hasbunallah

hasbunallah

Monday, September 20, 2010

Jauh Tapi Dekat


Pada 18/09/2010 (Sabtu) yang lalu, seorang lagi anak buah saya Mohd Izzat Dhiaul Haq Bin Azman al-Kubrawiy al-Husaini akan berangkat meninggalkan tanah airnya yang tercinta serta keluarganya yang dikasihi untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Ahqaf, Yaman.

Terasa seperti suatu kehilangan besar bagi diri saya bila mengenangkan kehadirannya merupakan suatu rahmat Allah buat kami semua. Beliau seorang pemuda yang baik, rajin, cintakan ilmu, mulia dan disayangi oleh keluarga, teman, rakan mahupun kawan.

Namun oleh kerana perpisahan ini merupakan satu perjuangan dalam mencari ilmu, maka kami redha dengan kembaranya itu. Saya dan keluarga sentiasa mendoakan kejayaannya walau dimana sahaja dia berada.

Walaupun kelihatannya kami jauh dari segi lahiriah, namun pada hakikatnya kami dekat kerana keberadaanya sentiasa dihati dan fikiran kami. Teruskanlah perjuanganmu duhai anak..

8 comments:

Sehening Salju said...

ya Allah.. harumilah pjuangknnya dgn haruman kasturi.. agar sntiasa mekar dlm hatinya akn pjuang2 kerna agamanya.. ya Allah.. KAU permudahknlh jln yg dia lalui..

Awni Al-Haq Al-kubra said...

YA ALLAH... kau hdirkan drinya dlam mmpi kmi takkala kmi mrinduinya,kau jdiknlah doa kmi sbgai ganti utk smgatnya takkala dia terkulai mrindui kmi

Sehening Salju said...

amin2 ya Allah.. kau jdiknlh senyumn kami sbgai kkuatannya tkala gmbr kmi sbgai tntapn memorinya.

Awni Al-Haq Al-kubra said...

amim2

Nur Ankkelantan said...

yA ALLAH..kau jdi kan air mata perpisahan kami sebagai kekuatan utknya....

Awni Al-Haq Al-kubra said...

ALLAH HU AKBAR

Ibn Yasmi Ba'alawi said...

pergi membawa seribu pengharapan & menggalas amanat serta t'jawab yg besar bagi memenuhi tuntutan syarak, duhai anak mutiara ilmu dalam genggamanmu..kami akan sentiasa menanti kepulanganmu membawa sinar untuk kami semua disini..

Si Pencari said...

sahabat....Sahabat....Engkau membawa separuh dari kehidupan ku...