hasbunallah

hasbunallah

Wednesday, January 20, 2010

Menteri vs. Majlis Fatwa Kebangsaan



Sedang pelbagai NGO dan masyarakat Islam menghantar memorandum, berdemonstrasi membantah penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian sebagaimana yang di putuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31/12/2009 baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz telah membuat kenyataan membenarkan penggunaan Kalimah Allah tersebut dibeberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Kenyataan dan kebenaran tersebut jelas telah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke 82 yang bermuzakarah pada 5 hingga 7 Mei 2008 di Alor Star, Kedah. Keputusan muzakarah tersebut adalah kalimah Allah hanyalah khusus untuk agama dan umat Islam sahaja serta tidak boleh digunakan oleh agama-agama lain. 

Kenyataan Menteri tersebut telah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang mana Majlis Fatwa Kebangsaan ditubuhkan untuk membincangkan mengenai isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam. Jadi saya sebenarnya tertanya-tanya, apa faedahnya kerajaan menubuhkan Majlis Fatwa sedangkan keputusan kerajaan atau Menteri tidak pun mengambil kira fatwa yang telah disepakati oleh para Mufti tersebut. 

Saya yakin dan percaya para Mufti yang menganggotai Majlis Fatwa serta ahli jawatankuasa yang lain adalah berkelayakan serta mempunyai ilmu yang amat mendalam dalam perkara tersebut sebelum mereka mengeluarkan fatwa tersebut. Namun tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu seolah-olah dia lebih mempunyai kelebihan ilmu jika hendak dibandingkan dengan ahli Majlis Fatwa.  

Entahla…..


No comments: