hasbunallah

hasbunallah

Wednesday, January 13, 2010

Majlis Angkat Sumpah


Semalam seramai 19 orang Ahli Majlis Daerah Tumpat yang baru telah mengangkat sumpah menerima perlantikan untuk sesi 2010/2011 di hadapan YB Haji che Abdullah Mat Nawi, Pengerusi J/Kuasa Pertanian, Industri Desa & Bio- Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujoh Tumpat.

Saya telah diamanahkan oleh Pas Kawasan Tumpat untuk menjadi Ahli Majlis Daerah dengan memegang portfolio sebagai Pengerusi J/Kuasa Undang-Undang, Penguatkuasaan dan Lalu Lintas.

Ini adalah pertama kali saya dilantik sebagai Ahli Majlis dan menjadi Pengerusi J/Kuasa Kecil Majlis Daerah Tumpat. Sebelum ini saya hanyalah ahli j/kuasa Perlesenan, Peniaga Kecil dan Pembangunan Usahawan sahaja di Majlis Daerah Tumpat.

Nampaknya semakin bertambah tanggungjawab dan amanah yang perlu saya pikul dan wajib saya tunaikan. Betapa takutnya hati saya apabila memikirkan bahawa kemampuan saya yang terlalu terhad dan jiwa saya yang kerdil ini mampukah untuk menunaikan semua amanah tersebut. 

Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa penat dan letihnya diri ini dalam menyelesaikannya, namun saya tetap yakin dan percaya bahawa pertolongan Allah sentiasa akan bersama dengan orang-orang yang berusaha dalam menunaikan amanah serta tanggungjawabnya.

2 comments:

Fahmi said...

Assalamualaikum...



Insya-Allah, bi’aunillah abe yg hensem ni akan berjaya..

Abe Sid kan hensem.. he he he..

Ambil peluang timba sebanyak mungkin pengalaman dalam urusan pentadbiran ni...

Kongsi2 masalah dgn teman2 yg boleh dipercayai... jgn cerita masalah kpd sembarang org.. takut diguna balik terhadap kita.. org zaman la ni mcm2 jenis.. carilah yg beriman..



Kalau abe Sid dan, buatla buku, bukukan pengalaman2 yg ditimba sepanjang berjuang di sana... surenye bnyk bleh selit2 dngn pengajaran2 dan hikmah2 yg Abe Sid jumpa... boleh sama2 fahmi ambik manfaat sama...



Selamat berjuang saudaraku fillah.. (bukan Hafilah la...)

humaira sakinah said...

salam En Rashid

Tahniah!! Saya yakin bhw perlantikan tsbut adalah berdasarkan kepercayaan jawatankuasa bhw En Rashid adalah org yg berkelayakan utk menerima tggjwb itu.. slmt mnjalankan tugas yg diamanahkan!!