Keputusan yang diumumkan oleh SPR mengenai kemenangan PKR di Dun Penanti sememangnya sudah dijangka. Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.
Kemenangan ini sebenarnya satu lagi tamparan buat UMNO yang sentiasa mengaku bahawa mereka sentiasa dan masih mendapat tempat di hati rakyat. Namun dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang lalu merupakan bukti yang jelas bahawa UMNO tidak lagi relevan. Bukan untuk merendahkan kemampuan UMNO tetapi parti itu sepatutnya sudah menukar dasar perjuangan kebangsaan mereka itu yang jelas tidak membela mana-mana bangsa hatta bangsa Melayu sekalipun. Saya bukanlah hendak menafikan jasa UMNO kepada negara kita, tapi itukan sudah menjadi tanggungjawab pemerintah.
Ibarat sorang bapa dengan beberapa orang anaknya. Walaupun ada diantara anak-anaknya tidak disukai, namun si bapa tetap mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan terhadap anak tersebut sama ada secara rela atau terpaksa. Kalau tidak, nantinya dia akan ditanya di hadapan Tuhan. Begitu juga UMNO, mereka tidak boleh takbur bahawa kemajuan Malaysia sekarang ini adalah usaha mereka. Pada itu sebenarnya adalah tanggungjawab mereka! Cuba mereka berikan kuasa pemerintahan tersebut kepada Pakatan Rakyat. Saya juga yakin bahawa Pakatan Rakyat juga mampu untuk memajukan negara setanding dengan UMNO.
No comments:
Post a Comment