tersebut, saya bersama rombongan bertolak ke Dun Tenang bagi membantu proses PRK Dun Tenang. Saya sebagai salah seorang ahli Legal Team telah diberikan tugas menyelia proses pembuangan undi di Peti Undi Ayer Panas. Kami sampai di Bandar Segamat lebih kurang pukul 2:30 pagi. Hujan turun tanpa henti.

Seawal 8:30 pagi kami mula bertolak masuk ke kawasan masing-masing untuk bertugas di kendalikan oleh Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) Johor, Firdaus Masud.

Semasa bertugas di tempat pembuangan undi Peti Undi Pekan Ayer Panas, hanya satu kes sahaja memerlukan campur tangan saya selaku peguam. Iaitu kes perayu undi UMNO yang mengambil peluang merayu undi di dalam kawasan sekolah tempat pembuangan undi.

Kemudian saya mendapat panggilan telefon dari Hisham Fauzi selaku pengerusi Luham Kelantan mengarahkan saya bersiap sedia untuk keluar dari Pekan Ayer Panas tersebut kerana air semakin naik, manakala tempat beliau bertugas di Kg. Redong telah ditenggelami air banjir. Dengan menaiki 4 x 4 milik Jabatan Amal, kami cuba untuk keluar dari kawasan tersebut namun sudah terlewat kerana air begitu cepat naik menyebabkan semua kenderaan termasuk trak tentera juga tidak dapat melaluinya.

Maka kami terpaksa berpatah balik ke Pekan Ayer Panas sementara air surut. Boleh dikatakan semua bekalan makanan sudah habis manakala bekalan elektrik pula terputus menyebabkan Pekan Ayer Panas terperangkap dalam kegelapan. Kebanyakan jentera pembantu dari luar berkampung di Masjid Pekan Ayer Panas sementara menanti air surut. Hujan turun tanpa henti-henti.

Pukul 2:30 pagi Hisham dapat panggilan telefon memberitahu bahawa air agak surut sedikit dan berkemungkinan kenderaan boleh melaluinya. Kami bergegas keluar sehingga saya tertinggal kasut dan baju dalam 4 x 4 milik Jabatan Amal tadi. Kami berkonvoi bersama 3 buah kenderaan yang dinaiki YB Ustaz Haji Abdul Latif (Ketua Pemuda Pas Kelantan), YB Mohd Zaki Hj Ibrahim (Timb. Speaker Kerajaan Kelantan) dan YB Wan Hassan Wan Ibrahim (Adun Semerak) terus bergerak keluar dengan segerak melalui Yong Peng kerana berdasarkan maklumat yang diterima Bandar Segamat telah menjadi pulau.   

Ternyata Allah SWT maha berkuasa, lebih kurang 2 jam kemudian setelah kami selamat memasuki lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur kami diberitahu bahawa air telah naik semula dan jalan raya terputus hubungan kembali.

Kami terus ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Demonstrasi Reveolusi Mesir di hadapan kedutaan Mesir pada hari Ahad tersebut. Seusai urusan di Kuala Lumpur, kami terus bertolak balik ke Kelantan kerana berdasarkan maklumat di internet terdapat jalan di sekitar Bentong yang telah ditutup kepada lalu lintas kerana dinaiki air.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana lebih kurang pukul 12:30 malam Selasa saya selamat sampai di rumah.   

Saturday, January 22, 2011

Syeikh Qurra' Dari Syiria


Alhamdulillah, dalam kesibukan dunia ini saya masih diberikan ALLAH swt kesempatan untuk menemui dan menghadiri majlis talaqqi al-Quran bersama Syeikh Qurra’ (Ketua Ulama al-Quran) dari Syiria iaitu Fadhilat as-Syeikh Muhammad Kuraim Rajih yang telah dating ke Kota Bharu Kelantan pada 20/01/2011. Majlis tersebut telah diadakan di Masjid al-Muhammadi dan Masjid Telipot, Kota Bharu Kelantan.  Semoga saya akan terus diberikan ALLAH peluang-peluang untuk bertemu dan mempelajari ilmu-ilmu dari para ulama yang hebat.

