Pada hari Jumaat (08/10/2010) saya menyertai Kejohanan Tenpin Bowling NGO Belia Kelantan bertempat di Perdana Superbowl. Itulah kali pertama saya memegang bola bowling dalam hayat hidup saya. Namun sebagai mewakili pemuda, saya jalankan amanah itu seupaya mungkin. Hasilnya saya hanya Berjaya mendapat sekadar hadiah saguhati sahaja.
Adik-adik yang lihat gambar saya bermain bowling mula bising mengajak untuk bermain bowling. Saya fakir ia ada satu cadangan yang amat elok bagi merapatkan lagi ikatan antara ahli keluarga. Saya akan adakan perbincangan lanjut dengan adik-adik nanti. Kejohanan yang tamat pada 12:00 tengah malam itu amat memenatkan saya kerana pagi esoknya masih ada program yang menanti.
Manakala pada hari Sabtu (09/10/2010) pula, Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) mengadakan Majlis Hari Raya di Pantai Sri Tujuh. Majlis tersebut yang menghimpunkan kesemua ajk pemuda kawasan dan dun beserta dengan keluarga masing-masing. Turut hadir ke majlis tersebut ialah YB Dato’ Haji Kamarudin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat), YB Hj. Che Abdullah Mat Nawi (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) dan YB Mohd Zaki Hj Ibrahim (Timbalan Speaker Dun Kelantan).
Kemudian, saya dan lima orang wakil DPPKT bergegas ke Dun Galas, Gua Musang sehabisnya majlis hari raya tersebut untuk menyertai Pelancaran Jentera Pemuda Galas. Walaupun agak penat dan perjalanan ke Gua Musang itu memakan masa hampir 3 jam, namun bila ianya merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Alhamdulillah, saya sampai dari Gua Musang bersama teman-teman di rumah pada pukul 11:00 malam dengan keletihan yang sudah tidak tertanggung lagi.
6 comments:
kemah abe sid kitow... barakallahulak...
Insyaallah BAKAL tuu
setakat boling tu bkn tahap amanah dan tanggungjawab...
sERUL: Kalu dah org pilih kita utk jadi wakil mereka itu bukan amanh & tanggungjawab ke namanya? Amanah & t/jawab ni tidak semestinya setakat memerintah negeri jer.
mob kiro gak
pandai2 la pilih amanah kalu hanya melibatkan boling,takut semput je kuat tlajak prgram.
Post a Comment