Julung-julung
kalinya Usrah Jamadil Kubra mengadakan Hari Gelanggang Keluarga pada 14
Februari 2019 yang lalu bertempat di rumah Cikgu Zaini. Urusan pengaturan acara
majlis diserahkan kepada anak-anak (Bentara).
Satu
ketetapan telah dibuat bahawa semua orang kena bersilat tanpa sebarang alasan. Tidak
kira kecil atau besar, muda atau tua. Maka kalutlah para ahli keluarga untuk
berlatih bagi mengingat kembali langkah tari yang sudah lama berkarat di
tinggalkan.
Majlis
yang memberikan ruang dan peluang yang luas serta besar kepada ahli keluarga
untuk bersilat semahu mereka. Melepaskan segala yang terbuku di hati, merungkai
segala simpulan simpulan mati dan membebaskan segala yang terkurung dalam
sangkar hati.
Majlis
dimulakan dengan solat hajat pada sebelah malam dan pada sebelah paginya
upacara membuka gelanggang dimulakan dengan sembah tari oleh para Paduka
kelurga dan kemudiannya diikuti oleh para anak-anak Bentara.
Walaupun
masing-masing mempunyai perguruan silat yang berlainan langkah serta perbezaan
sembahnya, namun kami tetap boleh menari dalam satu gelanggang keluarga yang
sama tanpa sumbang.
Program
ini cukup memberikan kepuasan kepada saya kerana ia dapat mengumpulkan ahli
Usrah Jamadil Kubra serta dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan.
No comments:
Post a Comment