Satu
pandangan telah dilontarkan oleh Datuk Noor Farida Arifin yang dikatakan
sebagai jurucakap kumpulan 25 Melayu
profesional G25 berkenaan hudud yang akan dilaksanakan di Kelantan. Ketika
forum “Malaysia, Kebebasan Ekonomi, dan Globalisasi” anjuran Institut Demokrasi
dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) bersempena kelahiran Tunku Abdul Rahman ke-112 di
Kuala Lumpur beliau berkata dengan mengambil contoh kesalahan zina, undang-undang hudud Kelantan menolak
penggunaan bukti saintifik seperti sampel DNA dan cap jari, sebaliknya hanya
menerima bukti 4 saksi mata kejadian zina tersebut. Oleh yang demikian, beliau
membuat kesimpulan bahawa jika hudud dilaksanakan di Kelantan, pesalah laku
seksual kanak-kanak sudah pasti akan berkerumun di Kelantan. Di sana mereka
boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa, inilah dia hudud PAS.
Kesilapan
besar Datuk Noor Farida adalah beliau tidak tahu bahawa Kanun Jenayah Syariah Kelantan tidak
memasukkan kesalahan rogol sebagai satu jenayah hudud malah mengekalkan
kesalahan rogol tersebut dibawah kuasa Mahkamah Sivil berdasarkan seksyen 375 Kanun
Keseksaan. Sudah tentu kaedah pembuktian di Mahkamah Sivil berlainan dengan
hukuman hudud yang di bicarakan di Mahkamah Syariah. Mungkin Datuk Noor Farida
tidak tahu atau tidak perasan bahawa jenayah rogol tidak dimasukkan dalam Kanun
Jenayah Syariah sehinggakan beliau membuat contoh hukuman hudud Kelantan dengan
kes rogol. Maka sekiranya keputusan siasatan menunjukkan bahawa seorang
perempuan telah dirogol, maka pendakwaan kes terus akan terus dibuat di
Mahkamah Sivil berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah kesalahan
hudud. Maka kesimpulan yang dibuat beliau
bahawa “pesalah
laku seksual kanak-kanak sudah pasti akan berkerumun di Kelantan” adalah
bersifat pandangan yang naïf.
Walaupun
beliau memberitahu bahawa beliau seorang Islam dan memperaktik Islam tetapi
saya percaya banyak perkara yang beliau tidak tahu mengenai hukum Islam. Ayat
al-Quran yang menjadi sandaran kepada masalah saksi zina ini adalah bersifat
qatie dilalah. Ayat 4 surah an-Nur:
وَٱلَّذِينَ
يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ
فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَہَـٰدَةً
أَبَدً۬اۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٤(
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina)
kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak
membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan
janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka
adalah orang-orang yang fasik.
Perlu di ingat bahawa DNA juga boleh
di manipulasi dalam banyak keadaan. Contohnya air mani boleh sahaja di masukkan
dalam kemaluan perempuan tanpa mengadakan hubungan seks. Ia boleh dimasukkan
dengan menggunakan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian, DNA pemilik air mani
tersebut akan dituduh sama ada berzina atau merogol perempuan tersebut
berdasarkan DNA yang ada pada air mani tersebut walaupun pemiliknya tidak
berbuat demikian.
Sebab itulah al-Quran menetapkan
bahawa pendakwa perlu mendatangkan 4 orang saksi yang melihat sendiri
berlakunya perzinaan tersebut. Ulama pula menggariskan syarat-syarat khusus
seorang saksi bagi membolehkan keterangannya diambil kira dan dipertimbangkan
oleh Mahkamah dalam membuat keputusan.
Mungkin beliau tidak faham antara
konsep baiyinah, syahadah dan qarinah dalam pembuktian kes. Mengatakan bahawa
hudud menolak bukti saintifik seperti DNA dan cap jari adalah satu kekeliruan
yang jelas. Walaupun DNA atau pun jari tidak diterima sebagai ‘syahadah’ dalam
kes hudud tetapi ia masih boleh digunakan sebagai baiyinah dan qarinah bagi
menyokong syahadah yang dikemukakan.
