hasbunallah

hasbunallah

Sunday, May 16, 2010

Lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Temerloh


Pada 13 – 14 Mei 2010 Jawatankuasa Undang-Undang, Penguatkuasaan dan Lalulintas, Majlis Daerah Tumpat (MDT) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Pahang. Tujuan utama lawatan tersebut diadakan adalah untuk melihat perlaksanaan sistem parking berkupon yang telah dilaksanakan oleh pihak MPT dalam kawasan pentadbiran mereka.

Saya sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut, bersama ahli jawatankuasa telah bertolak pada pagi Khamis (13/05/2010) dengan menaiki dua buah kenderaan rasmi MDT menuju ke Temerloh. Kami sampai di Bandar Temerloh lebih kurang pukul 7.00 malam dan kami menginap di Hotel Seri Malaysia.

Malam tersebut tidak ada program khusus, jadi saya bersama yang lain berehat-rehat sahaja di bilik kerana penat penempuh perjalanan jauh yang memakan masa lebih kurang 8 jam.
 
Keesokannya (Jumaat, 14/05/2010) kami bersarapan terlebh dahulu di hotel sebelum ‘check out’ dan seterusnya ke Majlis Perbandaran Temerloh. Kedatangan kami disambut oleh pegawai pentadbiran MPT. Seterusnya kami diberikan taklimat koperat mengenai MPT dan seterusnya sistem parking yang dilaksanakan dibawah pentadbiran mereka.

Kami kemudiannya dibawa melawat kawasan parking serta sistem yang mereka gunakan. Serta pejabat pengurusan Nazifa Resources  Sdn. Bhd, syarikat swasta yang mendapat kontrak untuk melaksanakan sistem parking berkupon.

Sebelum bertolak balik, kami telah disediakan makan tengahari dengan masakan yang paling istimewa di Temerloh iaitu masakan gulai tempoyak ikan patin. Memang menyelerakan.

Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan idea baru dalam melaksanakan sistem parking di kawasan pentadbiran MDT bagi menyelesaikan masalah trafik yang semakin sesak terutamanya pada musim cuti sekolah dan perayaan.       

No comments: