Saya ada membaca laporan Malaysiakini mengenai kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim yang berkata isu tuntutan royalti minyak itu tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mengupah orang untuk hadir ke ceramah di stadium.
Saya pelik, mungkin Menteri tersebut tidak tahu tahap pengorbanan orang Pas tidak seperti orang UMNO. Orang Pas hanya datang secara percuma sahaja ke Stadium Sultan Muhammad IV untuk mendengar penjelasan mengenai isu tersebut. Mereka tidak pernah diberikan sebarang upah. Malah mereka sendiri yang mengeluarkan belanja termasuklah menyewa bas untuk pergi kesana. Tidak seperti orang UMNO yang sememangnya di ajar dengan wang. Apa sahaja program UMNO, mereka akan dikerah dengan dijanji pelbagai habuan termasuklah upah. Kalau tidak berbuat demikian, sudah pasti program mereka lebih banyak kerusi daripada manusia. UMNO kena belajar dulu dari penyokong Pas mengenai pengorbanan sebelum menuduh secara melulu.
Menteri tersebut mungkin lupa bahawa wakil kerajaan negeri sudah beberapa kali menemui wakil kerajaan pusat untuk membincangkan tuntutan royalti tersebut sehinggakan hak rakyat Kelantan terus dinafikan termasuklah para Menteri dan Timbalan Menteri dari Kelantan sendiri. Yang peliknya, mereka kata Kelantan tidak berhak untuk tuntut royalti sebab minyak tersebut berada diluar perairan Kelantan tapi mereka terhegeh-hegeh hendak hulurkan wang ehsan kepada rakyat Kelantan!! Pelik bin ajaib.
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) bertindak menganjurkan ceramah penerangan tersebut bagi menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat Kelantan supaya tidak menerima kenyataan berbelit pihak pusat. Tunggulah nanti, Kerajaan Kelantan memang akan membawa perkara ini ke Mahkamah sekiranya tidak dapat diselesaikan melalui meja rundingan.
Jangan gelojoh sangat, tunggulah saman kami nanti!!!
No comments:
Post a Comment