Berikut adalah serba sedikit latar belakang Syeikh Qurra’ tersebut:-

Beliau dilahirkan pada tahun 1344 h = 1926 m di Hayyul Maidan, Damsyik, Syiria . Mula mempelajari dan menghafaz al-Quran semenjak kecilnya dengan Ibunya sendiri yang seorang alimah. Kemudian berpindah berguru kepada masyaikh , antaranya: Syeikh Yaasin az-Zarzuur, Syeikh Hasan Habannakah (Ulama terkemuka ketika itu), Syeikh Husain Khitab, Syeikh Sulaim al-Hilwaniy (Syeikh Qurra ketika itu).

Beliau mendalami pengajian Qiraat Sepuluh Kecil (Toriq Syathibiyyah dan ad-Durrah) dengan: Syeikh Sulaim al-Hilwaniy kemudian dengan Syeikh Ahmad Sulaim al-Hilwaniy (setelah wafat ayahnya). Kemudian dengan Syeikh Mahmud Faiz Ad-Dir ‘Atthoniy dan ramai lagi.

Beliau meneruskan pengajian Qiraat sepuluh Besar (Toriq Toyyibah) dengan Syeikh Abdul Qadir Quwaydir . Beliau telah diisytiharkan sebagai Syeikhul Qurra’ pada tahun 1408 h oleh Syeikh Abdul Razzak al-Halabi (Ulama Besar ketika itu) di Masjid Bani Umaiyyah (Masjid Utama di Damsyik), setelah dipersetujui oleh para Ulama dan para Qurra ketika itu termasuk Syeikh Abul Hasan al-Kurdiy dan lainnya. Kekallah beliau sebagai Syeikh Qurra hingga kini .

Beliau menjadi Pakar Rujuk di dalam bidang Qiraat di negara Syiria dan seluruh dunia amnya . Sehingga dengan bantuan beliau terhasilnya kitab: Qiraat Sepuluh yang Mutawatir (dijadikan rujukan utama pengajian Qiraat al-Quran) dan al-Muyassar Qiraat Empat Belas. Karangan beliau : Ringgkasan Tafsir Ibnu Kathir , Ringkasan Tafsir al-Qurthubi, Audhohul Bayan Fis Syarhi Wat Tafsir al-Quran dan lain-lain.

Antara murid beliau yang terkenal adalah : Syeikh Muhammad Fahad Kharuf (juga menantu beliau), Taufiq Haddad, Yusof Farih , Muhammad as-Syafii’. Beliau giat menyebarkan dakwah : Mengajar di Maahad al-Fath al-Islami di Damsyik (bahagian Takhassus). Memberi fatwa di masjid-masjid sekitar Damsyik , seperti Masjid al-Hasan dan Masjid al-Mansur .

Semoga Allah panjangkan umur beliau dan dikurniakan keberkatan dan rahmat Ilahi di dalan usaha dan khitmad beliau untuk Islam dan umatnya, khususnya untuk al-Quran . Diharapkan ziarah beliau buat kali pertama ini akan menghasilkan faedah yang banyak dan berjaya dimanfaatkan oleh umat Islam di negara ini.

Sunday, January 9, 2011

Banjir

Bersama salah satu pick-up yang dipenuhi barang bantuan
Kebiasaan negeri di Pantai Timur akan mengalami musim tengkujuh bermula bulan November sehinggalah awal bulan Februari. Kawasan yang agak rendah kebiasaannya akan ditenggelami air akibat limpahan air sungai serta hujan lebat yang berterusan. Malah ada juga kawasan lain turut mengalami banjir kilat disebabkan takungan air hujan yang tidak dapat ditampung oleh sistem perparitan yang sedia ada. Maka kejadian ini adalah perkara biasa yang tidak boleh dipersalahkan kepada sesiapa.

Menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir
Namun begitu, ada sekelompok manusia yang tidak dapat melihat dengan jernih perkara ini lalu terus menuduh YB kawasan tersebut tidak buat kerja menyebabkan banjir berlaku. Mereka nampaknya seolah-olah menidakkan kuasa ALLAH swt yang menurunkan hujan serta mengalirkan air sungai. 