Beliau juga tidak faham konsep
pendakwaan dalam Islam. Pihak yang mengendalikan pendakwaan bukanlah
calang-calang orang untuk diberikan tanggungjawab. Ia mestilah daripada
kalangan yang mahir serta berwibawa. Sebelum melakukan pendakwaan, kajian mesti
dibuat dari pelbagai sudut termasuklah saksi serta pembuktian. Contoh yang
selalu dibawa oleh golongan seperti ini adalah dalam kes rogol. Sekiranya
seorang perempuan menuduh seorang lelaki telah merogolnya tetapi tidak
mengemukakan bukti dengan 4 orang saksi, maka perempuan tersebut akan dikenakan
hukuman had sebanyak 80 rotan. Adakah mereka fikir semudah itu hakim atau
Mahkamah akan menjatuhkan hukuman tersebut. Adakah mereka fikir begitu hukum
Islam? Sekiranya mereka fikir begitu, memang jelas sekali bahawa mereka
sebenarnya memang tidak faham konsep pendakwaan dalam Islam.
Dalam Perundangan Islam, terdapat
tiga kaedah untuk mensabitkan seseorang itu melakukan jenayah zina iaitu:
Kaedah Pertama: Ikrar atau
Pengakuan. Seseorang yang telah melakukan pengakuan bahawa telah berzina maka
hukuman ke atasnya ialah Hukum Hudud. Ulama berbeza pandangan dalam pemasalahan
bilangan pengakuan yang perlu dilakukan oleh penzina sama ada memadai dengan
sekali atau memerlukan kepada empat kali pengakuan.
Kaedah Kedua: Penyaksian oleh empat
orang saksi yang adil, tidak fasiq dan melihat kejadian zina berlaku
betul-betul dihadapannya. Sekiranya perkara ini berlaku maka hukuman ke atas
tertuduh ialah Hukum Hudud.
Kaedah Ketiga: Qarinah. Ia bermaksud
pembuktian terhadap perlakuan zina selain daripada kaedah pengakuan dan empat
orang saksi. Hukuman yang dijatuhkan ke atas orang yang disabitkan zina melalui
kaedah qarinah ialah Takzir bukan Hudud. Dalam Mazhab Maliki kaedah menggunakan
qarinah digunapakai dalam pensabitan kes zina manakala Mazhab Hanafi, Syafie
dan Hambali qarinah boleh digunakan tetapi hendaklah disiasat secara
menyeluruh.
Sekiranya pembuktian berlaku
mengikut kaedah pertama dan kedua, maka Mahkamah boleh mensabitkan tertuduh
dengan hukuman hudud. Manakala perempuan tersebut akan dibebaskan tanpa
sebarang hukuman kerana dia adalah seorang mangsa. Namun sekiranya pembuktian
berlaku hanya melalui kaedah yang ketiga, Mahkamah masih boleh mensabitkan
jenayah rogol tersebut tetapi tertuduh tidak dikenakan hukuman had. Hakim atau
Mahkamah boleh mengenakan hukuman takzir keatas tertuduh atau pesalah rogol.
Bukan bermakna sekiranya pihak pendakwaan tidak dapat mengemukakan 4 orang
saksi, maka penjenayah rogol akan dibebaskan begitu sahaja. Itu adalah
kefahaman yang salah!!
3 comments:
tulisan anta ini bagus dah. cuma apa-apa remark yg sinikal tu tak perlu masukkan. tulis dgn ilmiah sb pembaca ni pelbagai. jika masukkan unsur sinikal akan menyebabkan pembaca yg tidak gemar unsur sinikal dan politik berpolemik dgn enta.
hidup di dunia ni sekejap je..Hidup diakhirat sampai bila-bila...pasti terlalu lama. Sayangi Agama Allah. Turuti segala seruan Allah. Tuhan pencipta segala isi alam ini,Tuhan tahu atas segala termasuklah masa depan kita,masa lalu kita hinggakan selepas mati kita.
Elok kalau dapat tenguk cara dia sembahyang ... tentu tak sama dengan cara kita sebab cara kita sembahyang telah ditetapkan 1400 tahun dahulu ... tentu dia ada cara semabhyang yang baru .... begitu cara dia berpuasa ... tentu cara dia berpuasa sudah diubah sebab cara yang biasa kita buat sudah usang ... kita juga nak tahu di mana dia pergi naik haji ... mungkin dia tidak pergi ke Mekah sebab itu cara lama ... mungkin dia pergi London buat haji atau pergi Moscow ......!!!!!!!!!
Post a Comment