hasbunallah

hasbunallah

Wednesday, March 5, 2014

Pencerahan Buat Kassim Ahmad (Bahagian II)

Ini adalah sambungan pencerahan saya terhadap teks ucapan Kassim Ahmad sempena Seminar Pemikiran Dr. Kassim Ahmad yang dianjurkan oleh Yayasan Pemikiran Perdana pada 15 dan 16 Februari 2014 di Putrajaya.

 4. Mendewakan Rasulullah saw

Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. [8] Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa ‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran. [9] Juga perkataan ‘salla/yusalli’ bermakna ‘restu’, ‘bantu’ dan ‘sokong’, bukan selawat, seperti yang dibuat sekarang.

Saya pasti bahawa ucapan yang dibuat Kassim Ahmad tersebut dengan penuh sedar tanpa paksaan serta tidak dalam keadaan mabuk. Adalah besar impaknya apabila mempertikaikan dua kalimah syahadah iaitu kalimah yang menjadi sempadan antara iman dan kufur.
Kassim Ahmad menyatakan dalam nota kakinya bahawa ayat 1 surah al-Munafiqun telah membatalkan syahadah yang kedua. Ianya bermaksud syahadah kedua itu tidak perlu dan memadai dengan syahadah yang pertama sahaja.

1.  Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa Sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.

Beginilah jadinya bila ayat al-Quran ditafsirkan sesuka hati tanpa ilmu usul tafsir dan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengannya. Kassim Ahmad sekadar membaca terjemahan al-Quran dan terus membuat kesimpulan membuta tuli sehingga tersasar jauh dari kehendak asal. Sepatutnya Kassim Ahmad merujuk kepada asbab nuzul ayat 1 surah al-Munafiqun tersebut sebelum membuat kesimpulan agar tidak sesat.

Imam Jalaluddin as-Suyuti menyebut dalam kitabnya Lubabun Nuqul fil Asbabin Nuzul  meriwayatkan sebab turun ayat tersebut bahawa Zaid bin Arqam mendengar Abdullah bin Ubay berkata kepada teman-temannya : ” Kalian semua jangan memberi nafkah kepada orang-orang yang hampir dengan Rasulullah sebelum mereka meninggalkan agama mereka. Apabila kita pulang ke Madinah kelak, pasti orang yang mulia akan mengusir orang yang hina dari kota itu.”   

Kemudian, kejadian ini diterangkan kepada bapa saudaranya dan bapa saudaranya memberitahu akan perkara ini kepada Rasulullah. Rasulullah memanggil Zaid bin Arqam untuk menerangkan kejadian itu kepadanya. Kemudian Rasulullah memanggil Abdullah bin Ubay bersama kawan-kawannya. Akan tetapi mereka bersumpah di hadapan Rasulullah bahawa mereka tidak berkata demikian. Sesungguhnya Rasulullah tidak percaya kepada Zaid bin Arqam, malahan Baginda lebihpercaya kepada Abdullah bin Ubay. Oleh kerana itu, Zaid merasa terlalu sedih kerana dia belum pernah mendapat musibah seperti itu. Maka dia berdiam diri di rumah dan tidak mahu keluar. Bapa saudaranya berkata: ”Aku tidak bermaksud untuk membuat Rasulullah membenci dan tidak mempercayaimu.”

Maka Allah menurunkan ayat 1 surah al-Munafiqun sebagai penjelasan bahawa kaum munafik berdusta dan membenarkan ucapan Zaid bin Arqam. Kemudian Rasulullah mengutuskan seorang utusan kepada Zaid bin Arqam untuk membacakan ayat-ayat itu dengan penjelasan bahawa: ”Sesungguhnya Allah telah membenarkan ucapannya.”  (Riwayat al-Bukhari)[1]

Lihatlah betapa jauh tersasar tafsiran dan kefahaman Kassim Ahmad mengenai ayat tersebut. Padahal Allah swt menceritakan kisah penipuan Abdullah bin Ubay dan kawan-kawannya di hadapan Rasulullah saw dan Allah mengetahui penipuan tersebut. Ianya sama sekali tidak boleh diqiaskan dengan syahadah kedua dan fahaman tersebut adalah salah.