Mereka seperti lupa bahawa mana-mana YB sekalipun tidak mampu untuk menyekat turunnya hujan dari langit ataupun limpahan air sungai. Lupakah mereka terhadap firman ALLAH swt:-
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat Yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) Yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka Dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka Dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat Yang lain? (Surah al-An’am: 6)

Meraduk banjir untuk menyampaikan bantuan
Maka sebagai seorang Muslim, kita wajib memerhatikan setiap tutur kata kita agar tidak menyalahi iman yang kita yakini kerana ia boleh menjerumuskan kita ke lembah kekufuran. Dalam perkara ini seharusnya kita mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan ianya terus berlaku tanpa menidakkan kekuasaan ALLAH serta janganlah sampai kita mempertikaikan dan mempersalahkan ALLAH swt yang menyebabkan banjir ini berlaku.

Walaupun rumah saya turut dinaiki air, namun atas dasar tanggungjawab dan amanah, Jentera Bilik Gerakan Banjir Pemuda Pas Kelaboran dan YB Mohd Zaki Hj Ibrahim (Adun Kelaboran) turun untuk menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada mangsa banjir di Kg. Ana, To’ Oh dan Cherang Melintang yang terletak dalam Dun Kelaboran.

Tahniah saya ucapkan kepada YB serta pengarah  Jentera Bilik Gerakan Banjir Pemuda Pas Kelaboran serta semua ajk yang terlibat dalam menunaikan tanggungjawab serta amanah yang diberikan kepada kita semua.

Saturday, November 13, 2010

Hujung minggu bersama ulama


Hujung minggu ini saya rasakan terlalu bertuah kerana Allah SWT telah mentaqdirkan seorang ulama nusantara yang hebat, al-Alim al-Allamah as-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki telah datang ke Kelantan, Negeri Serambi Mekah ini.

Sempena kedatangan ulama besar itu, beberapa majlis ilmu telah dijadualkan bagi memenuhi kesempatan yang terbuka ini bermula dengan kuliyah subuh di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, kuliyah Maghrib di Masjid al-Karomah Baung dan kuliyah Maghrib di Masjid Langgar. Paling utama sekali ialah talaqqi kitab hadis لا تحقن من المعروف شيئا  yang dikarang oleh beliau sendiri menghimpunkan sejumlah hadis terpilih.  Talaqqi kitab hadis tersebut telah diadakan di Pondok Pasir Tumboh selama dua hari.

Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk mengikuti program tersebut dengan jaya. Memang berbaloi kerana kupasan mengenai hadis dan isu-isu berkaitan begitu jelas sekali disertakan contoh serta cerita-cerita yang menarik. Sambutan para pencinta ilmu begitu hebat sekali dengan memenuhi ruangan masjid.

Semoga Allah swt memberikan peluang diwaktu yang lain pula untuk menimba khazanah ilmu yang sangat luas dari ulama besar nusantara itu InsyaAllah..  



Sunday, October 10, 2010

Program dihujung minggu

Pada hari Jumaat (08/10/2010) saya menyertai Kejohanan Tenpin Bowling NGO Belia Kelantan bertempat di Perdana Superbowl. Itulah kali pertama saya memegang bola bowling dalam hayat hidup saya. Namun sebagai mewakili pemuda, saya jalankan amanah itu seupaya mungkin. Hasilnya saya hanya Berjaya mendapat sekadar hadiah saguhati sahaja.

Adik-adik yang lihat gambar saya bermain bowling mula bising mengajak untuk bermain bowling. Saya fakir ia ada satu cadangan yang amat elok bagi merapatkan lagi ikatan antara ahli keluarga. Saya akan adakan perbincangan lanjut dengan adik-adik nanti. Kejohanan yang tamat pada 12:00 tengah malam itu amat memenatkan saya kerana pagi esoknya masih ada program yang menanti.

Manakala pada hari Sabtu (09/10/2010) pula, Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) mengadakan Majlis Hari Raya di Pantai Sri Tujuh. Majlis tersebut yang menghimpunkan kesemua ajk pemuda kawasan dan dun beserta dengan keluarga masing-masing. Turut hadir ke majlis tersebut ialah YB Dato’ Haji Kamarudin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat), YB Hj. Che Abdullah Mat Nawi (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) dan YB Mohd Zaki Hj Ibrahim (Timbalan Speaker Dun Kelantan).

Kemudian, saya dan lima orang wakil DPPKT bergegas ke Dun Galas, Gua Musang sehabisnya majlis hari raya tersebut untuk menyertai Pelancaran Jentera Pemuda Galas. Walaupun agak penat dan perjalanan ke Gua Musang itu memakan masa hampir 3 jam, namun bila ianya merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Alhamdulillah, saya sampai dari Gua Musang bersama teman-teman di rumah pada pukul 11:00 malam dengan keletihan yang sudah tidak tertanggung lagi. 

Friday, September 3, 2010

Kembara Singgah Berbuka


Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana perancangan bersama untuk menganjurkan program Kembara Singgah Berbuka telah Berjaya dilaksanakan semalam (Khamis 02/09/2010). Program anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) itu dengan kerjasama Pemuda Pas Dun Kelaboran telah dilaksanakan di Kg. Besut dan Kg. Pok Joh dalam Dun Kelaboran.

20 keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan berupa barangan dapur dan zakat terdiri dari keluarga miskin, ibu tunggal dan orang sakit. Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada penghulu mukim serta ajk Pas cawangan tersebut.

Program sebegini dapat merapatkan masyarakat dengan pemuda serta memberikan gambaran jelas mengenai kehidupan mereka yang memerlukan perhatian.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada wakil DPPKT, ajk Pemuda Kelaboran serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian itu.

Friday, August 20, 2010

Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden 2010


Pada 07 Ogos 2010 baru-baru ini, Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan telah menganjurkan satu program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden 2010 peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK).

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Ahmad Bin Yaacob, Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan. Manakala pembentang dari Pas Pusat ialah Ybhg Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Naib Presiden Pas Pusat. Penutupnya pula disempurnakan oleh YB Dato Mohd Amar Bin Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya yang telah diamanahkan sebagai pembentang mewakili Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) dengan bantuan Bendahari DPPNK, Ustaz Wan Azimin Wan Adnan telah membuat pembentangan dari perspektif pemuda.

Walaupun kemunculan saya dihadapan hadirin yang memenuhi dewan Putik itu pada mulanya sedikit menggemparkan apabila seorang pemuda berambut panjang separas bahu bangun sebagai pembentang untuk mewakili DPPNK. Namun, dalam ucapan pembuka bicara saya lontarkan secara berseloroh ‘Jika saya yang berambut panjang pun menyertai PAS, takkanlah orang yang berambut pendek tak nak. Inilah kepelbagaian yang ada dalam PAS.”

Diantara isi pembentangan saya dalam program tersebut adalah seperti berikut:

Ucapan dan tema tersebut didasarkan satu firman Allah s.w.t ayat 8 dari surah al-Maidah:
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Maka ianya dapat dirumuskan sebagaimana berikut:

1.      Syeikh Yusuf al-Qardhawi menyifatkan keadilan itu sebagai : memberikan hak kepada setiap yang berhak sama ada yang berhak tersebut individu atau sekumpulan manusia. Hak tersebut dalam bentuk apa pun sama ada bernilai atau tidak, tanpa melebihi atau mengurangi, sehingga tidak mengurangi haknya dan tidak pula menganiyai hak orang lain.
2.      Islam mengarahkan setiap Muslim agar berlaku adil terhadap jiwanya dengan menyeimbangkan antara hak dirinya, hak Tuhannya dan hak orang lain.  
3.      Setiap manusia mempunyai hak masing-masing tanpa mengira bangsa dan agama. Ianya wajib dihormati agar tidak dicalar dengan sikap tidak menghormati hak orang lain. Apatah lagi apabila ianya melibatkan hak-hak agama Islam yang kita imani.
4.      Dalam ucapan Dato Seri Presiden tersebut ada menyebut mengenai kebobrokan UMNO serta kesilapan dan kesalahan mereka menyebabkan banyak kerosakan dan malapetaka yang menimpa Negara sama ada dari segi pembangunan insane, ekonomi, keharmonian masyarakat dan sebagainya. Jika ingin bicarakan satu persatu mengenainya, maka memadailah hanya saya seorang sahaja yang diberikan peluang bercakap hari ini, manakala perwakilan lain hanya sekadar mendengar, terangguk-angguk, tersengguk-sengguk dan terus lena.
5.      Tapi saya kira para perwakilan hari ini sepakat dengan saya bahawa UMNO itu sebuah parti yang tidak dilandaskan ajaran Islam, tuturnya hanya manis sekadar dibibir sahaja namun hakikatnya hati mereka busuk umpama najis-najis yang berada dalam usus mereka.
6.      Namun begitu, ingatlah bahawa kita ini adalah Ummatul Dakwah dan bukannya Ummatul Qada’. Nah, antara metode dakwah yang paling berkesan sebagaimana yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w adalah dakwah bil hal.
7.      Oleh yang demikian, sebagai pendokong perjuangan Islam seharus dan sepatutnya kita mengamalkan serta menunjukkan aklak Islamiyah dalam diri kita sendiri agar mad’u kita akan tertarik dengan keindahan Islam yang terpancar dari akhlak dan budi kita.
8.      Janganlah disebabkan kita, sasaran dakwah kita semakin jauh malah ada juga antara rakan-rakan seperjuangan kita turut menjauhkan diri dari kita akibat akhlak dan sikap kita yang tidak melambangkan diri sebagai pejuang Islam.
9.      Jika kita selusuri sejarah, maka akan kita temui bahawa bukan sedikit manusia yang memeluk Islam oleh kerana tertarik dengan akhlak Islamiyah yang ditunjukkan oleh orang Islam dan tidak kurang juga sebaliknya.
10. Ditekankan bahawa setiap dewan, pimpinan, dan ahli parti dipelbagai peringkat mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memperkasakan perjuangan menegakkan keadilan.
11. Setiap cabang dewan mempunyai tanggungjawab yang tersendiri perlu ditunaikan walaupun ia mungkin Nampak kecil dari satu sudut namun ia cukup besar dari sudut yang lain. Seumpama tahi mata, jika dilihat sepintas lalu ianya tidak mempunyai sebarang nilai malah Nampak tidak senonoh sekiranya dibiarkan sahaja tertampal disudut mata. Namun, jika dikaji peranan besar tahi mata itu adalah mengeluarkan segala kotoran yang telah terperangkap di dalam mata. Dikala itu pasti akan terbersit rasa kesyukuran di hati kita.
12. Maka kita perlu bergerak selari dalam satu langkah demi menegakkan perjuangan yang kita dokong ini. Janganlah ada sembah tari yang tidak selari dengan langkah kaki dan sumbang dari tingkah gendangnya, nescaya natijahnya aka nada yang jatuh tersungkur jatuh di tengah gelanggang sendiri.   
13. Tarbiyah perlulah dijadikan agenda penting dalam memantapkan aqidah perjuangan. Kita tidak mahu perjuangan yang kita sertai ini hanyalah atas dasar semangat semata-mata kerana ia akan menyebabkan kita jauh tersasar dari hakikat sebenar sebuah perjuangan.
14. Bertemakan Islam Adil Untuk Semua, biarlah ia betul-betul adil untuk rakyat, masyarakat, penyokong, pendokong, pejuang serta diri kita sendiri.
15. Selesaikanlah sebarang pertelingkahan antara kita dengan sikap tasamuh yang tinggi serta dengan penuh semangat persaudaraan kerana agenda Islam yang kita bawa adalah lebih besar dan utama dari agenda parti dan kepentingan peribadi kita sendiri.
16. Biarlah masyarakat melihat kita sebagai sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam tentunya lebih baik daripada UMNO yang kita katakan sekular itu dan jangan biarkan masyarakat menilai dan merasakan bahawa kita dan UMNO tiada bezanya.