Dalam kesempatan
ziarah syeikh tersebut, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan
ijazah dan sanad memakai serban dari syeikh. Jika diikutkan hati, masih banyak
ijazah sanad yang ingin saya dapatkan dari syeikh tetapi jadual ziarah syeikh
ke Kelantan agak padat kerana syeikh berziarah kepada murid-murid al-'allamah
al-Mutafannin Musnid al-'Asr 'Alam al-Din as-Syeikh Abu al-Faidh Muhammad Yasin
bin Muhammad Isa al-Fadani al-Indunisi al-Makki al-Syafii yang ada di Kelantan.
Saya doakan
semoga as-Syeikh Muhammad Husni Ginting akan berkunjung lagi ke Kelantan.




