Saya percaya
bahawa semua rakyat Malaysia sudah tahu akan peristiwa yang menimpa penduduk
Gaza sewaktu ramai diantara kita yang menangisi kekalahan Brazil di tangan Jerman
7-1. Adakah kita pernah menangisi tragedi penggempuran Israel terhadap penduduk
Palestin sebelum ini sebagaimana kita meratapi kekalahan pasukan bola
kesayangan kita itu?
Berita
serangan Israel keatas Gaza itu mengejutkan kita, apatah lagi ianya berlaku di
bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Hati menjadi luluh dan pilu sewaktu
melihat gambar-gambar mangsa kekejaman zionis laknatullah itu. Mangsa yang
tidak berdosa termasuk kanak-kanak bergelimpangan akibat terkena bom zionis.
Adakah patut
saat umat Islam Gaza menangis hiba akibat serangan tersebut, kita masih lagi
ghairah dan seronok menikmati perlawanan bola sepak piala dunia? Tegakah kita
membiarkan mereka begitu sahaja sedangkan kita masih berseronok dengan piala
dunia sambil menikmati barangan yang mempunyai hubung kait dengan Israel?
Ingatlah sebuah
hadis nabi,
من
لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“Sesiapa tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan
dari kalangan mereka” (Riwayat al-Hakim)(dinilai sebagai dhaif)
Kalaupun
kita tidak mampu untuk membantu mereka dalam bentuk tenaga atau kewangan, maka
janganlah kita juga tidak membantu mereka dalam doa kita.
No comments:
Post a Comment