Lebih kurang seminggu berlalu, 'serbuan' JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) masih lagi diperkatakan orang. Sama ada dari kalangan pemimpin mahupun rakyat bawahan. Ada yang menyokong serta mempertahankan tindakan JAIS tersebut dan tidak kurang juga mereka yang mempertikaikannya dengan pelbagai alasan dan hujah tersendiri.
Memang terdapat pro dan kontra tindakan tersebut. Setelah meneliti kenyataan akhbar yang dibuat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr. Hassan Ali, Khalid Samad, Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai isu tersebut saya jga turut terpanggil untuk melontarkan pandangan peribadi saya sendiri yang mungkin dipersetujui dan mungkin juga turut dibantah oleh orang lain.
Kita perlu melihat isu tersebut dengan lebih teliti atas asas mashlahat agama yang lebih utama dari segala kepentingan dunia dan peribadi. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab JAIS sebagai pihak berkuasa agama untuk mengawal pengembangan aqidah lain kepada penganut Islam. Saya percaya, tindakan JAIS tersebut hanyalah untuk menyekat penganut Islam terjebak dalam gejala murtad dan bukannya hendak menghalang agama lain untuk diamal serta disebarkan dikalangan penganut agama tersebut.
Saya lebih tertarik dengan kenyataan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa sekiranya maklumat yang diterima JAIS itu benar, maka tindakan JAIS itu tepat. JAIS juga perlu berhati-hati dalam menyaring maklumat agar tindakan susulan yang dibuat mereka benar-benar tepat dan tidak menjadi isu pertikaian. Manakala orang Islam yang dikatakan berada dalam majlis tersebut juga perlu dipersoalkan. Walau apapun alasannya, sehingga ketahap itukah keimanan yang berada di dalam dada? Sudah habiskah usaha yang dilakukan?
Saya juga bersetuju dengan pandangan Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengenai kemana perginya wang zakat sehinggakan tidak dapat membantu orang Islam yang memerlukan dan terpaksa mendapatkan pertolongan dari masyarakat agama lain? Adakah karenah birokrasi menyebabkan mereka yang benar-benar memerlukan seperti berputus asa kerana permohonannya selalu ditolak? Banyak yang perlu dimuhasabahkan pihak berkuasa yang menguruskan zakat mengenai perkara ini. Apa gunanya mengumumkan jumlah kutipan zakat yang begitu besar saban tahun, namun asnaf yang layak menerimanya seolah-olah sedang meniti diatas jurang iman dan kufur.
Kesimpulannya, umat Islam perlu peka mengenai isu ini tanpa melibatkan kepentingan politik semata-mata. Pihak berkuasa agama perlu tegas dalam penguatkuasaan sekiranya terdapat bukti kukuh wujudnya cubaan mengganggu-gugat agama Islam. Setiap orang Islam adalah bertanggungjawab untuk mempertahankan kesucian aqidah Islam dan akan dipersoalkan di hadapan Allah swt di akhirat nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.2
4 comments:
JAIS pun jgn pilih-pilih buat kerja.....jgn dok makan wang zakat...
susah jadi JAIS....tak serbu salah, serbu pun salah...hak tukang kritik sedap sokmo muga air liur tidak perlu dibayar he he he he
Ambo - setuju dengan point - Loyar -1. benda ni ada pro dan kontra 2. Setiap umat Islam perlu lebih Peka serta Cakna dengan Isu ini - kerana ianya melibatkan soal akidah saudara kita 3. Pihak berkuasa agama perlu tegas dalam isu ini jika terdapat bukti jelas - maksudnya sebagaimana di sebut oleh Tuan Ibrahim, Jika mereka tak nak diFitnah jangan buat sesuatu yg boleh mengundang Fitnah - spt beri minum air mineral tapi berbekaskan gelas Stout - kalau org tuduh kita minum arak tak leh nak marah la - sbb tindakan kita minum dlm gelas Stout tu bakp - Ambo juga nak tambah sikit lagi, saya melihat kadang2 puak2 kita ning seolah - olah terlalu nak beri muka @ takut kepada "orang lain " bila berbangkit isu spt ini - seolah - olah kemenangan mrk dlm pru12 lalu HANYA disebabkan oleh undi kaum lain dan tidak oleh Umat Islam - Contoh kita lihat, kenyataan akhbar pertama MB Selangor dan Yb Khalid Samad - yang seolah2 olah mudah sangat takut @ beri muka, dalam keadaan lapuran belum ada di depan mereka - Ingatlah wahai pimpinan PAS - kita adalah pemegang amanah umat Islam di Malaysia - untuk jaga Islam serta Akidah umat - Kita tak boleh nak harapkan umno ataupun PKR - sebaliknya kita kena ke depan dalam Isu agama , bukab PKR - Dan ingatlah kemenangan itu, Allah s.w.t beri kepada sesiapa yang Allah s.w.t mahu.......Dulu masa pru12 Kita, risau kita akan kalah....namun Allah s.w.t tetap berikan kita kemenangan Besar....Adakah kita menang besar di Kelantan disebabkan bangsa lain - tentu tidak - tapi Allah s.w.t lah yang bantu dan kesihan kepada rakyat Kelantan....Tapi kita kena ingat bahwa, Allah s.w.t boleh tarik kemenangan itu sebagaimana kita tak sangka menang besar, kita mungkin tak sangka kita akan kalah besar....semuanya itu ketentuan Allah s.w.t..
Allahu Akbar!!! Ambo setuju dgn hujah ust. Zulkifli tu. Kita perlu yakin bahawa Allah swt yg menentukan kemenangan kita. Apa gunanya sebuah kemenangan namun terkandung padanya murka Allah kerana kita leka membiarkan aqidah ummah tanpa terjaga demi kepentingan politik keduniaan semata-mata.
Post a Comment