Keturunan
dan keluarga
Nama beliau adalah Dr. Abdul Karim as-Sayyid al-Badawi Ahmad Sulaiman, namun beliau lebih dikenali dikalangan umum dan para murid dengan nama Dr. Mustafa Abu Sulayman an-Nadwi. Beliau
dilahirkan di kampung Sanbakht, Aga, Mansurah Mesir pada 27 Ramadan 1374 Hijrah
bersamaan 19 Mei 1955. Bapa beliau Syeikh Said Badawi Ahmad Sulaiman merupakan
salah seorang daripada ulama qiraat dan ilmu-ilmu yang lain di kampungnya.
Syeikh Said Badawi juga merupakan syeikh tarikat al-Qahwajiah al-Syazuliah.
Nasab keturunan beliau bersambung dengan Nabi Muhammad s.a.w melalui cucu
baginda Saidina Husin.Syeikh Mustafa dilahirkan dalam keluarga yang sibuk
dengan Al-Quran, ilmu, ibadah dan zikir. Meraikan para Qurra’ dan
penuntut-penuntut ilmu dan menjadi khadam kepada setiap orang yang hadir ke
rumah mereka.
Syeikh
Mustafa mempunyai 4 orang adik beradik lelaki dan beliau merupakan anak bongsu.
Abang sulung beliau Syeikh Abdul Malik telah mewarisi ayahnya berkhidmat untuk
Al-Quran dan tarikat sofi mengikut manhaj Al-Quran dan al-sunnah sehingga
beliau wafat pada bulan Oktober 1992. Abang beliau yang kedua Muhammad
merupakan seorang jurutera. Beliau telah menyertai askar Mesir dan wafat dalam
peperangan Tahrir pada Oktober 1973.
Abang beliau yang ketiga Ahmad Mubarak juga merupakan khadam Al-quran dan ilmu
suluk. Beliau bertugas sebagai pegawai di Institut Kebajikan Mansurah.
Pendidikan
Syeikh
Mustafa telah mengahafal Al-Quran dan matan-matan ilmu sejak kecil lagi di
bawah bimbingan bapa dan abang sulungnya. Antara matan-matan yang dihafal oleh
beliau: Matan Jazariah dan tuhfatul Atfal (Ilmu Tajwid), matan Ajurumiah, Alfiah Ibnu Malik dan
Lamiatul Afa’l (Ilmu Nahu dan Sarf), Matan Jauharah (Ilmu Tauhid) matan Abi
Syuja’ (Feqah) dan beberapa matan Qiraat.
Ketika
remaja Syeikh Mustafa telah memasuki sekolah sains dan mempelajari pelbagai
ilmu sains tulen seperti kimia, fizik dan lain-lain. Kemudian beliau telah
melanjutkan pengajiannya di kuliah perubatan Universiti Al-Asriah dan telah
mendapat keputusan cemerlang. Di samping itu beliau telah mendalami kitab-kitab feqh syafie, tasawuf dan
ilmu-ilmu lain di bawah bimbingan ayah dan abang sulungnya.
Universiti
Darul Ulum Nadwatul Ulama’
Kecintaan
beliau terhadap agama telah menyebabkan beliau tidak memilih kerjaya seorang
doktor, sebaliknya terus mendalami ilmu agama sehinggalah Allah memberikan
beliau peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama’.
Di sini beliau telah memasuki kuliah Bahasa Arab dan memperolehi keputusan
cemerlang.
Kemudian,
beliau telah mengambil jurusan Usuludin dan Dakwah dan mendapat keputusan yang
cemerlang. Setelah itu beliau telah mempelajari
dan menguasai seluruh ilmu di Ma’had A’li Li Dakwah wal Fikri sehingga menjadi
anak murid kebanggaan Syeikh Abu Hasan Ali Al-Nadawi. Beliau telah dicalonkan
oleh Syeikh Al-Nadawi untuk mengambil
PHD di Darul Nadwah dan diberikan gelaran “Seorang yang mempunyai kealiman yang
sempurna dalam Ilmu hadis”
Beliau
telah diberikan ijazah dan sanad dalam pelbagai bidang ilmu oleh ulama-ulama
besar Hindi, Pakistan dan Bangladesh seperti Maulana Al-kandahlawi, A’llamah
Habibul Rahman Al-A’zomi, Syeikh Sodiq Ahmad Al-Nadawi dan lain-lain. Setelah
itu Syeikh Al-Nadawi telah memberikan pengiktirafan kepada beliau dengan
memakaikan serban kepunyaannya dan memberikan ijazah ilmu suluk dan tarbiah
kepada beliau.
Beliau
juga telah diberikan ijazah dan sanad dari ulama-ulama besar Al-Azhar,
Ulama-ulama’ Maghribi, Syam, Hijaz, Indonesia, Malaysia dan lain-lain.
Dipetik dari: Majlis Ta'lim Darul Murtadza
No comments:
Post a Comment