Saya tidak pasti sama ada Kassim Ahmad mempercayai dan beriman dengan Rasulullah saw sehingga beliau sanggup mengatakan bahawa tidak perlukan syahadah kedua tersebut. Jika beliau beriman dengan Rasulullah, maka beliau wajib mempercayai dan mengikuti apa sahaja yang yang dibawa oleh Rasulullah. Tidakkah beliau membaca firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 31:

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah swt yang mengarahkan Rasulullah supaya berkata demikian. Maka jika sesiapa yang tidak mengikuti Rasulullah, maka dia tidak mencintai Allah swt. Sedangkan syahadatain itu thabit dengan hadis Rasulullah saw.

عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمر بن الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله وسلم يَقُوْلُ : بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامُ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ وَحَجُّ الْبَيْتِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ. )رواه الترمذي ومسلم(
Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khathab"Islam didirikan diatas lima perkara yaitu bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan". [2]

Apabila mengingkari terdapatnya syahadah kedua tersebut, maka ianya tidak memenuhi rukun Islam tersebut. Sedangkan syahadatain itu  adalah perkataan yang membezakan antara Islam dan kufur. Sekiranya tidak mengucap syahadatain, maka seseorang tersebut tidak boleh dikatakan sebagai Muslim.

Syahadah adalah satu pengakuan yang dilahirkan oleh perkataan yang terbit dari keyakinan hati, keyakinan yang dikasilkan dari ilmu pengetahuan. Dan maksud dari syahadah ialah pengakuan keimanan kepada Allah dan RasulNya. Syahadah ini adalah sendi atau rukun pertama dari yang lainnya. Sekiranya tidak ada syahadah ini sebagai tanda keimanan maka tidaklah ada Islam itu sama sekali, tidaklah ada ertinya solat dan lainnya.[3]

Adalah satu kesilapan besar apabila Kassim Ahmad mengatakan bahawa umat Islam mendewa-dewakan Rasulullah saw apabila meletakkan nama Rasulullah itu sebaris dengan nama Allah swt. Adakah Kassim Ahmad hendak mengatakan bahawa umat Islam menyembah Rasulullah saw? Begitu sekalikah pemikiran seorang yang bernama Kassim Ahmad?

Tidakkah Kassim Ahmad pernah membaca ayat 24 dari surah at-Taubah mengenai firman Allah swt:


Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Allah swt telah memberikan amaran kepada sesiapa yang mencintai sesuatu yang lain melebihi cinta dan kasihnya kepada Allah dan RasulNya, maka tunggulah azab Allah swt keatas mereka. Cukuplah ancaman dan balasan ini menjadi peringatan, dalil yang jelas dan hujjah yang kuat bagi menunjukkan thabitnya kewajipan mengasihi Rasulullah saw, membesarkan kedudukan Baginda dan tuntutan melaksanakan hak mengasihinya dengan sempurna.[4]

Itulah bukti bahawa Rasulullah saw mempunyai tempat atau martabat yang mulia dan utama berbanding makhluk lain disisi Allah swt. Para ulama telah ijma’ bahawa keutamaan Rasulullah saw diatas sekalian makhluk termasuklah malaikat[5]. Malah para Nabi a.s yang lain adalah mengikuti Rasulullah saw dalam hal keutamaan dan darjat. Maka martabat mereka itu adalah sesudah martabat Nabi kita Muhammad saw[6]. Bahkan Syeikh Ibn Taimiyah telah menyebut dalam kitabnya al-Fatawa al-Kubra satu riwayat bahawa:-
ان الله كتب إسمه أي النبي صلى الله عليه وآله وسلم على العرش وعلى ما في الجنة من الأبواب والقباب والأوراق

Sesungguhnya Allah swt telah menulis namanya (Nabi Muhammad saw) pada Arasy dan pada pintu-pintu syurga, juga pada kubah-kubahnya dan dalam perlbagai lembaran kertas yang ada di dalamnya[7].

Telah disebutkan bahawa Jibril a.s pernah berkata bahawa:
قلبت مشارق الأرض ومغاربـها فلم أر رجلا أفضل من محمد ولم أر بنـي أب أفضل من بنـي هاشم.
Aku membolak-balikkan bumi timur dan baratnya. Tetapi aku tidak menemukan seseorang yang lebih utama daripada Muhammad saw dan aku pun tidak melihat keturunan yang lebih utama daripada keturunan Bani Hasyim (H.R alBaihaqi, Abu Nuaim dan at-Thabarani dari Siti Aisyah r.a)[8]
    
Sekiranya Kassim Ahmad benar-benar beriman dengan al-Quran yang diturunkan Allah swt, tidakkah beliau pernah membaca firman Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 59:
  
