hasbunallah

hasbunallah

Saturday, January 23, 2010

Mengenal & Menghadapi Media Massa




Hari ini saya berpeluang untuk menyertai Bengkel Mengenal & Menghadapi Media Massa anjuran UPKN bertempat di Dewan Teratai, Kota Darul Naim. Banyak pendedahan dan ilmu yang saya perolehi terutamanya dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya.

Saya cukup tertarik dengan kertas kerja yang dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, pengasas Zentrum Future Study Malaysia. Dari pembentangan beliau itu, saya dapat simpulkan bahawa betapa pentingnya kerajaan atau parti mewujudkan jabatan atau pegawai perhubungan awam dalam menghadapi media massa.

Beliau juga menasihatkan para peserta supaya peka dalam mengambil peluang yang ada dalam media massa. Sesuatu isu yang timbul sekiranya tidak ditangani dengan segera ia akan menjadi pendamik. Sesuatu isu yang tercetus akan melonjakkan nama seseorang sama ianya berbentuk positif mahupun positif

No comments: