
Mungkin
mereka tidak tahu bahawa kitab al-Quran yang menjadi pegangan utama umat Islam
mencatatkan firman Allah yang melarang umatnya daripada melampau.
قُلۡ
يَٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ لَا تَغۡلُواْ فِي دِينِكُمۡ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ وَلَا
تَتَّبِعُوٓاْ أَهۡوَآءَ قَوۡمٍ قَدۡ ضَلُّواْ مِن قَبۡلُ وَأَضَلُّواْ كَثِيْرًا
وَضَلُّواْ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ
Katakanlah: "Wahai
Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar,
dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini
dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat
(jauh) dari jalan yang betul"
(al-Maidah: 77)
Sekiranya Allah swt sendiri
yang melarang umat Islam daripada melampau, mana mungkin ‘melampau’ itu menjadi
sebahagian daripada ajaran agama? Setiap larangan, maka isyaratnya jelas bahawa
ia bukanlah daripada ajaran Islam.
Antara
sebab-sebab yang boleh berlakunya keganasan adalah kerana terdapatnya sifat fanatik,
taksub dan melampau dalam fikiran seseorang menyebabkan segala tindakan mereka
dipengaruhi oleh sifat-sifat tersebut. Sifat fanatik, taksub dan melampau berkaitan
bangsa dan agama adalah antara yang amat merbahaya yang boleh menjuruskan
kepada keganasan.
Sebelum ini masyarakat
barat terutamanya mengaitkan tragedi 09/11 dengan Islam menyebabkan Islam terus
dilabelkan sebagai agama keganasan. Namun begitu, mereka seolah-olah lupa atau
cuba untuk menutup mata dengan tindakan-tindakan kejam zionis Yahudi terhadap
penduduk Islam Palestin sejak bertahun-tahun lamanya mereka ditindas serta
dibunuh.
Kitab Talmud (iaitu kitab
yang mengandungi syariat dan ajaran-ajaran Yahudi) telah menyebut, bahawa
seorang Yahudi di sisi Allah dianggap lebih baik dan lebih dikasihi daripada
Malaikat, dan seorang Yahudi itu adalah sebahagian daripada Allah, kerana itu
apabila seorang bukan Yahudi memukul Yahudi maka seolah-olah dia memukul
keagongan Ilahi. Perbezaan antara martabat manusia dan haiwan adalah seperti perbezaan
antara Yahudi dan bukan Yahudi, hinggakan harus bagi Yahudi memberi makan
anjing pada hari·hari perayaan, sedangkan memberi makan kepada manusia bukan
Yahudi adalah diharamkan.

Jadi, daripada 2 contoh di atas
maka jelas menunjukkan bahawa taksub, fanatik dan melampau yang boleh
menyebabkan keganasan adalah bukan milik Islam dan mana-mana agama. Malah golongan
ini ada dalam mana-mana agama namun mereka berfahaman menyimpang daripada
ajaran agama mereka.
Fahaman yang salah
berkaitan bangsa dan agama akan menyebabkan berlakunya keganasan. Tidak ada
salahnya untuk mencintai dan menyanjungi bangsa dan agama, namun apabila salah
fahaman dalam perkara tersebut boleh membawa kepada fahaman bahawa bangsa lain
adalah lebih rendah martabatnya dan agama lain wajib diperangi. Maka disitulah
akan tercetusnya keganasan. Rasulullah SAW telah bersabda:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ أَلَا إِنَّ رَبَّكُمْ وَاحِدٌ وَإِنَّ أَبَاكُمْ وَاحِدٌ أَلَا
لَا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ وَلَا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ
وَلَا لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلَا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلَّا
بِالتَّقْوَى. (رواه أحمد)
Wahai
mannusia, ketahuilah bahawasanya Tuhan kamu adalah satu, dan bapa
kamu
juga satu (yakni Adam a.s.). Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang
Arab ke atas bukan Arab, dan tidak juga kelebihan bukan Arab ke atas orang
Arab, dan tidak ada kelebihan bagi yang berkulit merah ke atas yang berkulit
hitam dan tidak Juga yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah kecuali
dengan bertaqwa.
(Ahmad bin Hanbal)
Maka
berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, Islam melarang umatnya daripada fanatik,
taksub dan melampau kerana ia akan menjadi punca kepada keganasan. Adalah amat
salah apabila ada pihak yang mengaitkan Islam dengan keganasan kerana keganasan
bukanlah ajaran Islam. Firman Allah SWT:
ٱدۡعُ
إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم
بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ
وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ
Serulah
ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (an-Nahl: 125)
Berdasarkan
ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam ini adalah agama kedamaian yang
mengajak penganut agama lain dengan cara hikmah dan bijaksana. Semoga ia
menjadi mengajaran dan iktibar kepada kita dengan tragedi yang berlaku di
Christchurch tersebut.
No comments:
Post a Comment