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Ayat diatas merupakan arahan yang jelas daripada Allah swt supaya mentaatiNya dan mentaati Rasul yang diutuskanNya. Jika manusia berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalilah atau rujuklah kepada Allah iaitu kitabNya dan Rasul iaitu sunnahnya. Adakah Kassim Ahmad mengingkari arahan Allah swt yang terdapat dalam al-Quran tersebut ataupun beliau tidak memahami maksud ayat tersebut sebelum mengeluarkan kata-kata yang jelas bercanggah dengan arahan Allah swt. Tidakkah Kassim Ahmad tertanya-tanya kenapa Allah swt mengulangi kalimah أطيعوا   dalam ayat tersebut tanpa mempunyai maksud tertentu? Para mufassirin menyatakan bahawa pengulangan kalimah tersebut menunjukkan bahawa ketaatan kepada Allah swt dan Rasulullah itu bersifat mutlaq.   

Seterusnya Kassim Ahmad mempertikaikan kenapa apabila disebut Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam dan bukan Alaihissalam sebagaimana digabungkan apabila menyebut nama nabi yang lain. Beliau seterusnya berdalilkan ayat 43 surah al-Ahzab:

Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). dan adalah dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.

Kassim Ahmad bersungguh-sungguh mengajak manusia supaya kembali kepada al-Quran yang sebenar tetapi beliau sendiri rupanya telah tersasar jauh dari kehendak ayat al-Quran. Beliau yang tidak mempunyai asas bahasa arab bercakap dan menghuraikan ayat al-Quran yang berbahasa arab. Padahal ayat al-Quran itu bukanlah boleh diterjemah secara harfiah atau kalimah semata-mata tanpa melihat kepada keseluruhan ayat. Tidakkah beliau pernah membaca ayat 56 surah al-Ahzab:

56.  Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi[1229]. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya[1230].

Tidakkah dalam ayat diatas menjelaskan bahawa Allah swt dan para malaikat telah berselawat keatas Nabi dan Allah swt sendiri memerintahkan kita berselawat keatas nabi. Adakah Kassim Ahmad memahami apa maksud:
صلى الله عليه وسلم
Ianya bermaksud bahawa selawat dan salam Allah swt keatasnya iaitu Rasulullah. Kenapa perlu mengucapkan demikian apabila disebut nama Baginda Rasulullah? Ianya adalah kerana mengambil sempena intisari firman Allah swt dalam surah Ahzab ayat 56 tersebut. Sebuah hadis dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
البخيل الذي من ذكرت عنده فلم يصل علي (رواه الترمذى)
Sebakhil-bakhil manusia ialah apabila disebut namaku kepadanya, ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat at-Tirmizi)[9]

Hadis diatas merupakan satu peringatan kepada sesiapa sahaja yang tidak mahu atau enggan berselawat keatas Rasulullah saw apabila disebutkan nama Baginda. Bahkan banyak hadis yang menunjukkan keutamaan berselawat kepada Baginda Rasulullah saw. Antaranya ialah Rasulullah saw telah bersabda:
من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشر صلوات وحط عنه عشر خطيئات.(رواه النسائ)
Sesiapa yang berselawat atasku sekali, maka Allah akan menurunkan sepuluh rahmat kepadanya dan menghapuskan sepuluh kesalahannya.[10]

Dalam hadis lain, Rasulullah saw telah bersabda:
من صلى علي في اليوم مائة مرة قضى الله له مائة حاجة سبعين منها في الأخرة وثلاثين في الدنيا.
 Sesiapa yang berselawat ke atasku seratus kali sehari, maka Allah akan memenuhi seratus hajatnya. 70 di antaranya nanti di akhirat dan 30 di dunia.[11]

Jadi tidak ada sebab kenapa Kassim Ahmad mempertikaikan selawat keatas Rasulullah saw kecuali beliau pada hakikatnya beliau menafikan kerasulan Nabi Muhammad saw.

InsyaAllah bersambung ke bahagian seterusnya..


[1] As-Suyuti, Imam Jalaluddin, Lubabun Nuqul fil Asbabun Nuzul. Victory Agencie, Kuala Lumpur. 2004, muka surat 803.
[2] Mustafa Abdul Rahman, Hadis Empat Puluh: Terjemahan dan Syarahnya. Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam. 2005, muka surat : 119.

