hasbunallah

hasbunallah

Tuesday, March 27, 2012

Borang Pendaftaran Undi Pos: Tandatangan Berbeza. Salah Siapa?


Semalam (26/03/2012), satu pendengaran awam telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk mendengar bantahan terhadap sejumlah permohonan isteri tentera untuk mendaftarkan diri mereka sebagai undi pos dalam Dun Kadok, Parlimen Ketereh telah dibuat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Ketereh.

Saya bersama rakan dari Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM), Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah turut serta untuk menyelia perjalanan pendengaran awam tersebut.

Satu isu yang amat besar timbul semasa sesi bantahan tersebut mengenai borang permohonan untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi pos. Pada mulanya pihak SPR enggan untuk mengemukakan borang permohonan asal yang berada dalam simpanan mereka untuk dibandingkan dengan borang salinan yang ditunjukkan oleh pemohon atau orang yang kena bantah (OKB).

Tetapi setelah berkeras, akhirnya pegawai SPR menunjukkan borang permohonan yang berada dalam simpanan mereka. Maka jelas kelihatan tandatangan yang terdapat pada borang asal yang berada dalam simpanan SPR dan borang salinan yang dikemukakan oleh para isteri tentera tersebut adalah berlainan sama sekali. Malah, pembantah turut meminta isteri tentera tersebut menurunkan tandatangan mereka dihadapan pegawai SPR tersebut. Ternyata ia adalah perbezaan yang besar!!

Maka terbuktilah bahawa, borang permohonan yang dihantar kepada SPR adalah di isi oleh individu berlainan dan bukan oleh pemohon iaitu isteri para tentera tersebut. Dalam kes ini, saya tidak berniat untuk menunding jari ke arah man-mana pihak.   

Cuma persaoalan saya ialah:
1.      Siapakah sebenarnya yang mengisi borang tersebut?
2.      Bukankah ianya suatu penipuan?
3.      Siapakah yang sebenarnya bersalah?