hasbunallah

hasbunallah

Sunday, August 1, 2010

Pertemuan Dengan Aktivis Hak Asasi Manusia Antarabangsa


Hari ini, saya dan tiga orang wakil Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM), Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan telah mengadakan pertemuan dengan aktivis hak asasi manusia antarabangsa, Nive Yong serta rakan-rakannya yang mengadakan kunjungan ke Kelantan.

Pertemuan tidak formal itu telah diadakan di Sabrina Court Kota Bharu atas permintaan Nive Yong sendiri bagi mendapatkan pandangan dari segi perundangan mengenai beberapa perkara dan isu. Diantaranya ialah hak minoriti, kesamaan gender dan kes-kes hak asasi. Kumpulan tersebut juga telah mengadakan pertemuan dengan YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan dan wakil Dewan Muslimat Kelantan.

Banyak cadangan dan idea yang dilontarkan oleh kumpulan itu yang boleh dibawa ketengah demi kepentingan semua. Walaupun ada juga beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan kerana ianya berkaitan dengan hukum dan pandangan ulama dalam perkara tersebut seperti pernikahan sesama jenis, mak nyah dan sebagainya.

Namun yang jelas, sekiranya hak asasi manusia yang tidak didasarkan kepada prinsip agama nescaya ia akan mendatangkan kehancuran generasi manusia.  

No comments: