
Antaranya
tentang babi. Kenapa Islam mengharamkan Muslim memakan babi sedangkan daging
babi lebih murah berbanding daging lembu dan ayam.
Jawapan
saya, Islam mengharamkan umatnya memakan babi bukan disebabkan oleh alasan yang
bersifat imaginasi tetapi disokong oleh kajian sains. Saya tanya lelaki
tersebut adakah beliau tahu satu kajian yang dijalankan oleh 12 Saintis yang
diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Winconsin terhadap babi
mendapati terdapat satu sistem di kerongkong babi yang membolehkan perbagai
VIRUS berkumpul di dalamnya dan ianya amat merbahaya kepada sistem badan
manusia. Di akhir kajian tersebut, mereka telah mengistiharkan bahawa babi
sebagai “MIXING VESSEL” atau “BAHTERA PENGUMPULAN PELBAGAI KUMAN” sebagaimana
yang diterbitkan di dalam Journal of Virology, 1997. Saya juga bertanyakan
beliau sama ada beliau tahu virus Japanese encephalitis juga berasal dari babi.
Jawapan beliau adalah negatif. Maknanya beliau tidak tahu tentang kajian
tersebut. Saya beritahu beliau, harga murah bukannya isu tetapi kajian sains
sendiri membuktikan bahawa daging babi mempunyai virus yang merbahaya.
Seterusnya
beliau bertanya lagi kenapa lelaki Islam di benarkan untuk berkahwin sehingga
empat orang isteri tetapi wanita Islam hanya di benarkan untuk mempunyai
seorang suami sahaja dalam satu masa. Itu tidak adil katanya. Sedangkan di
Jepun, seorang lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin satu sahaja.

Saya
menggaru kepala yang sememangnya dah gatal.
No comments:
Post a Comment