Ketika saya sedang online, tiba-tiba saya menerima personal mesej dari Habib Nurfadhil al-Alawi al-Husaini dari Indonesia yang memaklumkan bahawa satu blog palsu telah dibuat untuk memfitnah keluarga keturunan Syed Hussin Jamadil Akbar al-Husaini serta untuk melaga-lagakan dengan para keturunan Habaib yang lain di http://nasabpalsu.blogspot.com
Saya terus melawati blog tersebut dan mendapati ia adalah memang satu blog palsu yang mana pembuatnya cuba memfitnah keturunan Azmatkhan dan Jamadilkubra. Paling tidak disangka adalah nama saya turut diseret dalam pembohongan tersebut dengan menggambarkan saya sebagai seorang pakar nasab dari Malaysia .
Fitnah yang paling dahsyatnya ialah menggambarkan kami telah menuduh para pakar nasab lain khususnya dari Bani Alawiyyin sebagai pemalsu nasab.
Kami tidak tahu siapakah sebenarnya yang telah mewujudkan blog tersebut yang bisa menyebabkan perselisihan faham serta ketidaksenangan dikalangan para Habaib. Namun yang pasti, pemilik blog tersebut dengan berniat jahat ingin memfitnah serta melagakan para Habaib dengan keturunan Syed Hussin Jamadil Akbar al-Husaini.
OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MENAFIKAN KETERLIBATAN SAYA DENGAN BLOG TERSEBUT SERTA MENAFIKAN SEBARANG KAITAN DENGAN MANA-MANA POSTING ATAU TULISAN DALAM BLOG TERSEBUT YANG MERUPAKAN SATU FITNAH.
KAMI BERDOA KEPADA ALLAH SWT AGAR MENUNJUKKAN SIAPAKAH PENDUSTA JAHAT TERSEBUT YANG MENGGUNAKAN NAMA KAMI UNTUK MEMBUAT FITNAH-FITNAH TERSEBUT.
8 comments:
zaman skrang zaman fitnah kan abe...
SUBHANALLAH,smg ALLAH mmbri hidayat kpdny,aminnnn
masyaAllah.. moga Allah mmber hdayah pdanyava akan kbnran.. ssngguhnya fitnahnya itu menikam hati kami!!!
betul3 ssungghny org yg buat blog itu mmg kejm,hei!!!!!!!!!grm tul aku
ya Allah.. jika ini yg KAU ptaruhkan demi mhrup ksucian wangian kasturi syurgaMU.. maka kami terimanya dgn redha.. jagn pesongkan hati kami.. jgn lalaikkan hati kami walau sesaat pun ndri mngigatiMU.. KAU berikanlah ktabhan buat hambaMU ini dlm mnruskan pjuangan kekasihMU ya RABB.. ssungguhnya.. kerdhaanMU mmberikan kekuatan buat hambaMU ini.. amin2 ya rabb..
siapa yg celaka melaga-lagakan keturunan kita ni,,meme celaka la..
ya ALLAH.. kami ahli usrah jamadilkubra bertawassul dgn sanad kami yg mulia, dari silsilah kami yg berkat melalui RASULALLAH, skalian istri bginda, anakanda baginda, sahabt bginda, dan ummat islam sekalin... bntulah kami thadap fitnah ini.
Nampaknya blog fitnah tersebut telah menyekat akses kepada orang2 tertentu sahaja. Itu adalah bukti betapa pemilik blog tersebut adalah seorang pendusta dan mempunyai niat jahat terhadap kami..
Post a Comment