[3] Ibid, muka surat 123.
[4] Imam al-Qadhi Iyadh al-Maliki, Kewajipan Mencintai & Memuliakan Rasulullah SAW. Sofa Production. 2011, muka surat 3.
[5] Al-Laqqoni, Ibrahim, Jauharah at-Tauhid. Pustaka Jiwa, Kuala Lumpur. 2000, muka surat: 329.
[6] Ibid. muka surat :334
[7] Al-Hasani, Prof. Dr. Muhammad bin Alawi al-Maliki, Meluruskan Kesalahfahaman. Rosdakarya, Bandung. 2011, muka surat : 218.
[8] Ibid, muka surat: 239.
[9] Riwayat at-Tirmizi, hadis no: 3469
[10] Muhadir Bin Haji Joll, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’. Mawlee Publishing, Selangor. 2011, muka surat 550.

[11] Ibid. 

9 comments:

Anonymous said...

takde guna taskirahkan komunis tu dan juga mahafiraun ... biarkan saja dia terjun dgn labu-labunya ... taskirahkan yang lain yang mula condong ke arah itu

Tauhid itu satu,bukan dua said...

Salam,

1. Penjelasan tentang syahadah bagi saya kurang meyakinkan.dimana sejarah syahadah?dimana dalil direct dari Allah perintahkan bersyahadah dgn 2 kalimah tersebut? jika dilihat surah al-anbia ayat 25 hanya kepada Allah sahaja dan relevan kepada semua umat dari nabi Adam.jika tidak,apa syahadah umat sebelum nabi muhammad?

2. Kassim bagi ayat Quran,tapi dikatakan perlu tahu asbabun nuzul.tapi penulis bagi ayat2 quran takpe pulak tanpa melihat asbabun nuzul.ini pelik.

3.bagaimana Ibn Taimiyah boleh tahu sesungguhnya Allah swt telah menulis nama nabi muhammad pada Arasy dan pada pintu-pintu syurga, juga pada kubah-kubahnya dan dalam perlbagai lembaran kertas yang ada di dalamnya?mimpi sedar?siapa yg sah kan?

4.rujukan 8.jibril telah berkata?berkata kepada Aishah?atau kepada nabi?apa cerita disebalik jibril jumpa aishah/nabi?kalau kassim yg cakap ni kena ada asbabun nuzul.

5."Sesiapa yang berselawat atasku sekali, maka Allah akan menurunkan sepuluh rahmat kepadanya dan menghapuskan sepuluh kesalahannya."

"Sesiapa yang berselawat ke atasku seratus kali sehari, maka Allah akan memenuhi seratus hajatnya. 70 di antaranya nanti di akhirat dan 30 di dunia"

nampaknya seolah2 nabi telah mendahului Allah dalam membuat keputusan.bukankah Allah yg sepatutnya yg buat keputusan?

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Untuk Tauhid Itu Satu Bukan Dua:

sebelum saya menjawab soalan anda tersebut, saya ingin tahu apa yang anda faham dari ayat 3 dan 4 surah an-Najm?

Kerana jawapan saya terhadap soalan anda itu akan bergantung kepada jawapan anda terhadap soalan saya ini.

Tauhid itu satu,bukan dua said...

surah menceritakan Allah menegur nabi kerana nabi menganggap temannya hanya bercakap mengikut hawa kemahuan sendiri padahal ianya dari apa yg diwahyukan Allah.

pengajarannya,setinggi mana pun ilmu kita,sealim mana pun kita,sehebat mana pun kita,jgn perlekeh,perkecil,memandang rendah pendapat,soalan org lain,walau siapa pun,kerana semuanya dari Allah.ini berkait dgn sumpah yg dibuat Tuhan pada permulaan surah,iaitu bintang bersinar tetapi jatuh.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Boleh saya tahu anda merujuk tafsir al-Quran atau terjemahan al-Quran karangan siapa dan terbitan mana? Bagi memudahkan rujukan saya.

Sebab terjemahan yang anda berikan itu jauh dari maksud sebenar bahasa arab ayat tersebut!!

Tauhid itu satu,bukan dua said...

itu tafsiran saya terhadap ayat tersebut.bole beritahu tafsir yg kononnya 'sebenar' itu?soalan2 saya mmasih tak terjawab

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Saya percaya itu bukan terjemahan anda sendiri kerana saya yakin anda tidak faham bahasa arab apatah lagi asas bahasa arab untuk menafsir ayat al-Quran. Anda merujuk terjemahan al-Quran dan anda tafsir sesuka hati anda.

Sebab itu asbabun nuzul adalah antara ilmu yang penting untuk dikuasai oleh seseorang ahli tafsir kerana kita dapat mengetahui sebab ayat itu turun dan ditujukan kepada siapa.

