Hari ini adalah hari pembuangan undi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) N.31 Bagan Pinang. Saya bersama beberapa peguam Juham Kelantan telah ditugaskan untuk memantau perjalanan pembungan undi bagi UPU Bagan Pinang bertempat di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan.
Seawal 8.00 pagi kami berada disana untuk memastikan tiada perlanggaran undang-undang berlaku terutamanya oleh para penyokong BN yang nampaknya semakin agresif. Semasa ditempat pengundian tersebut, deretan para penyokong dan perayu undi BN melaungkan 'Pas parti rasuah'. Mereka juga turut menyebut beberapa nama pimpinan Pas yang dikatakan mereka sebagai pengamal rasuah.
Saya dan para penyokong Pas yang lain agak pelik kerana setahu kami belum ada pimpinan Pas yang didakwa oleh SPRM atau badan disiplin parti atas tuduhan rasuah. Sedangkan calon mereka sendiri Tan Sri Isa Samad telah dibuktikan bersalah mengamalkan rasuah dalam pemilihan UMNO serta dijatuhkan hukuman oleh badan disiplin parti itu sendiri.
Jadi sebenarnya siapakah yang mengamalkan rasuah? UMNO dan BN seolah-olah parti yang tidak mengambil berat mengenai jenayah rasuah. Buktinya dengan pencalonan Isa Samad sebagai calon mereka dalam PRK Bagan Pinang, sepertinya BN atau UMNO menutup mata mengenai kesalahan tersebut.
Yang sudah terbukti, Tan Sri Isa Samad adalah seorang pengamal rasuah. Kalau dalam pemilihan parti sendiri pun dia boleh berbuat demikian, apatah lagi dalam pilihan raya kecil seperti ini!!!
No comments:
Post a Comment