Semalam
(26/03/2012), satu pendengaran awam telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia (SPR) untuk mendengar bantahan terhadap sejumlah permohonan isteri
tentera untuk mendaftarkan diri mereka sebagai undi pos dalam Dun Kadok,
Parlimen Ketereh telah dibuat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Ketereh.
Saya bersama
rakan dari Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM), Dewan Pemuda Pas
Negeri Kelantan (DPPNK) telah turut serta untuk menyelia perjalanan pendengaran
awam tersebut.
Satu isu yang
amat besar timbul semasa sesi bantahan tersebut mengenai borang permohonan untuk
mendaftarkan diri sebagai pengundi pos. Pada mulanya pihak SPR enggan untuk
mengemukakan borang permohonan asal yang berada dalam simpanan mereka untuk
dibandingkan dengan borang salinan yang ditunjukkan oleh pemohon atau orang
yang kena bantah (OKB).
Tetapi setelah
berkeras, akhirnya pegawai SPR menunjukkan borang permohonan yang berada dalam
simpanan mereka. Maka jelas kelihatan tandatangan yang terdapat pada borang asal
yang berada dalam simpanan SPR dan borang salinan yang dikemukakan oleh para
isteri tentera tersebut adalah berlainan sama sekali. Malah, pembantah turut
meminta isteri tentera tersebut menurunkan tandatangan mereka dihadapan pegawai
SPR tersebut. Ternyata ia adalah perbezaan yang besar!!
Maka terbuktilah
bahawa, borang permohonan yang dihantar kepada SPR adalah di isi oleh individu
berlainan dan bukan oleh pemohon iaitu isteri para tentera tersebut. Dalam kes
ini, saya tidak berniat untuk menunding jari ke arah man-mana pihak.
Cuma persaoalan
saya ialah:
1. Siapakah
sebenarnya yang mengisi borang tersebut?
2. Bukankah
ianya suatu penipuan?
3. Siapakah
yang sebenarnya bersalah?
No comments:
Post a Comment