Hari ini, panel Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan YAA Dato' Aria Diraja Dato' Daud Muhammad bersama Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya YAA Tan Sri Arifin Bin Zakaria dan YAA Dato’ Dr Johari Mat telah dengan sebulat suara untuk membenarkan rayuan yang dibuat oleh Che Hartini Che Omar dan membatalkan perintah yang dibuat oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu Abu Bakar Abdullah Kutty.
Pada 06/03/2011, YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu Abu Bakar Abdullah Kutty telah membuat perintah penggantungan terhadap Che Hartini Che Omar daripada menghadiri perbicaraan dan sebagai peguam syarie mana-mana Mahkamah Syariah di Negeri Kelantan selama sehingga 14/06/2011 berdasarkan seksyen 19 (2) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Kelantan No 2 Tahun 1982.
Dalam penghujahan lisan yang diutarakan oleh En. Norazham Bin Haji Yahaya yang bertindak sebagai ketua tujuh orang peguam mewakili Che Hartini Che Omar menyatakan bahawa ada dua isu penting yang patut dipertimbangkan oleh panel rayuan dalam kes ini iaitu:-
1. YA Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf apabila membuat perintah penggantungan Che Hartini Che Omar berdasarkan 19 (2) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Kelantan No 2 Tahun 1982 kerana sub seksyen tersebut telah dimansuhkan melalui pindaan yang dibuat pada tahun 1986. Oleh yang demikian perintah tersebut adalah bersalahan dengan peruntukan undang-undang yang terpinda dan diguna pakai masa sekarang.
2. Sekiranya YA Hakim Mahkamah Tinggi ingin mengambil tindakan ‘menghina Mahkamah’ terhadap Che Hartini Che Omar, Seksyen 229 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 sepatutnya diguna pakai oleh Mahkamah. Itu pun Mahkamah perlu memberi notis, membacakan pertuduhan serta memberikan peluang kepada Che Hartini Che Omar untuk menjawab serta membelas diri. Namun begitu, tiada satupun prosedur tersebut dipatuhi oleh Mahkamah ketika itu.
Maka setelah mendengar hujah-hujah panel peguam, Panel Rayuan telah dengan sebulat suara membenarkan rayuan serta membatalkan perintah YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu yang dibuat pada 06/03/2011.
Ucapan syukur dan puji meniti dibibir semua panel peguam yang terlibat terutamanya Che Hartini Che Omar sendiri kerana perintah tersebut memberi kesan yang mendalam bagi karier dan kehidupan beliau.
30 comments:
perghhh mantop ar abe sid! thumbs up!
Lepas ni buat permohonan gantung hakim wat gantung hartini baru ni.aparaaaa mcm mahkamah koboi dibuatnya
kih bergapo la kena gantung tuh?
Serul: mung gak gitu slalu!!
Pah tu nk gano?
wahhhh... loyar sohor belaka tuh
tahniah barisan peguam yg terlibat
hok kaney skali tu loyar baru ke loyar buruk?
hok kaney skali tu loyar baru ke loyar buruk?
Shidi: mung kecek molek sikit, silap2 sampai surat saman kat rumah hang pulak!
mahkamah tnggi syariah kelate kena pakai robe yer,kami di kedah pakai blazer dn tie sahaja..
yup..aik..tak sama ke?
kedah,kami pakai mcm mahkamah rendah saja...so tak pyh pikir nak kena bawa robe
masa ikat tu. ikat kaki ko ikat tengkuk?
ikat kaki jah
shed, ada lagi yg solo? hakim nak tambah cwgn
ada2
che hartini tu sapo.
wah, barisan peguam hebat,,c hatini yg pkai spec tu
3 yg belakang pakai spec tu bukan che hartini...
haha..xcaro mane ko 3 org blake tu.
cr sorang lg shed...pie pun nak join sekaki.
err abe sid, ambik borang peguam syarie so deh!
aku bangga saing aku rosik a.k.a pokdak berjaya dalam bidang diceburi. moga kaya raya diberi rezeki bergunung2
Amin..moga2 berkat doa mung tu loh!
Yo: dengar kata hakim tu nok pakai pajero....huhuhu. mung kena bbaik ngan dia. hihihi
Sid: keputusan ni skali ngan keputusan hok isteri kedua sultan ko? huhuhu
pokdak? nok panggil etek bulih sid? huhuhu
hahahah boleh nama baru....kalu dam ko farid gak kira rasmi dah tu..
ramainya lawyer..supo kes anwar nih
Post a Comment