Bila ayat itu ditafsir oleh orang seperti anda, maka ia jauh menyimpang dari maksud asal ayat itu. Maksud ayat al-Quran pun anda gagal untuk memahaminya apatah lagi untuk menafsirnya.

Tapi apa daya kerana anda fikir bahawa aqal anda sudah mampu untuk menafsir ayat al-Quran sedangkan banyak lagi asas tafsir yg anda tidak faham.

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Abdurrazzaq Lahiji terkait masalah ini berkata, “Apabila ada orang yang menduga bahwa Nabi Saw pada sebuah perkara beramal berdasarkan pikiranya sendiri dan tidak menantikan wahyu maka dari sudut mana pun orang ini tidak tahu dan jahil terhadap tujuan kenabian dan hakikat nabi.

Dan orang sedemikian di hadapan orang-orang berakal telah keluar dari wilayah agama, khususnya karena hal ini bertentangan dengan nash al-Qur’an “wama yanthiqu anilhawa, in huwa wahyu yuha” dan menspesifikasi (takhsis) masalah ini terhadap sebagian masalah lainnya sejatinya merupakan perbuatan yang tidak dapat diterima.

Seluruh urusan yang bertalian dengan agama memerlukan izin Ilahi dan wahyu Rabbani, nah tatkala Nabi tidak berbuat berdasarkan pendapatnya sendiri maka bagaimana mungkin orang lain dapat berbuat sebaliknya.”[5]

Dalam tafsir Nemune[6] ditulis demikian bahwa firman Allah Swt dalam al-Qur’an “in wahyu yuha” tidak hanya berkaitan dengan ayat-ayat al-Qur’an, melainkan dengan indikasi ayat-ayat sebelumnya Sunnah Nabi Saw juga termasuk sebagai bagian dari “yang diwahyukan” ini. Dimana bukan hanya ucapan Nabi Saw namun perbuatan serta perilaku Nabi Saw adalah sesuai dengan wahyu Ilahi.

Lantaran pada ayat 3 dan 4 surah al-Najm secara tegas dijelaskan bahwa “Dia tidak berkata-kata mengikuti hawa nafsunya, segala yang ia ucapakan adalah wahyu.” Allamah Thabathabai dalam penafsiran ayat “Wamâ yanthiq ‘anil hawa” berkata, “maa yanthiqu” bercorak mutlak, dan tuntutan kemutlakan ini adalah bahwa hawa nafsu telah dinafikan dari seluruh ucapan Nabi Saw.

Namun terkait dengan ayat-ayat yang menyebutkan “Shâhibukum”[7] ini adalah dialamatkan untuk kaum musyirikin[8] karena indikasi kedudukan yang terdapat pada ayat ini harus dikatakan bahwa apa yang diserukan kepadanya untuk kaum musyrikin dan apa yang dibacakan dari ayat-ayat al-Qur’an, ucapan-ucapannya tidak bersumber dari hawa nafsu, melainkan apa pun yang dikatakannya adalah wahyu yang diturunkan Allah Swt kepadanya.”[9]

Artinya ayat ini menetapkan bahwa seluruh hal-hal religius[10] yang dikatakannya dalam masalah masalah bimbingan, pandangan dunia dan petunjuk bukan hal-hal partikular duniawi adalah wahyu.[11] Namun kemungkinan seperti ini tertolak dimana ucapan-ucapan biasa, perintah dan larangan Nabi Saw terkait urusan pribadi, keluarga misalnya Nabi Saw bertutur kata kepada istrinya, berikan wadah itu kepadaku, dan sebagainya berasal dari hawa nafsu.[12] Nabi Saw dalam ucapan-ucapan semacam ini maksum dan tidak melakukan kekeliruan dan kesalahan.[13] Karena itu ucapan dan perbuatan[14] Nabi Saw dalam kondisi-kondisi semacam ini, boleh dan tidak bertentangan dengan keridhaan Ilahi. Karena apabila perbuatan-perbuatan ini bermasalah maka hal tersebut tentu tidak akan dilakukan oleh Nabi Saw

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Saya jg nenasihatkan anda, jika tak cukup ilmu tak perlu tafsir quran sendiri. Jika tidak, tafsiran anda itu boleh menyesatkan anda sendiri.

Saya menasihatkan Kassim Ahmad dan anda supaya tahu asbabun nuzul kerana ia lebih jelas kpd siapakah Allah swt tujukan ayat tersebut. Bukan seperti anda main hentam begitu sahaja. Anda baca ayat yg telah diterjemahkan pun sudah salah, apatah lg nak tafsir.