Sekali lagi
isu sama ada kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam dipolitikkan
oleh UMNO dan konco-konconya. Nampaknya Umno seperti sudah kehabisan idea dan
isu untuk memperbodohkan rakyat dengan mengitarkan semula isu yang telah muncul
sebelum ini termasuklah isu ‘Amanat Hadi’. Saya pun pelik dengan Umno, ikut suka hati
mereka sahaja apa yang ingin mereka namakan atau jenamakan sesuatu isu. ‘Amanat
Hadi’, padahal Tuan Guru Haji Abd Hadi tidak pernah pun menamakan iau sebagai
suatu ‘amanat’. Bahkan ia adalah sedutan TGHH sewaktu ceramah politik PAS pada
tahun 1981 di Kg. Banggol Peradong. Alih-alih, Umno memberikan nama sebagai ‘Amanat
Hadi”. Begitu juga dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diadakan pada
12/01/2013 oleh Pakatan Rakyat. Alih-alih, Umno memberikan nama sebagai ‘Perhimpunan
Shamsidar’. Entah apa sebabnya mereka sesuka hati sahaja memberikan nama yang
jauh dari maksud asal.
Namun pada
kali ini, saya hanya ingin menumpukan pada isu kalimah Allah sahaja. Telah banyak
ulama-ulama hebat dunia memberikan pandangan dan hujah mereka sama ada orang
bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah sebagai nama Tuhan mereka
terutamanya untuk menggantikan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dalam injil Melayu.
Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Dato
Seri Abdul Hadi Awang pada mulanya berpendapat bahawa orang bukan Islam boleh
menggunakan kalimah Allah dengan syarat ia mestilah bermaksud bahawa Allah Yang
Maha Esa dan Maha Tunggal.
Maka munculah
pelbagai pihak terutama Umno, ulama Umno dan juak-juaknya mempertikaikan
pandangan tersebut. Padahal Mursyidul Am dan Presiden Pas bukanlah orang yang
pertama atas muka bumi ini berpendapat demikian. Malah sebelum ini telah wujud
pandangan dan fatwa yang membolehkan orang bukan Islam menggunakan kalimah
Allah di timur tengah. Malah tidak sedikit dari kalangan Umno dan juak-juaknya
menuduh bahawa Pas tunduk pada tekanan DAP kerana membenarkan kalimah tersebut
digunakan oleh orang bukan Islam. Barangkali, Prof. Dr. Syeikh Yusuf
al-Qardhawi pun tunduk pada DAP juga sebab beliau adalah antara ulama dunia
yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tersebut!!! Terlalu
dangkal dan cetek sangat pemikiran orang Umno nih.
Padahal
dalam Pas sendiri pun ada ulama yang berpendapat bahawa orang bukan Islam tidak
boleh menggunakan kalimah Allah teserbut. Perbezaan ini adalah berdasarkan
hujah dan dalil. Bukannya berdasarkan fikiran semata-mata. Saya sendiri pun
memilih untuk menyokong pendapat bahawa orang bukan Islam tidak boleh
menggunakan kalimah Allah bagi menggantiklan perkataan God atau Lord dalam
injil mereka berdasarkan hujah dan dalil yang dikemukakan serta mengambil kira
keadaan setempat di Malaysia.
Namun sebenarnya
Umno cuba untuk menutup kesalahan mereka sendiri dalam isu ini dengan
menggunakan semua cara dan saluran bagi mempamerkan kepada rakyat dan
memperbodohkan rakyat bahawa Pas adalah parti yang menjual dan menggadaikan
prinsip agama Islam demi kepentingan parti. Cuba kita selidiki betul-betul,
sejak isu ini muncul tiada seorang pun dari kalangan para pemimpin Umno yang
penakut dan bacul bangun untuk menyatakan pendirian mereka. Malah, Dato Sri
Najib sendiri yang menulis surat kebenaran untuk mencetak injil dalam Bahasa
Melayu. Jadi, siapakah sebenarnya yang menggadaikan agama untuk kepentingan
politik. Pas tiada kuasa untuk memberikan kebenaran tersebut!!!
Apabila Majlis
Syura Ulama Pas mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perkataan God atau Lord tidak
boleh diterjemahkan sebagai Allah kerana ianya tidak menepati kehendak sebenar,
maka Umno, juak-juaknya serta para katak semua bising mengatakan bahawa Pas
tidak sependapat diantara mereka sendiri.
Apa yang
Umno mahukan sebenarnya? Mereka seperti mula takut kerana isu yang mereka
mainkan mula membelit diri mereka sendiri. Para katak pun mula menyalak
memanggil hujan padahal tiada pun ular yang mengintai.
Mereka
menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah
sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya. (al-Anfal : 30)
No comments:
Post a Comment